HE NAMED ME MALALA
Edited by eddlisa_uyuk at 2-12-2015 07:45 AMSEBUAH filem tentang penerima Hadiah Nobel Keamanan Laureate termuda berjudul He Named Me Malala bakal ditayangkan di saluran Astro Best (Saluran 481) bermula 26 November ini. Filem arahan Davis Guggenheim ini memaparkan perjalanan hidup luar biasa seorang gadis muda bernama Malala Yousafzai.Malala merupakan gadis keturunan Pakistan yang pernah ditembak oleh pihak taliban ketika berusia 15 tahun kerana menjadi simbol kepada pergerakan pendidikan untuk kaum wanita di Pakistan.Bagaimanapun Malala berjaya meneruskan hidup dan kini menjadi pejuang kempen pendidikan untuk kanak-kanak perempuan serta pengasas bersama Malala Fund.Senjata utama Malala dalam menjalankan misinya ialah suaranya sendiri sehingga berjaya mencuri tumpuan di persidangan Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).http://www.manggaonline.com.my/wp-content/uploads/malala-1.jpgBukan sahaja menyaksikan perjuangan Malala, malah ia turut membawa penonton mendalami kehidupan Malala bersama keluarga terutama bapanya Ziauddin yang banyak memberi inspirasi pendidikan buat Malala.http://www.manggaonline.com.my/wp-content/uploads/malala-2.jpgDalam masa yang sama ia turut membawa kepada kehidupan kanak-kanak Malala serta keluarganya yang menolak kezaliman selain kejadian sebenar yang telah memberi semangat buat Malala bangkit sebagai pejuang kempen pedidikan secara global.Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Best menerusi perkhidmatan SMS di Saluran 481 atau secara atas talian.
- mangga online
adaptasi dr novel i am malala ye? nicuya replied at 1-12-2015 01:04 PM
adaptasi dr novel i am malala ye?
sumber wiki kata bukan
untung2 calon di oscar utk kategori best documentary
Youngest nobel winner ni
Pages:
[1]