Nusantara77 Publish time 26-11-2015 10:43 PM

Cara Mudah Untuk Buatkan Kereta Anda Bau Harum Seperti Baru Keluar Dari Showroom

http://4.bp.blogspot.com/-s2IGm15UqpU/Vla7KVauWnI/AAAAAAAAsx8/PFOU48VK7xM/s1600/coffee%2B%25281%2529.jpg

Imej dari pinterest

Kereta bau busuk? Kami nak ajarkan satu cara untuk memastikan kereta anda sentiasa wangi malah tak salah rasanya jika untuk mengatakan bau yang dihasilkan adalah sama seperti baru keluar dari showroom.

Kebiasaannya perihal mengenai kereta hanya melibatkan golongan lelaki, malah ada yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memastikan keadaan kereta mereka sentiasa berada di dalam keadaan tip-top tidak kira di dalam mahupun di luar.

Terima kasih kepada pengguna instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal, semulajadi sebuah kereta. Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?

Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:

1. Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang.
2. Ambil sehelai kertas tisu.
3. Satu sudu besar kopi.

Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.

Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yang dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit per tahun utk membeli pewangi kereta.

Selamat mencuba dan jangan sekali kali tukar kopi dengan serbuk teh kerana lain baunya nanti!

Oleh Izzat Ismail.

penpatah

bebeng Publish time 26-11-2015 11:30 PM

Nak try la

pearl.silver Publish time 26-11-2015 11:56 PM

I dah buat...xleh tahan la..,pening kepala...

Mary_jane Publish time 27-11-2015 12:17 AM

Bau pandan tu pun bleh buat pening k. Semerbak je. :mad:

amirezu Publish time 28-11-2015 05:08 PM

Tak perna try dgn kopi. Pernah try dgn arang. Hilang segala bau dlm kereta sebab arang ni boleh serap bau.

flowerjun Publish time 3-12-2015 09:49 AM

bleh try ni.. guna kopi yg dh dlm uncang tu lg senang... Tq TT

Elle_mujigae Publish time 15-12-2015 01:47 PM

Kalau pergi kedai cuci kereta ada service mist mist hilangkan bau ni..lupa la pula nama sebenar service tu..tapi ada word mist mist >.<
Pages: [1]
View full version: Cara Mudah Untuk Buatkan Kereta Anda Bau Harum Seperti Baru Keluar Dari Showroom


ADVERTISEMENT