bianglala Publish time 27-11-2015 10:18 PM

Masjid Badshashi, Lahore, Pakistan

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/2c/c3/db/2cc3dba2720d1607f06c6c3ade56f06f.jpg


https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/e5/2a/ca/e52aca65bec6b7fec336cefa6502485f.jpg

bianglala Publish time 5-12-2015 01:13 AM

Masjid Emin, Xinjiang, China.

Masjid Emin yang berdiri megah di Xinjiang ini telah dibina oleh Raja Sulaiman pada tahun 1779 sewaktu era Dinasti Qing. Masjid ini dibina sebagai penghormatan kepada ayahnya seorang raja Uighur – Amin Khoja.

Apa yang menarik tentang masjid ini adalah menaranya yang di bina berasingan dan terletak di luar banguna masjid. Dewan solat pula dibina mengikut ciri-ciri senibina tempatan. Bahan utama bagi dinding masjid adalah batu bata lumpur. Jika diperhatikan seni bina masjid ini dipengaruhi oleh struktur Uzbekistan, Parsi dan Asia Tengah.

Menara masjid yang setinggi 44 meter dengan diameter lebih dari 10 meter dan tirus ke atas dengan diameter di bahagian tirus adalah 2.8 meter. Hasil sentuhan oleh penduduk tempatan di Xinjiang, masjid ini dibina menggunakan kayu dan batu-bata. Bahagian luar menara dihiasi dengan corak geometri dan bunga.

Bahagian dalam menara ini tidak mempunyai tingkat dan hanya mempunyai 1 lingkaran sokongan dalaman yang juga berfungsi sebagai penggulung.

Sayangnya masjid ini telah ditutup kepada orang ramai dan tidak boleh digunakan untuk solat sejak tahun 1992 apabila ia telah diletakkan di bawah perlindungan kerajaan China.

http://1tv2o1g0gwh145y5v53ozm13.wpengine.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2015/01/Emin-Preview.jpg

http://thevelvetrocket.files.wordpress.com/2013/12/emin-minaret-turpan-2.jpg?w=610&h=915

http://thevelvetrocket.files.wordpress.com/2013/12/emin-minaret-mosque.jpg?w=610&h=915

bianglala Publish time 5-12-2015 01:15 AM

Masjid Emin, China

http://thevelvetrocket.files.wordpress.com/2013/12/emin-mosque-2.jpg?w=610&h=915

Kawasan Perkuburan

http://thevelvetrocket.files.wordpress.com/2013/12/su-gong-ta-mosque.jpg?w=610&h=406

http://thevelvetrocket.files.wordpress.com/2013/12/turpan-mosque-cemetery.jpg?w=610&h=406

kredit Gambar : thevelvetrocket

anniez08 Publish time 5-12-2015 11:21 PM

penah tgk masjid dari selut kat tanah tu kat tv..

bianglala Publish time 19-1-2016 04:07 PM

Masjid Jamiul Alfar Jummah, Colombo, Sri Lanka


Dibina pada tahun 1908, Masjid-Jamiul Alfar Jummah juga dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘Shamman Kottu Gunungrawas’. Terletak di daerah Pettah, masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Colombo.

Pada awal abad ke-20, pihak berkuasa India meluluskan permintaan umat Islam untuk membina satu tempat untuk mereka beribadah. Oleh itu, kira-kira 108 tahun yang lalu, Masjid Jamiul Alfar Jummah telah dibina dan ia mengambil masa 1 tahun untuk siap.

Senibina masjid ini adalah satu-satu yang seumpamanya yang menggabungkan gaya senibina Islam dan sentuhan gaya Inggeris. Bahagian luar dinding masjid yang berwarna warni dan seperti gula-gula menjadikan ia antara mercu tanda pelancongan di Colombo.

http://exploresrilanka.lk/wp-content/gallery/2015-03-mosque/1-IMG_2916.jpg

http://exploresrilanka.lk/wp-content/gallery/2015-03-mosque/2-IMG_2907.jpg

http://exploresrilanka.lk/wp-content/gallery/2015-03-mosque/3-IMG_6796.jpg

http://exploresrilanka.lk/wp-content/gallery/2015-03-mosque/5_G6K4978.jpg

bianglala Publish time 19-1-2016 04:08 PM

http://exploresrilanka.lk/wp-content/gallery/2015-03-mosque/6_G6K5126.jpg

http://exploresrilanka.lk/wp-content/gallery/2015-03-mosque/7-IMG_6687.jpg

http://exploresrilanka.lk/wp-content/gallery/2015-03-mosque/9_G6K5111.jpg

http://exploresrilanka.lk/wp-content/gallery/2015-03-mosque/10_G6K5065.jpg

mogwaii Publish time 30-1-2016 11:07 AM

aku teringin nk jejak kaki kat salah 1 masjid2 nih

C3cakKempes Publish time 4-2-2016 12:20 PM

UNESCO nak hancur ke?

Puk_gai Publish time 17-3-2016 02:19 AM

Hebat senibina masyarakat terdahulu.subahanallah!
Pages: 1 [2]
View full version: Masjid-Masjid Bersejarah Dan Unik Diiktiraf UNESCO


ADVERTISEMENT