Trendslink Publish time 20-11-2015 12:35 AM

Motif Zul Ariffin Padam Gambar Ayda Jebat

http://i.imgur.com/zB9cfgi.jpg

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang pernah berkawan rapat suatu ketika dahulu bersama aktor Zul Ariffin berkata dia tidak pernah berkecil hati atau mengambil perkara tersebut menjadi serius.

Malah bagi Ayda, apa yang dilakukan oleh Zul tidak ada kena mengena dengan dirinya dan dia tidak ambil pusing akan hal remeh sebegitu.

“Saya tidak ada masalah atau mempunyai sebarang hal kerana akaun Instagram hak miliknya. Jadi mungkin dia ingin mengemas kini akaunnya dan membuang apa sahaja yang dirasakan tidak perlu,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Muzik-Muzik Separuh Akhir petang kelmarin.

Jelasnya lagi, ada di antara peminat tidak bersetuju dengan tindakan Zul memadam gambar-gambar tersebut. Bagaimanapun, Ayda menjelaskan dia tidak akan memadam mana-mana gambarnya di Instagram dengan mana-mana artis sekalipun kerana bagi dirinya itu adalah kenangan dan mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.

Selain itu, Ayda menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berganding bersama Zul dalam mana-mana drama bagaimanapun ketika ini jadual mereka masing-masing padat.

Sumber: http://kuchingmedia.blogspot.my/2015/11/motif-zul-ariffin-padam-gambar-ayda.html


munchkin Publish time 20-11-2015 01:18 AM

Matang jawapan ayda ni

MudahReloadCom Publish time 20-11-2015 01:56 AM

jangan jangan, kau terburu2...

CrowneGlory Publish time 20-11-2015 02:29 AM

Untuk ira apapun ku lakukan sayang..:$

Mary_jane Publish time 20-11-2015 09:11 AM

Ayda ni tak mudah melatah. Walau pun diakui dia dah terover feel watak diluar set.

maharani_gebu Publish time 24-11-2015 09:16 AM

Bagus Aida ni... tak amik pusing langsung hal remeh temeh ni....

easy going sungguh... retis macam ni ar paling senang hidup... less stress konsep beliyau

mizkajura Publish time 11-12-2015 09:33 AM

sokong ngan statment kau nok. hidup biar simple jgn biar seekor lalat menghanti hisup kau. kalau pun berlakun happy tp ok je ..... ;P

nak nangis gi hujung bucu katil nun menraong sorang2 yea.
jgn nak meroyan kat media. public ada macam2 idea kat kepala jemala mereka....hati2:D
Pages: [1]
View full version: Motif Zul Ariffin Padam Gambar Ayda Jebat


ADVERTISEMENT