CARI-HBZ Publish time 12-11-2015 02:49 PM

5 Kota Paling "WOW" Di Negara Uncle Sam

Oleh : Dean BZ



Amerika Syarikat merupakan sebuah negara besar yang mempunyai 50 buah negeri.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/12/114655s1opx9aq0l0ppkaw.jpg


Dengan keluasan 3.79 juta batu persegi dan lebih 310 juta orang penduduk, Amerika Syarikat menjadi negara ketiga atau keempat terbesar dari segi jumlah keluasan, dan ketiga terbesar dari segi keluasan darat dan jumlah penduduk.


Di negara Uncle Sam ini pastinya mempunyai banyak tempat menarik yang sudah tentu semua orang pernah mendengarnya, walaupun belum pernah berkunjung ke sana. Keindahan kota New York, Los Angeles, California dan sebagainya pasti anda pernah saksikan di kaca televisyen.

Penulis ingin kongsikan beberapa tempat menarik di Amerika Syarikat, mana tahu jika ada pembaca yang merancang percutian ke negara antara "paling gah" di dunia ini.


1- New York City

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/12/143454smvoote3gee3qz9f.jpg
Sumber foto : www.fodors.com


Kota Metropolitan New York adalah kota terpadat di Amerika Syarikat, kalau dekat Malaysia ala-ala KL lah. Antara tempat menarik di New York yang harus anda lawati jika berkunjung ke sana adalah seperti Patung Liberty,Empire State Building,Time Square,Central Park, Wall Street,Chinatown,Fifth Avenue, Brooklyn Bridge, dan American National History Meseum. Ini adalah yang di cadangkan oleh penulis, ikutkan banyak lagi tempat menarik kat kota New York ni. Nak cerita semua sehari tak habis.



2- Los Angeles, California (LA)

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/12/143640hnvvp7ki72v6bap4.jpg
Sumber foto : twitter.com

Los Angeles dianggap sebagai "kiblat" selebriti dunia. Antara tempat menarik di kota metropolitan ini adalah Universal Studios Hollywood, Disneyland, The Hollywood Sign, Hollywood Walk of Frame, Walt Disney Concert Hall, Getty Center, Griffith Observatory, TCL Chinese Theatre, Madame Tussauds Hollywood dan banyak lagi.



3- Honolulu, Hawaii

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/12/143823xjtms34qqns1tqhq.jpg
Sumber foto : www.travelonline.com

Sebut pasal Hawaii pasti akan teringat drama bersiri mengisahkan polis iaitu Hawaii Five-0, di saluran AXN, Astro. Honolulu merupakan ibu kota Hawaii dan dalam bahasa Hawaii, kata honolulu bermakna "tempat yang terlindung". Seperti yang kita tahu Hawaii terkenal dengan kecantikan pulaunya jadi sudah pasti pantai, air terjun, gunung dan hutan merupakan tumpuan utama pengunjung. Diamond Head, Uss Arizona, Hanauma Bay, Manoa Falls, Haiku Stairs, Ala Moana, Halina Blowhole merupakan antara tempat yang menarik disini.



4- San Francisco, California

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/12/144130oywjx4ttw8k3k83p.jpg
Sumber foto : content.time.com


San Francisco yang berbukit-bukit adalah kota ketiga belas terbesar di Amerika, dari 50 buah negeri. Apa pula daya tarikan San Francisco ni? Mengapa penyanyi Tony Bennett, dalam lagu terkenalnya mengatakan, I Left My Heart In San Francisco, “Hatinya terpaut di San Francisco”, bukan di New York atau LA? Mari kita tengok apa yang menarik di San Francisco ni. Golden Gate Bridge, Fisherman's Wharf,Golden Gate Park, San Francisco cable car system, Twin Peaks, Muir Woods National Monument, Oakland Bay Bridge, Place of Fine Arts Theatre, Ripley's Believe It or Not Museum, The Walt Disney Family Museum adalah antara tempat yang menjadi kebanggaan penduduk di San Francisco.





5- Las Vegas, Nevada

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/12/144321wgbs5bm5slb35mwm.jpg
Sumber foto : www.travelonline.comLas Vegas merupakan kota hiburan yang tidak pernah "tidur". Di kota ini pastinya menjanjikan sesuatu yang baru dan menakjubkan yang anda tidak akan dapat lihat di tempat lain. Bellagio, The Mirage, Fremont Street Experience, Stratosphere Las Vegas, Mob Museum, Mandalay Bay dan Eiffel Tower merupakan destinasi kegilaan pengunjung jika berkunjung ke sini.


Jadi, sudahkah anda mengira bajet secukupnya? Perlu diingat, kadar perbelanjaan di negara yang menggunakan matawang dolar ini sudah pasti lebih mahal jika dibandingkan dengan negara kita.

