CARI-MAMS Publish time 26-11-2015 07:24 PM

Mengidam Roti Naan Berkeju? Jom Cuba Sendiri..

Oleh Adib ZA
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/26/192344my05f0qbkiy069ex.jpg


Aduh, kecur air liur dibuatnya bila disebut tentang roti nan berkeju..


Siapa yang tidak jatuh cinta dengan roti naan yang ditambah keju ini.


Enak dimakan bersama dengan ayam tandori atau pun kari daging. Lazatnya!


Bahan-bahan:
375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar mentega/marjerin atau minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam




Bahan Toping:
50 gram cheddar cheese – parut halus
50 gram mozarella cheese
1 sudu teh gula pasir






Cara-caranya:


1. Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga berbuih.


2. Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan mentega dan digaul rata.


3. Masukkan yis dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit.


4. Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika (hingga doh kembang dan gebu).


5. Canai doh hingga leper dan taburkan toping. Canai doh lain, tindihkan dan canai semula.


6. Bakar dalam kuali tanpa minyak dengan api kecik. - CARI Infonet


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/26/192405mxy8ekb8bgnt1ftm.jpg



Sumber resipi: Resipi Bonda

Lemon_juice Publish time 31-7-2016 10:34 PM

Ok buleh try nti

misscendol Publish time 6-8-2016 06:13 PM

nampak mcm senang. boleh cuba la nnt

Tapayana Publish time 14-2-2017 07:37 PM

selalu beli yis tp tak kembang :( terus fedap nak buat roti

ellez Publish time 25-7-2020 04:44 PM

Huhu..kerap betul mengidam cheese nan lately ni..
Tapi td dah dpt rasa..syukurlah..
Walaupun cuma dpt mkn suku roti..dah rasa full sgt..

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:12 AM

S Tq for the recipeee
Pages: [1]
View full version: Mengidam Roti Naan Berkeju? Jom Cuba Sendiri..


ADVERTISEMENT