Kerdas atau Genuak
Edited by bianglala at 14-11-2015 10:54 AMKerdas dihasilkan dari pokok kerdas yang disebut juga dengan nama genuak atau nama saintifiknya archidendron bubalinum dari family Fabaceae atau Leguminoceae. Pokok kerdas merupakan pokok besar rendang, saka, malar hijau yang tumbuh meliar dalam hutan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Tumbuh subur di kawasan tropika terutama di Asia Tenggara dan dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.
https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/t31.0-8/12182489_944895988901856_7930744559008606480_o.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-gyhxN3qQNPg/VAXBhqxmZWI/AAAAAAAAKH4/aB4sACyN1I4/s1600/kerdas.jpg
Pokok kerdas berdaun lembut dan nipis berwarna hijau apabila matang tetapi pucuknya berwarna ungu. Bunga kerdas berwarna kuning susu, keluar dalam bentuk jambak yang banyak berukuran 1 – 2 cm panjang. Bunganya beraroma agak wangi yang berupaya menarik serangga untuk proses pendebungaan. Manakala bunganya yang ringan menyebabkan ianya mudah dibawa angin untuk tujuan agen penyebaran pembiakan.
http://2.bp.blogspot.com/-iroyCds4ayU/VAXCjHqz5eI/AAAAAAAAKIE/DQ5CsY3Ja84/s1600/kerdas1.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-WcOTngjjZgk/VAXETgjHU-I/AAAAAAAAKIQ/5Eu3R13C_vI/s1600/kerdas2.jpg
Buah kerdas berbentuk pod memanjang dengan kulit agak keras dan liat serta mempunyai isi yang berulas berukuran antara 10 – 15 mm dan dibaluti lapisan kulit ari yang nipis. Warna isinya kuning pucat atau keputihan ketika muda dan bertukar kehitaman apabila cukup matang. Buah kerdas yang matang menghasilkan bau yang kuat apabila dimakan sama seperti jering atau petai.
Pokok kerdas mengeluarkan buah sepanjang tahun namun begitu sekitar bulan Jun hingga Ogos adalah kemuncak penghasilan yang boleh mencecah sehingga 300 – 400 kilogram biji kerdas bagi sepokok yang cukup dewasa.
Kerdas sering dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan namun baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini menyebabkan sesetengah orang tidak mengemarinya. Kerdas boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya.
https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/t31.0-8/12194625_944895992235189_731120227846671027_o.jpg
https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xft1/t31.0-8/12182428_944895998901855_5368912994525992438_o.jpg
Disebalik baunya yang busuk, buah kerdas mengandungi banyak khasiat dalam membantu menjaga kesihatan. Buah kerdas mengandungi vitamin A,B dan C serta kandungan protin (3.5%), kabohidrat (1.7%), lemak (0.3%) dan pelbagai zat galian seperti Fe, P dan Ca.
Kerdas dikatakan mampu membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing serta menghindar dari penyakit kencing manis. Selain dari itu buah kerdas juga dikatakan dapat membantu meneutralkan kandungan gula dalam darah serta mampu membantu dalam mengawal darah tinggi dan juga dikatakan awet muda.
http://pkgbtpnkedah.moe.edu.my/imejan/upload/2010/12/01/20101201142016-1391f83b.jpg
Kredit : Jabatan Pertanian Malaysia
saya tak suka buah ni..
sama gak dgn jering...huhuhu..
kalau kat kelantan..cicah budu;P
Ipo replied at 14-11-2015 12:44 PM
saya tak suka buah ni..
sama gak dgn jering...huhuhu..
kalau kat kelantan..cicah budu
bau mengancam ya, Ipo. :lol: kena kupas dulu kan kulitnya tu macam jering.
Ya Allah, sedapnye ni.. makan nasi lauk singang cicah ni dgn samal belacan ke tempoyak ke budu ke.. manisnyeee.. kecur ailiur oi.. saya tak pernah makan buah kerdas ni. elmen replied at 14-11-2015 01:34 PM
Ya Allah, sedapnye ni.. makan nasi lauk singang cicah ni dgn samal belacan ke tempoyak ke budu ke.....
favourite ya... ni kalau nampak je, confirm beli kan....
Farini replied at 14-11-2015 02:14 PM
saya tak pernah makan buah kerdas ni.
saya pun sama.... :sweat3:
bianglala replied at 14-11-2015 11:47 AM
bau mengancam ya, Ipo.kena kupas dulu kan kulitnya tu macam jering.
ha'a...baunya yg enggak enak..;P
tapi rangup bila digigit..
kalau mak ipo beli,dia suka beli yng masih belum kupas..
fresh..
ini antara ulam yg mak ipo selalu beli..
Ipo replied at 14-11-2015 02:56 PM
ha'a...baunya yg enggak enak..
tapi rangup bila digigit..
kalau mak ipo beli,dia suka beli yng ...
sekali pandang macam buah berangan pun ada kerdas ni..
nice info. {:1_132:}
lps mkn kerdas kena kumur Listerine!
Pages:
[1]