ambok Publish time 24-11-2015 03:31 PM

Anak benih pokok tin RM200 sepokok

Selain tamar, zaitun dan anggur, buah tin antara beberapa jenis buah-buahan yang disebut dalam al-Quran kerana mengandungi banyak khasiat.

Kebanyakan pokok tin ditanam di kawasan Mediterranean seperti Turki, Iran, Mesir dan beberapa negara lain seperti Sepanyol, Portugal serta Greece manakala negara pengeluar utama buah tin di dunia ialah Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Iran.Namun, ramai tidak menyangka pokok tin atau nama saintifiknya Ficus carica boleh hidup subur di negara ini.

Ini dibuktikan Sahudin Mohamad, 49, yang mengusahakan tanaman itu bersama isterinya, Norsheila Abdullah, 49, di Batu 10, Jalan Pantai, Seremban, sejak Mac lalu.Menurut Sahudin, dia mengeluarkan perbelanjaan awal RM70,000 bagi memulakan projek itu termasuk mendapatkan anak benih, baja, membina sistem saliran dan pondok lindungan hujan serta bekas tanaman.

Pada mulanya, dia hanya menanam 150 pokok tin sebagai percubaan dengan benih diperoleh daripada seorang pengusaha yang sudah lama terbabit dengan tanaman itu di Sungai Buloh, Selangor, selain diimport dari luar negara.“Idea membabitkan diri dalam projek ini bermula daripada isteri yang suka menanam pokok di halaman rumah. Selepas melihat ada pengusaha berjaya menanam pokok tin, saya terfikir untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat di ibu negara, awal tahun ini.

“Biarpun pada awalnya masih ragu kerana menyedari pokok tin bukan mudah ditanam di negara ini, saya tidak menyangka tindakan itu tepat apabila projek yang saya usahakan menjadi walaupun tiada pengetahuan luas mengenai kaedah penanaman dan penjagaannya.“Saya juga berkongsi maklumat dengan pengusaha lain serta menerusi Internet sebagai panduan,” katanya.Usaha Sahudin tidak sia-sia apabila 500 pokok tin yang ditanam secara fertigasi dan sistematik di dalam pondok lindungan hujan tumbuh subur.

Menggunakan campuran tanah tertentu serta baja sesuai, pokok berkenaan menghasilkan buah berkualiti setanding buah tin dari negara asalnya.Beliau yang tinggal di Shah Alam, Selangor berulang-alik ke tapak projek itu hampir setiap hari bagi memastikan tanaman sentiasa terjaga.

Mengenai kaedah penanaman dan penjagaan, Sahudin berkata, pokok tin memerlukan campuran 30 peratus tanah hitam dan 70 peratus pasir kasar dan memerlukan kawasan terdedah cahaya matahari.“Pokok ini juga memerlukan penjagaan rapi terutama penggunaan baja terpilih bagi tumbesaran dan boleh mengeluarkan buah selepas enam bulan,” katanya.

Sahudin berkata, pokok tin ada pelbagai jenis antaranya Golden Fig yang berasal dari Taiwan, Masui Daphine (Jepun), Texas Ever Bearing (Amerika Syarikat) atau Red Khutmani (Asia Barat) dan masing-masing mempunyai rasa serta saiz buah yang sedikit berbeza.Beliau bagaimanapun memberi keutamaan kepada aktiviti membekal dan menjual anak benih pokok tin berbanding memasarkan buah kerana pengeluaran dari ladangnya masih terhad dan khuatir tidak mampu menampung permintaan.Bapa kepada lapan anak berusia lapan hingga 23 tahun itu berkata, pokok tin bernilai tinggi kerana anak benih boleh dijual pada harga RM100 hingga RM200 sebatang, bergantung kepada jenis.“Buah tin yang segar mampu mencecah RM80 sehingga RM100 sekilogram. Setakat ini permintaan terhadap anak benih pokok tin agak tinggi terutama dalam kalangan pengusaha kecil-kecilan dan purata saya menjual antara 30 hingga 50 batang pokok sebulan.

“Buah tin pula belum dipasarkan kerana kebanyakan pokok yang ditanam baru mengeluarkan buah sulung, September lalu,” katanya yang mendapat bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) yang memberi khidmat nasihat.Katanya, dia bercadang membesarkan projek berkenaan di kawasan seluas 0.5 hektar di Sikamat, Seremban, tidak lama lagi.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 10:30 AM
«»
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/benih03.transformed.jpgPROSES pembiakan anak benih.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95368#sthash.x5CIQTBo.dpuf

ip_lepat Publish time 24-11-2015 05:42 PM

mahal jgk pokoknya

ambok Publish time 24-11-2015 08:18 PM

sedap buah tin , saya suka

harga pun mahal RM80 untuk 1 kg

jika tanaman tu berhasil , buat duit la nanti

Farini Publish time 24-11-2015 09:04 PM

ambok replied at 24-11-2015 08:18 PM
sedap buah tin , saya suka

harga pun mahal RM80 untuk 1 kg


apa rasa buah tin? banyak masam atau manis? :)

ip_lepat Publish time 24-11-2015 09:32 PM

Farini replied at 24-11-2015 09:04 PM
apa rasa buah tin? banyak masam atau manis?

