ambok Publish time 18-11-2015 05:14 AM

Beruk terperangkap atas pokok, bomba selamatkan

Bachok: Beruk pemanjat pokok kelapa terperangkap di atas pokok itu akibat terikat tali pada pelepah di Kampung Aur, Sungai Dua, di sini, sebelum diselamatkan anggota bomba pagi tadi.Pemilik haiwan itu menghubungi talian kecemasan sebelum lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok di ketuai Pegawai Bomba Mohd Rozi Ismail melakukan operasi menyelamat.

Tali dan tangga digunakan untuk menyelamatkan haiwan itu yang berada pada ketinggian 18.3 meter (60 kaki) dan operasi menyelamat selesai dalam tempoh 36 minit selepas operasi dimulakan pada 10 pagi. Haiwan itu diserahkan semula kepada pemiliknya.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 12:15 AM
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/beluk.png.transformed.jpgSuasana ketika operasi menyelamatkan beruk sebelum beruk itu diserahkan kembali kepada pemiliknya. FOTO ihsan bomba







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93765#sthash.IyFTSrOa.dpuf

anniez08 Publish time 18-11-2015 09:28 PM

ala... kesiannya beruk tu terperangkap atas pokok..
agaknya terjerit2 beruk tu sb nk lepaskan diri..

ginger_B Publish time 18-11-2015 10:54 PM

agaknya dia melompat2 dan berpusing atas pelepah tu.. tu yg terbelit tu..

mogwaii Publish time 19-11-2015 09:53 AM

maybe baru sekali dua naik tk expert lagi beruk ni.

SuteraPurple Publish time 19-11-2015 10:33 AM

macam manalah boleh terbelit tu?

513172 Publish time 6-8-2016 11:15 PM

Ala comelnya..
Pages: [1]
View full version: Beruk terperangkap atas pokok, bomba selamatkan


ADVERTISEMENT