anniez08 Publish time 19-11-2015 03:51 PM

Peria Katak

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:20 PM

Peria katak atau peria disebut bitter gourd, bitter melon, balsom pear atau balsam apple dalam bahasa Inggeris merupakan tumbuhan menjalar dari famili Cucurbitaceae yang dikatakan berasal dari Selatan China. Tumbuhan sub-tropika yang tergulung sebagai sayuran buah yang paling pahit di dunia.

Kerana rasanya yang sangat pahit, peria katak jarang dimasak bersama sayuran lain. Bagi menghilangkan rasa yang terlalu pahit, peria katak terlebih dahulu direndam ke dalam air garam, dicuci dan dipotong sebelum dimasak.

Peria sering digunakan dalam masakan cina yang biasanya digoreng bersama daging dan douchi atau dibuat sup dan juga sebagai teh. Manakala masyarakat Melayu lebih suka digoreng dan dicampur dengan udang atau daging.

Peria katak juga sangat popular dalam masakan India dan Pakistan. Kuah sambar dari bahan peria katak merupakan makanan digemari di India. Manakala di Jepun, ianya merupakan bahan makanan yang penting dalam masakan Okinawa yang dikatakan boleh memanjangkan usia.

Rasa pahit peria katak datangnya dari kandungan kuinin yang tinggi dan dianggap oleh orang Asia, Panama dan Columbia sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.

Peria yang dikenali sebagai ‘ku gua’ oleh orang cina, telah lama digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat. Selain itu, air rebusan ini juga digunakan untuk menyejukkan panas radang.

Pokok Peria Katak

http://3.bp.blogspot.com/_xwwU9v29gB8/TDFm311E3jI/AAAAAAAAAP4/S2LC1swl37s/s1600/DSC08175.JPG

Bunga Peria

http://2.bp.blogspot.com/-r185tMXjUww/Tc5FOWDAC8I/AAAAAAAAHbw/Zm-Li91usag/s1600/peria%2Bkatak%2B-%2Bflowers.jpg

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xat1/v/t1.0-9/10505384_837447019646754_3413209150838168072_n.jpg?oh=1924b6481e09b3a942208a4dcec10e22&oe=56F42AAC

http://resepibonda.com/wp-content/uploads/2015/05/khasiat-peria-katak.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-LM_vM81XDOI/UVRHmiXseKI/AAAAAAAABDo/nKZisW2x5lw/s1600/P1190091.JPG

http://1.bp.blogspot.com/-d8vTp79sKJ4/ViRz3mqt_FI/AAAAAAAAnXA/ZunOCIqjkUg/s1600/IMG_4513.JPG

Jus Peria Katak

https://ummisfamily.files.wordpress.com/2015/01/jus-peria.jpg?w=870




dubuk Publish time 19-11-2015 04:18 PM

peria katak ini tak lah pahit mana

kalau kamu worang buang rasa pahit itu, maka sia sia lah

pahit itu lah pencergas badan

krustykrab Publish time 19-11-2015 04:38 PM

aku dulu tak sukerrrr peria katak ni, tp sejak kena gaut sekali tu, trus boleh makan w/pun pahit...biasanya aku buat kicap letak cili padi perah asam limau sbg pencicah peria ni, kureng lah sikit rasa kepahitan nya kat tekak tu

Farini Publish time 19-11-2015 09:14 PM

jarang-jarang juga makan sayur ni

anniez08 Publish time 19-11-2015 10:50 PM

Farini replied at 19-11-2015 09:14 PM
jarang-jarang juga makan sayur ni

dekat restoran mamak selalu ada peria katak ni.
dorg hiris halus2 lepas tu goreng.. sedap juga..

SuteraPurple Publish time 23-11-2015 12:25 PM

tak suka sgt sayur ni. :L

ipes2 Publish time 21-3-2017 01:34 AM

ha @bianglala ..yg ni la yg saya selalu beli kat sini dan mkn mentah mentah tu
sedap

sfhzuraz Publish time 21-3-2017 09:25 AM

ada lagi satu spesis peria kambas

http://2.bp.blogspot.com/-RMNlNsgsamk/UDTvIbPzvDI/AAAAAAAADhE/mTs3A7ToK9g/s1600/DSC00671_2.JPG

saya suka sangat sayur yang pahit2 macam ni
sebelum masak tak perlu rendam dgn air garam pun sebenarnya
lps potong2 terus jer masak

kalo makan mentah pun ok
ada orang kata elok makan bijinya sekali

anniez08 Publish time 21-3-2017 11:26 PM

ipes2 replied at 21-3-2017 01:34 AM
ha @bianglala ..yg ni la yg saya selalu beli kat sini dan mkn mentah mentah tu
sedap

tak pahit ke dr ipes mkn mentah2?..
peria katak ni mmg pahit..

ipes2 Publish time 22-3-2017 02:09 AM

sfhzuraz replied at 21-3-2017 09:25 AM
ada lagi satu spesis peria kambas




eh yg urat urat dia besar besar
ada satu lagi yg urat urat dia mcm berbiji biji..yg tu peria apa ek?

ipes2 Publish time 22-3-2017 02:12 AM

anniez08 replied at 21-3-2017 11:26 PM
tak pahit ke dr ipes mkn mentah2?..
peria katak ni mmg pahit..

