Pemandangan Dalam Gua Warna-Warni Reed Flute Cave
Gua ini dibuka kepada orang ramai sejak 1972, dan dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni. Keunikan stalactite yang membentuk struktur tertentu amat mengagumkan. Keajaiban ciptaan Tuhan amat menyentuh perasaan. Dengan keunikan ini, tidak hairanlah begitu ramai pemimpin utama negara dibawa melawat ke lokasi ini.
Setiba di pintu gua, pengunjung seolah-olah disambut oleh ‘seekor singa’ dan anaknya. Dengan menyusuri lebih dalam lagi, bertemu pula dengan ‘lelaki tua yang berehat sambil mendengar alunan lagu’. Ada satu kawasan air, dan ditambah dengan pantulan lampu menjadikan air turut bewarna biru.
Sepanjang menyusuri laluan sejauh 500 meter di dalam gua ini, kesan stalactites yang membentuk imej-imej tertentu seperti singa, cendawan, ular, monyet, pokok dan lain-lain jelas kelihatan. Kemuncak lawatan di gua ialah sesi menonton tayangan video yang berlatarbelakangkan dinding gua berkisarkan mitos tentang terbentuknya gua ini.
Dengan tiket masuk serendah 90 yuan bersama kira-kira 45 ringgit pengunjung boleh menikmati keindah dan kaunikan Reed Flute Cave. Ia turut dilabel sebagai kawasan lawatan berstatus AAAA. Untuk makluman sejak tahun 1999 kerajaan China telah mewartakan gred bagi lokasi pelancongan di China bermula dari A sehingga AAAAA, sebagai satu cara untuk menarik pelancong. Lokasi ini juga berjaya mencatatkan 1 juta pengunjung setiap tahun.
Sumber : Google Image / blog noraitusaya
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/01/psychedelic-reed-flute-cave-china-woe1.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/01/psychedelic-reed-flute-cave-china-woe2-690x457.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/01/psychedelic-reed-flute-cave-china-woe3-690x399.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/01/psychedelic-reed-flute-cave-china-woe7-690x456.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/01/psychedelic-reed-flute-cave-china-woe6-690x517.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/01/psychedelic-reed-flute-cave-china-woe5-690x517.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/01/psychedelic-reed-flute-cave-china-woe4-690x468.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/01/psychedelic-reed-flute-cave-china-woe8-690x523.jpg
Fans Chelsea ramai dalam ni...patut le xnak kluor crazecousa replied at 16-11-2015 12:45 PM
Fans Chelsea ramai dalam ni...patut le xnak kluor
kuikuikui. syok apa, kalerful. cantik tarikan gua ni. biasanya dalam gua suasana sejuk juga. Farini replied at 16-11-2015 01:00 PM
cantik tarikan gua ni. biasanya dalam gua suasana sejuk juga.
gua ni di GUILIN, china.
cantik kalernya {:1_132:} ip_lepat replied at 16-11-2015 08:54 PM
cantik kalernya
pelangi dlm gua.
best ada bayang2 ... SuteraPurple replied at 19-11-2015 10:51 AM
best ada bayang2 ...
luas jgk kwsn air tu.
http://www.guilinholiday.com/images/Photo/reed-flute-cave//p365_d20140805155924.jpg cantik.. warna dia memukau mata.. Ada hantu ke? spiderman80 replied at 20-11-2015 01:14 AM
Ada hantu ke?
mana ada hantu, mod.spider maybe la adaaa. :lol:
mogwaii replied at 23-11-2015 08:51 AM
mana ada hantu, mod.spider maybe la adaaa.
Hahaha, betul....betul. ;P teringin pulak nk pegi Beautiful.... Menarik tapi aku takut masuk gua boleh pergi.. cantik {:thumbo{:loveo cantikk gilaaaaa
Pages:
[1]