ray_aila Publish time 26-11-2015 01:26 PM

Notis Berhenti kerja 2 minggu,Majikan bermasalah

Notis Berhenti kerja 2 minggu,Majikan bermasalah
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=922965&fromuid=2175328
(Source: CARI Infonet)

Assalammualaikum,

Saya merupakan perkerja di sebuah syarikat yang mempunyai pengurusan yang bermasalah. Saya telah nekad untuk berhenti kerja kerana company saya mengalami krisis kewangan yang teruk dan dijangka akan menutup operasinya dalam masa 1-2 bulan. Pada perkiraan saya, saya ingin mengunggu agar saya dapat menikmati wang pampasan namun saya mendapati majikan saya tidak mampu berbuat demikian. Hal ini diburukkan lagi, dengan tiada bayaran kwsp, socso oleh pihak majikan saya yang tertunggak hampir 6 bulan. Saya telah nekad untuk berhenti kerja dan menghantar notis berhenti 2 minggu kerana saya masih dalam tempoh kontrak. Oleh itu, saya nak minta pendapat warga forum,

1) Apa tindakan yang sepatutnya saya patut lakukan untuk memastikan caruman kwsp , socso dapat dibayar sepenuhnya oleh majikan saya setelah saya berhenti kerja?
2) Apa tindakan saya, untuk memastikan majikan dapat membayar gaji saya untuk bulan ni, kerana majikan telah memaklumkan kepada semua pekerja untuk hold gaji ?
Pages: [1]
View full version: Notis Berhenti kerja 2 minggu,Majikan bermasalah


ADVERTISEMENT