momey Publish time 18-11-2015 02:32 PM

Khaleeda dimasukkan ke dalam wad. Dia begitu parah sekali! Hud dan Dayana sesekali datang melawat Khaleeda.

Dalam pada masa mereka sibuk itu, Dayana masih belum beritahu pada suaminya yang dia sudah hamil. Elok nak bagi tahu, ada sahaja benda yang terjadi.

Seusai tamat waktu kunjungan pelawat di hospital tersebut, Dayana dan Hud pulang ke rumah.


Semasa di dalam perjalan pulang ke rumah..

“Abang..”

“Ya, sayang.” Tangan kiri Hud menggenggam tangan isterinya.

“Sian Eda kan?”

Hud mengangguk tanda setuju.

“Yana doa agar dia cepat sedar dan sembuh.”

“Insyaallah. Kita sama-sama doa.”

Dayana senyum sambil memandang wajah suaminya.

“Abang, kalau Yana pergi dulu..”

“Yana cakap ape ni?”

Dayana diam.

“Abang tak nak Yana cakap macam ni lagi.”

Dayana menangis. Biasalah orang mengandung kan, cepat tangkap syahdu!

“Yana tahu tak, semenjak kebelakangan ni abang perasan tau Yana ni cepat sangat menangis. Kadang-kadang diam tak diam Yana merajuk.”

Dayana kembali diam dan mamaling wajahnya dari memandang wajah Hud.

“Tengok tu! Merajuklah tu erk?”

Dayana mengesat airmatanya.

“Yana, abang panggil ni.”

Dayana tetap tidak memandang wajah suaminya. Hud menggelengkan kepalanya. Dia memang tak syak langsung isterinya mengandung.



                                                               **********************


Fatma dan Husin menumpang tidur di rumah Hud pada malam itu. Siap Fatma masakkanbeberapa jenis lauk untuk santapan abang dan kakak iparnya.

Dayana masuk ke dalam rumah dan terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Hud muncul kemudian sambil menggelengkan kepalanya melihat gelagat Dayana.

“Kenapa tu, abang?” tanya Fatma lalu duduk di sebelah suaminya.

“Entahlah dengan kakak kamu tu. Cakap sikit dah terasa hati. Pelik sangat! Tak pernah pun macam ni sebelum ni.”

Hud duduk di sofa bertentangan mereka. Fatma tersenyum. Dia bangun lalu ke dapur. Beberapa saat kemudian dia muncul sambil membawa satu bungkusan jeruk.

“Tengok ni.”

Hud memandang bungkusan jeruk di tangan Fatma. Fatma dah mula tersengih. Terus terlintas di fikiran Hud perkataan ‘ pregnant’!

“Hah?” terus Hud bangun dan berlari naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Fatma terus ketawa kecil bersama suaminya.

“Meh la duduk sini.” Panggil Husin.

Fatma tersenyum lalu duduk di sebelah suaminya.

momey Publish time 18-11-2015 02:37 PM

Dayana termenung sendirian di atas katil.

“Sayang..” panggil Hud dengan penuh manja sambil berjalan ke arah isterinya.

“Tak nak kawan abang!”

Dayana berpaling dari mengadap wajah suaminya.

“Alolo manjanya dia..”

Hud memeluk Dayana dari belakang. Dayana menangis.

“Sayang, janganlah macam ni.”

Dayana terus pusingkan badannya dan memeluk erat tubuh suaminya.

“Sayang minta maaf.” Dayana langut kepalanya memandang wajah suami yang tercinta.

“Sayang tak pernah salah pada abang.”

Hud mengesat airmata Dayana.

“Janganlah nangis. Sian anak kita dalam perut ni.”

Dayana terkejut. Tiada siapa lagi tahu dia mengandung.

“Mana abang tahu sayang ngandung?”

“Abang kan pakar bab-bab scan fikiran orang.”

Dayana terus mencubit perut suaminya.

“Awww sakittt!!”

Dayana tersenyum lalu memeluk suaminya. Pelukkannya dibalas.

“Kenapa sayang tak bagi tahu abang yang sayang ngandung?”

“Nak buat kejutan.”

“Maknanya masa kejadian malam birthday tu, masa tengah bergelut dengan Eda tu sayang dah ngandung la erk?”

Dayana mengangguk laju.

“Ya Allah.. nasib baik tak jadi apa-apa.”

Dayana masih dalam pelukkan suaminya.

“Jangan buat abang risau macam ni lagi ya, sayang.”

Dayana hanya tersengih.

“Nakal ibu ni!” Hud mencubit hidung isterinya.



                                                         **********************



Akhirnya Khaleeda tersedar dari koma beberapa hari yang lepas. Dia sedar dan masih kenal Hud dan Dayana. Khaleeda masih di dalam pemantauan doktor pakar kerana risau sakit lamanya kembali datang.

