Nusantara77 Publish time 16-11-2015 09:14 PM

Mazda Hentikan Penggunaan Beg Udara Takata

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/Mazda-Beg-Udara-Takata-640x425.jpg

Selain daripada Honda yang membuat keputusan untuk tidak menggunakan beg udara Takata untuk model akan datang, Mazda Motor Corporation juga turut mengeluarkan satu kenyataan pada Khamis yang lalu bahawa syarikat tersebut tidak akan menggunakan beg udara yang dikeluarkan oleh Takata Corporation yang mengandungi ammonium nitrat.Selain itu, pengeluar lain termasuk Mitsubishi dan Subaru juga kini sedang mempertimbangkan semula penggunaan beg udara Takata di atas skandal yang melibatkan kematian 8 orang dan lebih 100 kes kecederaan melibatkan beg udara Takata.“Kami tidak akan menggunakan beg udara Takata yang mengandungi ammonium nitrat dalam kereta baru kami,” kata Akira Marumoto, Naib Presiden Eksekutif Akira Marumoto memberitahu wartawan.Mazda, pengeluar Jepun ke-4 terbesar, yang turut menyertai banyak syarikat pengeluar Jepun yang lain termasuk Honda Motor Corporation yang kini menjauhi produk beg udara keluaran Takata yang mengandungi ammonium nitrat.Pengawal selia AS mengatakan inflator beg udara yang menggunakan bahan kimia tersebut disyaki menyebabkan beg udara terbuka dengan kuasa yang terlalu kuat sehingga menghemburkan serpihan besi ke dalam kabin kereta.
arenakereta
Pages: [1]
View full version: Mazda Hentikan Penggunaan Beg Udara Takata


ADVERTISEMENT