amirezu Publish time 29-11-2015 11:19 AM

Bateri Kong Under Warranty, Apa Perlu Buat?

Salam gaiss. Petang semalam dua kali kereta tak dapat hidup. 1st mati lepas isi minyak kat Shell. Mujurlah lepas start kali ke-5 barulah hidup. Pastu tak berani nak matikan enjin sampailah balik rumah. Balik rumah, mintak pakcik yang keje pomen tolong check. Check punya check, confirm bateri kong. Tengok tarikh beli, ada 27 hari lagi sebelum tamat warranty. Jadi cepat2 ke kedai bateri kereta tempat beli dulu sebab dah lewat petang dah, takut tutup.

Sampai kedai bateri tu tokey tengok sekali imbas lepas tu cepat2 dia bawak aku ke area dia letak bateri baru. Bagitau harga sekian2, pastu aku decide ambik yg dia rekemenkan mula2. Harga RM180. Lupa pulak jenama apa. Yang kong tu jenama Yuasa. Tanya dia warranty berapa lama, dia jawab macam biasa. Aku cakap ok je dia cepat2 bukak kotak bateri tu. Lepas tu cepat2 dia cabut bateri lama letak tempat jauh sikit, pasang yg baru. Pelik je aku tengok tokey Cina ni. Selalunya tak macam ni.

Time nak bayar aku tanya sekali lagi warranty bateri baru ni berapa lama, dia jawab sama macam yg kong tu. Geram pulak tokey ni pasal apa tak nak bagitau dgn jelas. Aku tanya dia lagi, setahun ke? Barulah dia jawab ye. Pastu aku cakaplah bateri kong tu tak sampai setahun lagi, still under warranty, so kira camana? Dia cakap kalau tarikh kong tu dah dekat2 dgn tarikh akhir warranty, company tak terima dah. Aku tengok muka dia macam gelisah semacam je. Pastu dia cakap dia bagi diskaun. Daripada RM180 dapat RM150, siap cakap GST dia bayarkan. Cheh. Padahal memang GST kedai yg kena tanggung bukan pembeli. Aku malas nak bertekak lebih, nak balik cepat sebab anak kecik demam panas...aku bayor jelah RM150 tu.

Untuk makluman, bateri NS-40 free maintenance (bateri kering).

So, nak tanya korang yg berpengalaman...kalau bateri still under warranty kedai patut tukar baru tanpa sebarang bayaran dikenakan ke camana? Ni 1st time bateri kereta kong sebelum tamat tempoh warranty. Selalunya tahan setahun lebih.

otai_g Publish time 29-11-2015 12:40 PM

warranty batery ni semua bullshit.

br2 ni lps 6 bln beli bateri baru, bateri tu kong.

tukang jual tu salahkan alternator kete aku, walhal cek pun x de.

selalunya kalo dah tau kedai tu mcm tu tobat aku nak g kedai tu lg. g kedai lain plk.

batu_bergolek Publish time 29-11-2015 03:45 PM

otai_g replied at 29-11-2015 12:40 PM
warranty batery ni semua bullshit.

br2 ni lps 6 bln beli bateri baru, bateri tu kong.




Sbb tu kadang2 saya suka order battery dari mechanic yg repair keta saya, drpd pergi kedai bateri, mmg harganya tak semurah kedai bateri, tapi senang kowtim,

Cthnya pernah jadi bateri kereta warranty 6bln, tapi rosak lebih kurang 6bulan 3minggu (terlebih 3 minggu) . Lepas dia check utk confirmkan alternator elok, dan mmg bateri jer yg rosak. Terus dia call supplier bateri , Kalo ikut suplier bateri tak nak cover, tapi bila dia bising2 (tak paham, dbb diorang bising dlm bahasa cina) terus kereta saya dapat bateri baru free:lol::lol::lol:

Tapi syaratnye mechanic tu yg awak percayalah. Kalo mechanic pun perangai mcm setan, susahla ;P

amirezu Publish time 30-11-2015 01:23 AM

batu_bergolek replied at 29-11-2015 03:45 PM
Sbb tu kadang2 saya suka order battery dari mechanic yg repair keta saya, drpd pergi kedai bat ...