Hud dan Dayana selalu datang melawat Khaleeda sehinggalah Khaleeda dibenarkan keluar dari wad tersebut. Berita gembiranya, Khaleeda dimaklumkan doktor keadaannya semakin pulih. Cuma dia masih perlu diberi perhatian dan ubat sentiada kena makan mengikut waktu yang di tetapkan.

Hud dan Dayana menghantar Khaleeda pulang ke rumah.

“Terima kasih korang kerana jaga Eda.”

“Sama-sama.” Ucap Hud sambil memeluk bahu isterinya yang sudah nampak ‘perut’ itu.

Khaleeda memandang Dayana lalu menghulurkan tangan untuk dipeluk. Dayana tersenyum lalu terus memeluk Khaleeda. Khaleeda tersenyum sendirian dengan penuh makna.


Sekian. {:mlsmile:}


insyaallah jumpa lagi nnti naaa {:1_537:}

ladyFinger12 Publish time 18-11-2015 03:31 PM

Edited by ladyFinger12 at 18-11-2015 03:35 PM

nak komen walau pun x disuruh

1. citer ni menarik pd awalnya sbb isunya pak mertua gatal, so iols menanti2 mcm mana anak menantu nak tangani/hadapi masalah ni
plot seterusnya khaleeda bdepan dgn 2 dilema, pak mertua gatal tp hubby x percaya... masalah berat bg khaleeda... tt tamatkan khaleeda sakit jiwa... ok lah boleh diterima. Tapi iols frust skit sbb plot pak mertua gatal sikit je. Cepat bebenor sudah ada pengakhirannya.
Yg meleret2 hubungan hud n khaleeda padahal teman tp mesra yg disalah anggap oleh khairi dan juga khaleeda sendiri akhirnya
Btw, mkin tentang rasa ini tentang perasaan hud...

2. lovey dovey husin n fatma... ewah2... syok noo mengongkek b4 kahwin? Tak rasa bersalah pun.
Abag fatma marah2 sat pastu hepi2 depa dua kahwin. Bagaikan 'it's ok weols mengongkek b4 kahwin what! Bukannya kitorang buang anak... lagi pun husin bertanggung jwab what!

ok dah... tu komen iols

momey Publish time 18-11-2015 03:36 PM

ladyFinger12 replied at 18-11-2015 03:31 PM
nak komen walau pun x disuurh
1. citer ni menarik pd awalnya sbb isunya pak mertua gatal, so iols m ...

trima kasih sbb komen dan trima kasih jg sbb sudi bc :$

komen ja.. xkisah pun. yg xkomen tu yg rs mcm syok sndiri hahaha

Esmiria Publish time 18-11-2015 05:35 PM

ladyFinger12 replied at 18-11-2015 03:31 PM
nak komen walau pun x disuruh

1. citer ni menarik pd awalnya sbb isunya pak mertua gatal, so iols ...

Tapi ada nilaikat sini kak lady.

Walhal dhkongkek, Husinrasa bertanggungjawab.kiranya husin ni lelaki sejati yg sedia menerima akibat dan menyelesaikan penyelesaian.Jantan yg berguna.bukn tak guna.

tapi mmmg dosa...


tang pak mertua tu i setuju. cept sgt2...



















Esmiria Publish time 18-11-2015 05:44 PM

momey replied at 18-11-2015 02:12 PM
Selepas selasai bertarung di dapur, Dayana merabahkan dirinya di atas sofa ruang tamu. Di lunjurkan...

perlu ke tulis berkucupan? aku dok trbyg dia kucup bibir.LOL.

Hilang darah secara sah lbih halal dari secara murah.

wey tt..ka patut thnks kt aku taw sbb aku memeriahkn thread kau..

Esmiria Publish time 18-11-2015 05:47 PM

momey replied at 18-11-2015 02:25 PM
Sebulan kemudian..

Hud ke pejabat seperti biasa. Tetapi semenjak kahwin ni, Dayana akan siapkan b ...

aku nak suami macam hud.

Esmiria Publish time 18-11-2015 05:50 PM

momey replied at 18-11-2015 02:32 PM
Khaleeda dimasukkan ke dalam wad. Dia begitu parah sekali! Hud dan Dayana sesekali datang melawat Kh ...

Wah bunting.:)

Esmiria Publish time 18-11-2015 05:52 PM

momey replied at 18-11-2015 02:37 PM
Dayana termenung sendirian di atas katil.

“Sayang..” panggil Hud dengan penuh manja sambil berj ...

anti darah citer ni.lol.
@cmf_conan

sila beri tacang.Lol.

momey Publish time 18-11-2015 05:57 PM

Esmiria replied at 18-11-2015 05:47 PM
aku nak suami macam hud.