mula mula
pastu tak pahit dah
sekarang mmg biasa dgn kepahitan tu

anniez mkn cam ne bnda ni
masa kids kecik, kami ada helper dai mesia
dia dok jaga anak kami 2 thn
dia selalu masak peria ni..masak goreng dgn lada hitam tu
best gak
(dah balik kawin dah si Siti yg kelakar tu..harap awak murah rezeki selalu, ameen; kids selalu kenang..bilik dia kids still panggil bilik Acik Siti)

sfhzuraz Publish time 22-3-2017 08:22 AM

ipes2 replied at 22-3-2017 02:09 AM
eh yg urat urat dia besar besar
ada satu lagi yg urat urat dia mcm berbiji biji..yg tu peria apa...

kalo yang berbiji2 tu saya tak pasti
ipes ada pic tak

lagi satu benda pahit yg sy penah rasa ialah patawali
potong batang pokok dlm beberapa cm pastu rebus pun dah cukup pahit
masa sy kecik2 abah sy ada tanam
abah sy bg minum utk elakkan kecacingan

http://2.bp.blogspot.com/__Q0rDUzXWco/TFZCLhtHxDI/AAAAAAAAAG0/_xNJKR-tGhA/s400/Patawali.jpg

sfhzuraz Publish time 22-3-2017 08:26 AM

anniez08 replied at 21-3-2017 11:26 PM
tak pahit ke dr ipes mkn mentah2?..
peria katak ni mmg pahit..

pahit2 tu yg elok n
elok utk org yg ada kencing manis dan darah tinggi
kaka ok jer makan mentah2
mungkin jgk dah biasa
kalo keropok melinjo/belinjo n makan tak
yg ni pun spesis pahit

http://4.bp.blogspot.com/-SZVuRzw5UTw/UwxYnXu0flI/AAAAAAAAN0w/kU68rSNr880/s1600/Emping_Melinjo.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_jmU_8Wz5a5o/TCHCA6cHbcI/AAAAAAAAACw/xOi0ygPL_RM/s1600/BELINJO+ORIGINAL.jpg

anniez08 Publish time 22-3-2017 01:13 PM

ipes2 replied at 22-3-2017 02:12 AM
mula mula
pastu tak pahit dah
sekarang mmg biasa dgn kepahitan tu


biasa nya peria katak ni kalau kat rumah buat sambal udang.. lepas tu campur dgn peria..sedap juga..
tp saya suka btl kalau dekat restoran mamak biasa ada juga jual peria yg di hiris halus2
kemudian goreng sampai garing.. jadi kepahitan tu da tak terasa..




anniez08 Publish time 22-3-2017 01:17 PM

sfhzuraz replied at 22-3-2017 08:26 AM
pahit2 tu yg elok n
elok utk org yg ada kencing manis dan darah tinggi
kaka ok jer makan mentah2 ...

wah.. kaka makan peria yg mentah eh?..
n tak boleh tahan la kaka kalau benda pahit2 ni..
tekak tak bleh nk telan.. tp sikit2 pahit tu boleh la..

keropok malinjau makan juga.. tp bkn favourite la..
kalau makan keropok malinjau mesti nk kena sulam dgn air..;P

sfhzuraz Publish time 22-3-2017 08:58 PM

anniez08 replied at 22-3-2017 01:17 PM
wah.. kaka makan peria yg mentah eh?..
n tak boleh tahan la kaka kalau benda pahit2 ni..
tekak t ...

siang td kaka makan semangkuk kecik peria katak yg mentah
kaka hiris nipis2 pastu makan mcm tu jer
takat pahit sikit2 kaka tak kisah

keropok melinjau tu mahal kan n
kebanyakkannya jual belah johor
kaka penah kirim kt kawan belikan dulu2 regenya rm16/kg

ipes2 Publish time 2-4-2017 02:39 PM

sfhzuraz replied at 22-3-2017 08:22 AM
kalo yang berbiji2 tu saya tak pasti
ipes ada pic tak



ha nnt sy pi kedai sebelah sy akan snap pix nye.

patawali?
hmmm tak penah dgr la pulak..
jap nak gugel

oh dah jumpe..

alah di gossip dpt tawarkna sakit ini sakit itu dlm gugel tu

ipes2 Publish time 2-4-2017 11:58 PM

anniez08 replied at 22-3-2017 01:13 PM
biasa nya peria katak ni kalau kat rumah buat sambal udang.. lepas tu campur dgn peria..sedap juga ...

oooo gitu
dgn sambal udang ek?
pasal peria tu, sy suka kepahitan dia tu!

ipes2 Publish time 3-4-2017 12:04 AM

anniez08 replied at 21-3-2017 11:26 PM
tak pahit ke dr ipes mkn mentah2?..
peria katak ni mmg pahit..

suka kepahitan tu!
tapi faveret sayur saya ialah kangkung goreng belacan
jugak sayur air

sfhzuraz Publish time 4-4-2017 11:16 AM

ipes2 replied at 2-4-2017 02:39 PM
ha nnt sy pi kedai sebelah sy akan snap pix nye.

patawali?


patawali tu skrg ni sy dah tak jumpa
mungkin ada tp tak ramai yg tanam
walaupun yg duduk kt kampung


ipes suka eh makan yg pahit2
samalah mcm sy
Pages: [1] 2
View full version: Peria Katak


ADVERTISEMENT