bianglala Publish time 30-11-2015 04:07 PM

Pokok Ceri Terengganu

Edited by bianglala at 30-11-2015 04:09 PM

Pokok Ceri Terengganu atau dikenali juga sebagai pokok Johor, pokok perupuk, kelelek atau gegelek mempunyai ciri yang agak menarik kerana buahnya.Pokok ceri terengganu ini berkanopi rendang dan bulat serta agak kecil pokoknya dan menarik untuk ditanam sebagai pokok teduhan, hiasan taman awam atau landskap rumah.
Buahnya boleh dimakan namun begitu pokok ceri terengganu lebih sesuai ditanam untuk tanaman hiasan dan menjadi tarikan kepada burung-burung untuk datang ke taman untuk memakan buahnya manakala kelawar serta tupai adalah peminat nombor satu buah ini.

Pokok ceri terengganu adalah tanaman yang tumbuh subur di iklim hangat atau separa cahaya matahari dan berbuah sepanjang tahun tetapi waktu puncaknyaadalah sekitar bulan Februari, Mei, September dan November. Ceri terengganujuga didapati berkhasiat serta mempunyai antioksidan yang tinggi berbandingbuah lain seperti jambu batu, limau atau epal.

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xlp1/v/t1.0-9/1503352_811055505619239_1488365757385017095_n.jpg?oh=41e2bc9cc063259fe307058adf28a3f6&oe=56B488A1&__gda__=1454776540_2168f60251263135bcc1dbdc22192c29


https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xft1/v/t1.0-9/10426525_811055522285904_1193926902884599670_n.jpg?oh=58e9beaf63ddcdfaf848ba0b5b9f7029&oe=56B0A259&__gda__=1457782227_94fd22bb516e6e190097451c0e6815d0


https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/10930099_811055512285905_103072019349736244_n.jpg?oh=edfe226b4f8d122238d963de469ec5c7&oe=56E54371&__gda__=1454230448_cb72cfe69bdbf7917eccce4de8b32b62


https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/v/t1.0-9/10380920_811055548952568_3660240932691493827_n.jpg?oh=ee92c96487948bff6a086c4190d019d2&oe=56F71B48&__gda__=1454706302_d1ea44b18c66f43a7c2c71a579a21dc5

Warna merah buah ceri terengganu adalah disebabkan oleh sejenis sebatian kimia yang dikenali sebagai antosianin. Antosianin adalah pigmen merah yang secara semulajadi memberikan warna pada bunga, buah, daun, batang dan akarsesuatu tumbuhan. Salah satu fungsi antosianin yang penting adalah sebagai antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit seperti kanser dan arterosklerosis.

Selain itu, kajian telah menunjukkan antosianin juga berfungsi dalam pelbagai aktiviti biologi sebagai anti-radang (mengurangkan inflamasi),anti-mikrob (mencegah jangkitan bakteria), anti-diabetik (mengawal paras gula dalam darah) dan anti-penuaan (membantu menjaga kesihatan kulit dan masalah penuaan pra-masa).

Selain ditanam untuk tanaman hiasan, mungkin ceri terengganu berpotensi untuk ditanam sebagai tanaman komersil manakala buahnya juga mungkin boleh diproses sebagai produk minuman berkhasiat dan dikomersilkan sebagai produk khusus negeri Terengganu atau Johor yang mendapat kredit dari nama pokok itu sendiri.

Sumber Gambar : Dicky Hooi.
Sumber Artikel : JPN

bianglala Publish time 30-11-2015 04:34 PM

http://1.bp.blogspot.com/_EpfvcNMxGUw/TKa5yQIdfuI/AAAAAAAAChU/cGiulKMhwFw/s1600/26.JPG

http://4.bp.blogspot.com/_EpfvcNMxGUw/TKa4mfjYWhI/AAAAAAAAChA/CojPWvbtv9k/s1600/27.JPG

blog : indahnyatrg

Ipo Publish time 30-11-2015 08:32 PM

buah ni ipo panggil buah kerkut, orang kelantan pun panggil buah ceri malaysia

selalu makan masa kecik2 dulu..
la ni dah tak banyak pokok ni..

cara makan...petik buah yg dah masak..merah tu
pastu gentel di tapak tangan biar isi dalam lembik
then gigit..isi dalamnya rasa manis kelat gituh..{:thumbo

bianglala Publish time 30-11-2015 09:57 PM

Ipo replied at 30-11-2015 08:32 PM
buah ni ipo panggil buah kerkut, orang kelantan pun panggil buah ceri malaysia

selalu makan masa...

kira sekarang ni spesis rare la buah ni. tak pernah nampak. :sweat3: gitu rupanya cara nak makannya. boleh dibuat jeruk tak buah ni?