Haha yeee mmang nk ucp tq pun kat es.. es setia bc smpai habis.. komen2 pun momey trima dgn hati tbuka. Tq skali lg

ladyFinger12 Publish time 19-11-2015 10:50 AM

Esmiria replied at 18-11-2015 05:35 PM
Tapi ada nilaikat sini kak lady.

Walhal dhkongkek, Husinrasa bertanggungjawab.kiranya hus ...

Nilai dia tersembunyi pd akak sbb tak sedikit pun digambarkan penyesalan keduanya

at least, Hud marahlah adik dia tu... Tunjukkan kekesalan Hud dan betapa TAK BETUL nya apa yg Husin dan Fatma dah buat.
Hud kan lelaki gred A?
Penulis boleh tunjukkan Hud lembut hati akhirnya sebab memikirkan Fatma pun bukan suci lg, since Husin mahu btanggung jawab so proceed..

Err... penulis faham dak apa yg hakak nak sampaikan? Kita penulis mesti bertanggung jawab menerapkan MORAL yg TERANG

Plot citer tu dah best, tak klise dan apa yg berlaku dlm masyarakat pun. Cuma perkara ini kita kena tekankan betapa tak betulnya perkara2 itu supaya pembaca aka masyarakt itu sedar di mana kepincangan itu dan tidak melakukannya

Kita tak nak dengar lagi ada kes2 buang anak! :'(




momey Publish time 19-11-2015 01:46 PM

ladyFinger12 replied at 19-11-2015 10:50 AM
Nilai dia tersembunyi pd akak sbb tak sedikit pun digambarkan penyesalan keduanya

at least, Hud ...

tp crita ni mmang aib fatma dan husin tu hanya depa dua ja tau. hud smpai ke sudah xtau pun..

ladyFinger12 Publish time 19-11-2015 03:22 PM

momey replied at 19-11-2015 01:46 PM
tp crita ni mmang aib fatma dan husin tu hanya depa dua ja tau. hud smpai ke sudah xtau pun..

ok, terlepas pandang hat tu BUT still to me tak bagus diketengahkan perkara tak bermoral tanpa pengajaran. Might as well
plot masuk bilik ditiadakan

Ini pandangan hakak lah dek... up to u nak terima or not. At least sudah den koba kan {:1_551:}

momey Publish time 19-11-2015 03:48 PM

ladyFinger12 replied at 19-11-2015 03:22 PM
ok, terlepas pandang hat tu BUT still to me tak bagus diketengahkan perkara tak bermoral tanpa pen ...

eh, sy ok ja. xda hal pun! {:thumbo

tq atas komen2 yg bernas tu.

Esmiria Publish time 19-11-2015 10:57 PM

ladyFinger12 replied at 19-11-2015 10:50 AM
Nilai dia tersembunyi pd akak sbb tak sedikit pun digambarkan penyesalan keduanya

at least, Hud ...

Ha’ah.Tak perasan yg hud tak kesal. Alaa lady. yg pnting babak seks tu xde.
Tapi mmng x nmpk husin n fatmacm ladytaip.(bkn ckp)

Tapi babak bilik pun tiada takpe.Just ckp diorang ehem-ehem msa hud nmpkfatma naik motor.


Act, cerpen TT dah okay for me because babak melampau takde. But ingat dayana mati kena bunuh khaleeda endingnya.















Esmiria Publish time 19-11-2015 10:59 PM

ladyFinger12 replied at 19-11-2015 10:50 AM
Nilai dia tersembunyi pd akak sbb tak sedikit pun digambarkan penyesalan keduanya

at least, Hud ...

But sebenarnya kak..cm kita tahu..dah terlmbt right..

Esmiria Publish time 19-11-2015 11:00 PM

tt,kalo pree pree pree, i hop u ken rait ende short stari okay?..huhuhu..gua dah minat lu..

momey Publish time 20-11-2015 07:11 AM

Esmiria replied at 19-11-2015 11:00 PM
tt,kalo pree pree pree, i hop u ken rait ende short stari okay?..huhuhu..gua dah minat lu..

insyaallah es.. :$ tq sgt2

ada rezki jmpa lg dlm ni naaa

xdak idea lg ni hahahah ;P

awanjingga Publish time 20-11-2015 09:14 AM

momey replied at 20-11-2015 07:11 AM
insyaallah es..tq sgt2

ada rezki jmpa lg dlm ni naaa


xkomen apa2..
nk tnya jeee...bila nk ada citer baru...:lol:...


:bye:

momey Publish time 20-11-2015 12:07 PM

awanjingga replied at 20-11-2015 09:14 AM
xkomen apa2..
nk tnya jeee...bila nk ada citer baru......

;P tq tau awanjingga sbb sudi bc smpai habih

insyaallah ada idea kita jmpa lg :$
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8
View full version: Tentang Rasa ~ TaMaT


ADVERTISEMENT