Tetapi, jika dapat merasa percutian hebat ke Amerika Syarikat pastinya memberikan kenangan terindah dan paling mengkagumkan dalam hidup... cukup walaupun hanya sekali. Betul tak? - CARI Infonet.




alieyrina Publish time 12-11-2015 03:10 PM

Aku memg teringin nk ke nyc... memg x mampu kekdahnya..

epis Publish time 12-11-2015 03:47 PM

new york~~ concrete jungle where dream are made of~~

comel91 Publish time 12-11-2015 03:59 PM

Uncle Sam who???....

Artemesiaa Publish time 12-11-2015 04:00 PM

Ramai le yang terjah bila dah tak perlu visa nanti

sherry70 Publish time 12-11-2015 04:31 PM

d sebab kan saya da ke City yg popular d US , nowpindah minat ke National Park meka, lihat keindahan alam semula jadi, da pergi fewwell known National Park d US, memang berbaloi....

exclusive_vvip Publish time 12-11-2015 09:00 PM

Artemesiaa replied at 12-11-2015 04:00 PM
Ramai le yang terjah bila dah tak perlu visa nanti

harap2 la menjadi kenyataan secepat mungkin....i pun tgh dilema ni nak apply visa us ke tak ni...my asben kata kot mana pun bulan 5 ni kalu boleh dia nak jalan2 ke NY...i selalu bertangguh2 nak gi sana sbb malas apply visa...pening gak nak pikir ni...takut apply sekarang, kang awal tahun kuar berita kata visa mansuh...kalu tak apply awal2 plak, tgk2 x jadi mansuh, kang dekat2 nak pegi baru kalut...hmmm...

exclusive_vvip Publish time 12-11-2015 09:02 PM

sherry70 replied at 12-11-2015 04:31 PM
d sebab kan saya da ke City yg popular d US , nowpindah minat ke National Park meka, lihat keindah ...

i tgk movie 2012, tringin nak gi yellowstone tu...u gi tak kat situ?

Peterpan17 Publish time 12-11-2015 09:20 PM

comel91 replied at 12-11-2015 03:59 PM
Uncle Sam who???....

Uncle Sam tu direfer kpd negara America.

Peterpan17 Publish time 12-11-2015 09:24 PM

Minnesota, Chicago dan Washington is in my list. Tp masing2 jauh antara satu sama lain. Jenuh juga nak draw itinenary.

missus_meow Publish time 12-11-2015 10:31 PM

new england ... fall season ....

elamor Publish time 12-11-2015 10:43 PM

antara tempat2 yg i teringin nak pergi:

- new york masa musim autumn & winter
- chicago
- san diego
- nashville

sherry70 Publish time 13-11-2015 08:48 AM

exclusive_vvip replied at 12-11-2015 09:02 PM
i tgk movie 2012, tringin nak gi yellowstone tu...u gi tak kat situ?

oh I da p National Park yg well known , like Yellowstone, Bryce Canyon, Zion, Death Valley,Sequiah Park, all 4 Rims GrandCanyon, LakePowel,YosemitePark,.memang best dari busy city NY, SF, LA, Vegas .....masa ke park lama dulu like 20 years ago.. recently return ke Zion d Utah, tetap sama

kads Publish time 13-11-2015 10:20 AM

elamor replied at 12-11-2015 10:43 PM
antara tempat2 yg i teringin nak pergi:

- new york masa musim autumn & winter


i dulu study kt nashville. takdak apa sgt pun kt sini. :L

elamor Publish time 13-11-2015 11:43 AM

kads replied at 13-11-2015 10:20 AM
i dulu study kt nashville. takdak apa sgt pun kt sini.

i ada sebab tertentu nak gi sana hihihi

BelovedTaeyeon Publish time 14-11-2015 12:30 PM

Salaam.

Menarik.

Teringin nak main salji

uda Publish time 14-11-2015 12:54 PM

I suka US untuk shopping aje.
Pernah stay di sana selama 10 tahun. Dah jemu di NYC sebab dulu setiap minggu mesti kesana utk beli barangan halal.

kyleril Publish time 2-1-2016 10:43 AM

Los Angeles memang terbaik...

green~tea Publish time 2-1-2016 01:21 PM

Wowww.... One of my wishlist... Tp rasanya not in 2016 kot sbb dah ada plan & paid for some bookings.. Tea dah wat agreement, travelling vacation 1-2 weeks only once aje a year, memandangkan ekonomi & matawang kita tak bagus sgt...

2017 maybe lah boleh plan for touring US... Berangan nak gi both NYC and LA, tengok domestic flight dia tak mahal pun... Bley laa wat 2 weeks itinerary.. Study sempoi2 aje dulu.. Hopefully psni xde visa

shabib Publish time 2-1-2016 04:39 PM

...

honolulu....{:1_545:}

...
Pages: [1] 2
View full version: 5 Kota Paling "WOW" Di Negara Uncle Sam


ADVERTISEMENT