Ipo Publish time 1-12-2015 08:26 AM

bianglala replied at 30-11-2015 08:57 PM
kira sekarang ni spesis rare la buah ni. tak pernah nampak.gitu rupanya cara nak makanny ...

tak boleh buat jeruk...
makan macam tu je..yg dah masak merah tu

buah ni dah jarang ada..
dulu ipo suka ambik kat pokok rumah mak sedara..
sekarang pun masih ada pokok tu kat rumah dia
raya tahun lepas..ipo petik..buahnya macam gugus macam buah anggur

anniez08 Publish time 1-12-2015 10:16 AM

Ipo replied at 30-11-2015 08:32 PM
buah ni ipo panggil buah kerkut, orang kelantan pun panggil buah ceri malaysia

selalu makan masa...

sedap ke ipo?...

Ipo Publish time 1-12-2015 10:39 AM

anniez08 replied at 1-12-2015 09:16 AM
sedap ke ipo?...

kalau suka rasa kelat manis...oklah..
ipo suka je...;P
zaman kecik..semua melantak..:lol:
sampai ke besar panjang pun...kalau jumpa buah ni, ngap je
baru2 ni jumpa kat sebuah masjid di Seksyen 8 bandar baru bangi...
apa lagi, petik dan makan la...;P (ofcoz mintak izin tok imam dulu..:lol:)

Ipo Publish time 1-12-2015 10:39 AM

anniez08 replied at 1-12-2015 09:16 AM
sedap ke ipo?...

kalau suka rasa kelat manis...oklah..
ipo suka je...;P
zaman kecik..semua melantak..:lol:
sampai ke besar panjang pun...kalau jumpa buah ni, ngap je
baru2 ni jumpa kat sebuah masjid di Seksyen 8 bandar baru bangi...
apa lagi, petik dan makan la...;P (ofcoz mintak izin tok imam dulu..:lol:)

chinta89 Publish time 1-12-2015 10:49 AM

buah kerkut?? mcm penah dengar tp x sure penah makan ke tak

anniez08 Publish time 2-12-2015 10:04 PM

Ipo replied at 1-12-2015 10:39 AM
kalau suka rasa kelat manis...oklah..
ipo suka je...
zaman kecik..semua melantak..


n x penah jumpa tau ttg pokok ni..kelat2 manis mcm rasa kurma muda ye?..























Ipo Publish time 2-12-2015 10:32 PM

anniez08 replied at 2-12-2015 09:04 PM
n x penah jumpa tau ttg pokok ni..kelat2 manis mcm rasa kurma muda ye?..




ha..macam tu la rasanya
sama jugak dengan buah tanjung..kelat2 manis gituh

Ipo Publish time 2-12-2015 10:34 PM

chinta89 replied at 1-12-2015 09:49 AM
buah kerkut?? mcm penah dengar tp x sure penah makan ke tak

saya panggil buah kerkut
tak tahulah kalau tempat lain..
tadi tanya mak saya..dia cakap buah ni pun orang panggil buah ceri johor dan ada satu jenis lagi pokok kerkut (yg ni agak tinggi pokoknya)

chinta89 Publish time 3-12-2015 08:27 AM

Ipo replied at 2-12-2015 10:34 PM
saya panggil buah kerkut
tak tahulah kalau tempat lain..
tadi tanya mak saya..dia cakap buah ni...

sy pernah jugak dgr psl kerkut tp x tau ade nama lain.. ceri tganu ceri johor {:1_530:}

Ipo Publish time 3-12-2015 10:05 AM

chinta89 replied at 3-12-2015 07:27 AM
sy pernah jugak dgr psl kerkut tp x tau ade nama lain.. ceri tganu ceri johor

hehehe..macam2 nama kan?;P

chinta89 Publish time 3-12-2015 11:48 AM

Ipo replied at 3-12-2015 10:05 AM
hehehe..macam2 nama kan?

kalau duk sembangngn kawan2.. alih2 buah yg sama tp nama je berlainan. slelau jd mcm tu.

Ipo Publish time 3-12-2015 01:40 PM

chinta89 replied at 3-12-2015 10:48 AM
kalau duk sembangngn kawan2.. alih2 buah yg sama tp nama je berlainan. slelau jd mcm tu.

betul..sama gak kuih...
lain negeri..lain yang dipanggil

SuteraPurple Publish time 8-12-2015 02:26 PM

licin kulitnya.. igtkn mahkota dewa td

cikputih15 Publish time 28-12-2015 12:09 PM

biasa kat sekolah ada pokok ceri ni
Pages: [1]
View full version: Pokok Ceri Terengganu


ADVERTISEMENT