CARI-MAMS Publish time 16-11-2015 05:27 PM

[Brader] Anda Lebih Suka Mandian Panas Atau Sejuk?

Oleh Adib Za

Pulang kerja pasti tubuh terasa lemah dan lesu. Apatah lagi jika di tengah jalan anda terpaksa menempuh jem. Penat, bukan?


Bagi mengembalikan kesegaran tubuh, anda disyorkan mandi dengan air yang hangat. Banyak kelebihannya, terutama bagi kaum lelaki. Jom lihat!


1. Beri kesegaran
Tenangkan diri dalam tab air hangat. Pasti melegakan tubuh anda. Ini kerana otot yang tegang kembali normal dan menjadi lebih tenang. Malah, peluh dan lekit badan lebih bersih dengan air hangat.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/16/172453jgsobt03zg2ws6ut.jpg



2. Kurangkan stress
Mandi air hangat mampu menenangkan minda anda juga! Bukan hanya tubuh kembali segar dan relaks, namun minda yang stress dapat dikurangkan.

3. Menghangatkan tubuh
Waktu malam, suhu lebih sejuk dan mandian hangat akan membuatkan anda terasa lebih selesa untuk tidur malam itu. Ia juga membantu melancarkan peredaran darah.


4. Peredaran darah
Seperti yang disebutkan di atas, mandian hangat membantu peredaran darah yang lancar. Ini membuatkan anda terasa segar dan begitu selesa sekali. - CARI Infonet


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/16/172606f99dcv2duz959dv2.jpg
(sumber foto: carian google)

edee_91 Publish time 16-11-2015 08:42 PM

kenapa berdenyut-denyut ni?

alestorm Publish time 16-11-2015 08:48 PM

Takyah mandi la senang

batu_bergolek Publish time 16-11-2015 09:58 PM

Saya tak suka mandi air panas, rasa macam tak puas. Kalo mandi air panas pun bila terpaksa, bila pergi tempat sejuk dsb.

Satu lagi saya paranoid, takut kene karen :funk: . kalo pakai electric water heater. Sblm pakai, mmg saya test dia punya elcb trip switch. Lepas tu baru pakai.

seramado Publish time 17-11-2015 10:48 AM

edee_91: kenapa berdenyut-denyut ni?

knp berdenyut tu

dabai Publish time 17-11-2015 04:37 PM

Kalau hari panas, mandi air sejuk la.
Kalau hari sejuk, mandi air panas la.
Kan senang.
Pages: [1]
View full version: [Brader] Anda Lebih Suka Mandian Panas Atau Sejuk?


ADVERTISEMENT