comel91 Publish time 27-11-2015 03:10 PM

5 Jenis Bentuk Badan Lelaki

                  Langkah pertama untuk mendapatkan susuk tubuh idaman ialah mengenal pasti jenis bentuk tubuh. Kenal pasti bentuk tubuh anda berdasarkan ciri-ciri berikut:

                        #1 SEGI TIGA

                        http://s11.postimg.org/4z3dt55s3/Robbie_coltrain_triangle.jpg

        • Dada lebih kecil berbanding pinggul
        • Bahagian bawah badan lebih berat berbanding atas
        • Garisan bahu jatuh

        Lelaki dengan bentuk badan ini dalam klasifikasi ectomorph, selalunya tampak kurus dan athletic dengan dada yang kecil. Berat badan yang bertambah akan terbahagi ke kawasan abdomen, dada dan wajah, kadangkala menyebabkan bentuk tubuh yang tidak seimbang.
        Pemilik bentuk badan jenis ini boleh dianggap bertuah kerana mempunyai tahap kandungan lemak yang rendah serta mudah menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, mereka perlu berusaha lebih sekiranya mahu badan yang sasa kerana bentuk badan segi tiga agak sukar untuk membina lean muscle.

                        #2 BUJUR

                        http://s11.postimg.org/3veo3fvr7/kevin_james_oval.jpg

        • Lengan atas yang lebih besar
        • Perut buncit
        • Kaki lebih kurus berbanding bahagian atas badan

        Bentuk badan bujur mempunyai bahu yang jatuh dan tulang pinggul yang lebih rendah. Pemiliknya juga mempunyai belakang badan dan lengan yang besar, selain leher yang pendek dan punggung yang leper. Berat badan pula akan lebih tertumpu pada bahagian abdomen. Aset terbaik mereka ialah bahagian kaki yang kurus.

                        #3 SEGI TIGA TERBALIK

                        http://s11.postimg.org/iy4ojckg3/vin_diesel.jpg

        • Pinggang dan pinggul yang kecil
        • Bahagian atas badan yang lebar
        • Binaan otot yang baik pada bahagian bahu, lengan dan dada
        • Bahagian atas badan lebih besar berbanding bahagian bawah badan.

        Pemilik bentuk badan ini mempunyai kelebihan dalam berpakaian kerana dada yang bidang dan pinggang yang kecil mampu menampilkan apa sahaja stail klasik.

                        #4 SEGI EMPAT TEPAT

                        http://s11.postimg.org/vqssj9w1v/rectangle.jpg

        • Dada, pinggang dan pinggul yang sama saiz
        • Bentuk tubuh yang tegak

        Lelaki yang mempunyai bentuk badan ini mempunyai bahu, pinggang dan pinggul yang selari seperti pembaris. Mereka juga mudah menggayakan pelbagai jenis fesyen asalkan bahagian bahu dijadikan titik fokus. Namun seperti bentuk segi tiga, mereka juga perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan otot-otot yang sasa.

                        #5 TRAPEZOID

                        http://s11.postimg.org/d8ofz1e9v/6a1c7cbdf6639202bc02785b04d6b7ff.jpg

        • Bahagian atas badan lebih besar
        • Dada dan bahu yang lebar
        • Saiz pinggang dan pinggul yang sederhana kecil
        • Perkadaran tubuh yang seimbang

        Bentuk badan lelaki yang dikatakan sempurna, pemiliknya mempunyai perkadaran tubuh yang seimbang iaitu dada yang bidang, lengan yang berotot dan pinggul yang kecil.

             

AbukRokok Publish time 27-11-2015 04:34 PM

bulat O?..... :loveliness:
Pages: [1]
View full version: 5 Jenis Bentuk Badan Lelaki


ADVERTISEMENT