ambok Publish time 11-11-2015 02:00 PM

Anak Kucing Terperangkap Di Jambatan P.Pinang Berjaya Diselamatkan

GEORGE TOWN: Satu babak cemas dan mengharukan berlaku apabila anggota bomba mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terkandas di salah satu tiang Jambatan Pulau Pinang di sini.

Ketika tiba di jambatan itu, salah seorang anggota bomba segera bertindak dengan melompat turun dari jambatan pada ketinggian kira-kira tiga meter untuk menyelamatkan anak kucing itu pada pukul 10.45 pagi Selasa.

Dengan hanya menggunakan tali abah-abah, anggota bomba kemudian memasukkan kucing itu ke dalam beg sebelum dengan pantas memanjat naik semula ke jambatan, dalam kejadian di kilometer enam jambatan yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Daud Mad Disa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.05 pagi dan tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian.






"Operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota bomba," katanya, sambil menambah trafik lancar apabila anggota bomba menjalankan operasi.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana kucing itu boleh berada di tiang itu.


Video ----> http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/11/kucing-terperangkap-di-jambatan

Farini Publish time 11-11-2015 02:22 PM

siapa la agaknya yang perasan kucing tu ada di situ.

Farini Publish time 11-11-2015 02:33 PM

btw TT, boleh tepek video kat sini. ataupun print screen beberapa gmbr kucing diselamatkan tu.

prettyuglybabe Publish time 11-11-2015 02:36 PM

tq abam bomba..

ambok Publish time 11-11-2015 02:54 PM

Farini replied at 11-11-2015 02:33 PM
btw TT, boleh tepek video kat sini. ataupun print screen beberapa gmbr kucing diselamatkan tu.

saya memang nak tepek video itu tadi, malangnya video itu bukan dalam format/bentuk youtube , maka tidak dapat saya menempeknya...sorry

bianglala Publish time 11-11-2015 03:29 PM

jauh anak kucing ni bersiar-siar. thank you bomba.

Ipo Publish time 11-11-2015 03:59 PM

kesiannya kucing tu..
thumbs up pada abam bomba

ni plak cerita dari UK..
kredit to>> http://adelehamzah.my/v1/nilai-harga-seekor-kucing-di-malaysia-dan-united-kingdom/


Situasi di United Kingdom         

anniez08 Publish time 11-11-2015 04:26 PM

macam mana la ank kucing tu bleh tersesat kat situ..

ambok Publish time 11-11-2015 10:55 PM

Farini replied at 11-11-2015 02:33 PM
btw TT, boleh tepek video kat sini. ataupun print screen beberapa gmbr kucing diselamatkan tu.

dah ada orang upload kat youtube {:1_132:}
l6qU6hpyS0s

mogwaii Publish time 16-11-2015 11:09 AM

ni kucen hiperaktif nih, kuat merayau.
Pages: [1]
View full version: Anak Kucing Terperangkap Di Jambatan P.Pinang Berjaya Diselamatkan


ADVERTISEMENT