Bagus jugak gitu. Kita takyah pening2 dah, biar mekanik yg pening kawtim dgn supplier bateri ;P

batu_bergolek Publish time 30-11-2015 03:22 PM

amirezu replied at 30-11-2015 01:23 AM
Bagus jugak gitu. Kita takyah pening2 dah, biar mekanik yg pening kawtim dgn supplier bateri



yup, mmg senang mcm tu. Melainkan awak baik ngan tokey kedai battery :lol::lol::lol: .

jofizo Publish time 1-12-2015 01:43 PM

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/v/t1.0-9/12310580_1053895664644090_945196220738017802_n.jpg?oh=8332b601ffc7db4841c78743f838bd22&oe=56E91A9E

sila bawa bateri ke kedai nih..... pasti x kong.......

zulka Publish time 1-12-2015 02:23 PM

kalau tt ada simpan resit belian atau kada warranty kenapa tak tunjuk?kenapa sanggup bayar?
tu la masalah kita sebagai pengguna, tak tuntut hak betul2.......kalau akula, memang sanggup gaduh dgn benda2 mcmni......kang tokeh tu claim kat supplier dia free je dia dpt.
kadang2 kita kena tegas sket dgn benda2 mcmni, kalau tidak camnila jadinye.....bising2 kat blakang tak guna, patut ko kena bising depan dia...

amirezu Publish time 2-12-2015 12:43 AM

zulka replied at 1-12-2015 02:23 PM
kalau tt ada simpan resit belian atau kada warranty kenapa tak tunjuk?kenapa sanggup bayar?
tu la m ...

tokey dah siap2 tulis kat atas bateri tarikh beli tahun lepas. tu yg aku perasan dia cepat2 nak cabut bateri tu lepas bukak boot, kononnya dia ingat aku tak perasan la kot tarikh tu. dats y aku tanya banyak kali warranty berapa lama. saje je nak dgr drp mulut dia sendiri padahal dah tau setahun. tapi dia berdalih. last2 bila confirm setahun, aku ckp bateri tu under warranty lagi dia ckp dah tak terima kalau dah dekat habis tarikh. pastu dia potong rm30 termasuk trade-in rm10. fikirkan anak demam panas je kat rumah, tu yg malas nak bertekak. hujan pulak tu.

tahun depan kalau bateri kong lepas habis warranty dah tak pegi situ lagi dah. kalau under warranty bolehlah nak try bertekak time tu :lol:

amirezu Publish time 2-12-2015 12:44 AM

jofizo replied at 1-12-2015 01:43 PM
sila bawa bateri ke kedai nih..... pasti x kong.......

haha untung la :lol:

matbuq Publish time 2-12-2015 11:51 AM

aku penah claim bateri kong selepas 11 bulan guna....boleh ja claim...kedai tu pasang temporary bateri bagi guna dulu...nt bila siap bateri claim datang tukar...

amirezu Publish time 2-12-2015 09:43 PM

matbuq replied at 2-12-2015 11:51 AM
aku penah claim bateri kong selepas 11 bulan guna....boleh ja claim...kedai tu pasang temporary bate ...

dia tukar baru ke atau dia recharge?

matbuq Publish time 4-12-2015 03:48 PM

amirezu replied at 2-12-2015 09:43 PM
dia tukar baru ke atau dia recharge?

Tukar baru tp dekat 2 minggu jugak la...sbb kena claim kat kilang.....sementara kedai bg guna bateri(USED) yg ok....kedai yg aku p ni kedai batteri n tayar, bab batteri boleh percaya tp kalau bab tayar suka putar belit....:huffy

amirezu Publish time 4-12-2015 11:27 PM

Oo gitu. Taulah pasni nak buat apa eheh. Ni 1st time pengalaman bateri kong under warranty.
Pages: [1]
View full version: Bateri Kong Under Warranty, Apa Perlu Buat?


ADVERTISEMENT