Nusantara77 Publish time 16-11-2015 09:10 PM

Pengganti Persona, Iriz Sedan Diuji [+Spyshot]

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2016-Proton-Persona-Iriz-Sedan-Spyshot-1.jpg
Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan keyataan bahawa Proton bakal mengeluarkan 3 model baru pada tahun 2016. Salah satunya ialah model 2016 Proton Perdana generasi baru yang dikatakan bakal menembusi pasaran tempatan seawal suku pertama 2016.Tun Dr Mahathir juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Proton Persona bakal digantikan dan akan memasuki bilik pameran di Malaysia pada tahun 2016. Pengeluar tempatan ini akan mengeluarkan sedan segmen B yang berdasarkan platform Proton Iriz.http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2016-Proton-Persona-Iriz-Sedan-Spyshot-2-640x480.jpgBaru-baru ini, seorang pengguna laman web sosial Facebook Proton Iriz Community (Malaysia)dengan nama Faris Farhad telah mengeluarkan beberapa gambar spyshot yang menunjukkan satu kereta dalam bentuk penyamaran sedang diuji di atas jalan raya.Dipercayai kereta ini merupakan pengganti Proton Persona yang menggunakan platform Iriz seperti dikatakan sebelum ini.http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2016-Proton-Persona-Iriz-Sedan-Spyshot-3-640x320.jpgKereta ini dijangkakan bakal menggunakan nadi yang sama dengan Proton Iriz di mana pilihan enjin petrol 1.3-liter dan 1.6-liter 4-silinder VVT ditawarkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau CVT automatik.Satu lagi pengganti yang dijangkakan bakal keluar pada tahun 2016 ialah pengganti Proton Saga yang turut bersama-sama memperbaharui keluarga kereta Proton.arenakereta

Pages: [1]
View full version: Pengganti Persona, Iriz Sedan Diuji [+Spyshot]


ADVERTISEMENT