dulu penah beli kat klinik

nk kata ubat pun bukan
kira mcm syrup
2/3 kali sehari 1 sudu
pahit sikit tapi ok lagi

anniez08 Publish time 24-11-2015 09:44 PM

Farini replied at 24-11-2015 09:04 PM
apa rasa buah tin? banyak masam atau manis?

buah tin rasa dia mcm masam2 manis..
ada biji halus2...

anniez08 Publish time 24-11-2015 09:46 PM

ip_lepat replied at 24-11-2015 09:32 PM
dulu penah beli kat klinik

nk kata ubat pun bukan


dalam bentuk bentuk air ke?...

ip_lepat Publish time 24-11-2015 09:48 PM

anniez08 replied at 24-11-2015 09:46 PM
dalam bentuk bentuk air ke?...

a'ah.. dlm botol tapi pekat

anniez08 Publish time 24-11-2015 09:55 PM

ip_lepat replied at 24-11-2015 09:48 PM
a'ah.. dlm botol tapi pekat

tak pernah nmpak lagi syrup buah tin..
biasa nmpak buah tin yg da dikeringkan mcm ni..

http://2.bp.blogspot.com/-y_m87UMmeL4/T1COM50lpDI/AAAAAAAABaA/pWCMVa7gij8/s320/Tin+2.JPG

ip_lepat Publish time 24-11-2015 10:00 PM

anniez08 replied at 24-11-2015 09:55 PM
tak pernah nmpak lagi syrup buah tin..
biasa nmpak buah tin yg da dikeringkan mcm ni..

sedap lagi makan yg dh kering tu
dulu selalu jgk org bagi


anniez08 Publish time 24-11-2015 10:06 PM

ip_lepat replied at 24-11-2015 10:00 PM
sedap lagi makan yg dh kering tu
dulu selalu jgk org bagi

sedap.. tapi kat sini mmg susah skit nk dpt..
sebab biasa org yang balik timur tengah selalu bawa balik buah tin ni..
sb buah tin byk khasiatnya.

ambok Publish time 25-11-2015 06:13 AM

Farini replied at 24-11-2015 09:04 PM
apa rasa buah tin? banyak masam atau manis?

masam & manis, lebih ke arah manis
buah yang disebut dalam Quran , sudah tentu banyak khasiatnya

bagi yang menghadapi masalah buasir,sembelit atau sukar membuang air besar, buah ini dapat membantu

saya pernah ke negara Turki sebanyak 2 kali, salah satu negara pengeluar terbesar buah Tin , nak tengok seorang individu yang berbadan besar/gemuk pun susah . saya berpendapat salah satu faktor kenapa tak ramai orang Turki yang gemuk adalah kerana buah Tin , dia makan banyak pun , akhirnya tak jadi lemak di perut , sebaliknya 'dibuang'


ambok Publish time 25-11-2015 06:18 AM

Manfaat dan Khasiat Buah Tin Kesukaan Rasulullah SAW

http://1.bp.blogspot.com/-zDBaQEZNgdU/UgA18IeDDrI/AAAAAAAAAEw/j0wqUv1vbzI/s320/fig-fruit-31188699-500-351.jpg
Buah tin atau dalam bahasa latin disebut juga Ficus carica merupakan sejenis buah yang berasal dari Asia Barat yang sangat terkenal dalam dunia Islam. Hal ini dikarenakan buah tin disebut oleh Allah SWT dalam firman Allah SWT dalam Alquran pada surat At-tin yaitu surat ke 95. Buah tin juga merupakan salah satu buah kesukaan Rasululah SAW. Diriwayatkan dari Abu Zar r.a.bahwa pada suatu hari,Rasulullah mendapatkan hadiah satu bekas buah tin, kemudian Nabi Muhammad SAW mengajak sahabat- sahabat untuk makan dan Nabi pun juga ikut makan seraya berkata "Kalau aku perkataan tentang buah yang diturunkan dari syurga,niscaya aku katakan inilah kerana buah- buahan syurga tidak berbiji.Oleh karena itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya buah ini menghentikan penyakit buasir dan menyehatkan badan."

Dari sabda Rasulullah SAW tersebut, bisa kita simpulkan bahwa buah tin merupakan buah yang berasal dari syurga dan termasuk buah yang mengandung manfaat di dalamnya dan telah disebutkan Rasulullah yaitu untuk mencegah penyakit dan menyehatkan badan, serta untuk menghilangkan toksin yang berbahaya di dalam tubuh manusia. Di dunia ini, terdapat dua jenis buah tin yaitu buah tin basah dan buah tin kering. Perbedaan antara kedua jenis buah tin itu hanya pada kadar kalorinya. Jika pada buah tin kering, mengandung 6 kali kalori lebih banyak dari buah tin basah.

Buah tin sangat kaya dengan nutrisi dalam tubuh buahnya. Diantara nutrisi- nutrisi tersebut antara lain protin, lemak, karbohidrat, vitamin, kalsium, zat besi, dan potassium. Kadar nutrisi buah tin adalah protin sebanyak 4.3 mg, serat 5.6 mg, energi 274 kkal, kalsium 126 mg, karbohidrat yaitu 63.4 mg, vitamin C sekitar 1 mg.
Karena buah tin kaya dengan berbagai nutrisi di dalamnya, maka buah tin juga sangat bermanfaat bagi kesehatan. Berikut saya uraikan manfaat buah tin bagi kesehatan yang saya dapat dari berbagai sumber terpercaya.

ambok Publish time 25-11-2015 06:30 AM

Laman Rasmi IKIM

Rahsia Keistimewaan Di Sebalik Buah Tiin (Figs)Ditulis oleh Norkumala binti Awang. Posted in ArtikelSegala apa yang telah diciptakan dan dikurniakan oleh Allah mempunyai keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak nampak akan hikmahnya. Ramai di antara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada buah tiin atau nama latinnya Ficus Carica dan kepentingannya untuk kesihatan. Mungkin kerana buah tiin bukan berasal dari negara kita tetapi ia banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean. Walaupun buah tiin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana ia berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuklah negara Yunani. Malah, di dalam Al Quran juga terdapat surah khusus yang menyatakan tentang buah tiin iaitu Surah At Tiin di mana Allah telah bersumpah dengan buah tiin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tiin ayat 1- 3). Jika direnung- renungkan, mesti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Quran. Ini mungkin kerana khasiat dan keistimewaan yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah- buahan yang lain.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan penyakit sesak nafas. Membersihkan hati dan limpa, juga menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti).
Seiring dengan hadis tersebut, ia juga dibuktikan dengan penemuan- penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tiin yang jarang diketahui dan diterokai. Buah tiin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Selain dari itu, ia juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah- buahan yang lain. Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi. Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tiin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan. Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah tiin juga sesuai dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.Buah tiin boleh dianggap sebagai buah yang seharusnya diambil oleh setiap orang termasuk juga kanak- kanak. Ianya merupakan snek yang terbaik sesuai untuk semua golongan kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi. Jadi, pengambilan buah tiin merupakan satu langkah yang tepat untuk menambahkan pengambilan serat dalam makanan seharian kita kerana terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung. Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita. Namun, dengan adanya buah tiin, seharusnya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak disia- siakan malah perlu dijadikan sebagai satu makanan alternatif untuk kita meningkatkan kesihatan.Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah tiin ialah ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah tiin mengandungi ‘polyphenols' yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson tersebut mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol' dalam buah tiin adalah paling tinggi berbanding dengan buah- buahan dan sayur- sayuran lain. Di samping itu, buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde' dan ‘coumarins'. ‘ Benzaldehyde' telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘ coumarins' adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat. Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah pun mengetahui akan keistimewaan dan kebaikan yang terdapat dalam buah tiin, apatah lagi ianya terhad berada di pasaran tidak seperti buah- buahan lain. Namun, seharusnya ia tidak perlu dijadikan alasan kerana ia juga terdapat juga di pasaran Malaysia dan mampu diperolehi oleh sesiapa sahaja.Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tiin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut. Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tiin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tiin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam buah tiin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang. Sehubungan dengan itu, Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tiin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang. Maka, tidak hairanlah jika buah tiin diiktiraf oleh pakar- pakar pemakanan pada hari ini sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat- zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu, ia bermanfaat bagi penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit- penyakit tertentu. Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelarkan buah tiin sebagai ‘nature's most nearly perfect fruit' iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi'.Oleh yang demikian, tidak akan rugi jika kita memakan buah tiin, kerana manfaatnya kita akan perolehi jua walaupun mungkin dalam jangkamasa lama kerana kesihatan itu bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk selamanya, selagi hayat dikandung badan.


Farini Publish time 25-11-2015 08:18 AM

ambok replied at 25-11-2015 06:13 AM
masam & manis, lebih ke arah manis
buah yang disebut dalam Quran , sudah tentu banyak khasiatny ...

banyak betul manfaatnya. :D memandangkan di sini pun dah semakin berkembang penanaman buah ni.. pasti nanti ramai penggemarnya juga.

Ipo Publish time 26-11-2015 11:43 PM

buah tin yang fresh tu sedap buat manisan/dessert..{:thumbo


Pages: [1]
View full version: Anak benih pokok tin RM200 sepokok


ADVERTISEMENT