babyorange Publish time 8-11-2015 04:50 PM

Siti Nurhaliza kini mengandung?

Edited by babyorange at 8-11-2015 04:54 PM

http://assets.bharian.com.my/images/articles/ctdk-susu1.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan kini hamil. Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Pelantun lagu `Jaga Dia Untukku' menguatkan lagi desas desus berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya.

Kombinasi minuman yang dibuat oleh Siti Nurhaliza itu dikatakan digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.

Siti Nurhaliza atau nama penuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Namun, empunya badan belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkhabaran gembira itu.

Berita mengenai kehamilan Siti sering menjadi bualan hangat dan bukan kali pertama beliau terpalit dengan kontroversi begini. BH Online mengucapkan tahniah seandainya perkhabaran itu benar.

bambimo Publish time 8-11-2015 04:52 PM

Akhirnya....patut badan dct berisi semacam....
Tahniah dato K..ehhh DCT..jaga kandungan baik2

barfi Publish time 8-11-2015 04:52 PM

Kalau benar, alhamdulillah.

Themilo Publish time 8-11-2015 04:52 PM

Wow. Tahniah mak iti. Makin bulat la nanti :lol::lol:

aderaderker Publish time 8-11-2015 04:55 PM

Kenapa asyraf yg bgtau pulak..

mokcikKSKB Publish time 8-11-2015 04:58 PM

Kenapa aku rasa cita ni another story yg xde asas.kalau siti peknen sure dia xdelah gigih nk eksesais esp early preg knowing dia sgt susah nk conceive.

hzln Publish time 8-11-2015 05:00 PM

rasanya asraf cuma cakap muga mak iti dapat segala apa yg mak iti impikan...lebih kurang lah

zehra2 Publish time 8-11-2015 05:10 PM

Walaupun tak suka sejarah camne siti kawen tok k. Tp aku suka la kalau siti dpt baby sendiri. Sian dia.

perembes Publish time 8-11-2015 05:15 PM

aku syakct buat rawatan keauburan berdasarkan badannya yg menembun dan mukanya yg jadi bulat penoh... org amik pil2 subur mmg kbnyakannya jadi bulat subur

perembes Publish time 8-11-2015 05:16 PM

org mgndung ni tgk dr muka pun kita tau dia ngandung... muka org ngadung dmuka akn jadi muka kenyang.. nta susa nak explain hihi

talia Publish time 8-11-2015 05:18 PM

Iols berharap perkhabaran ni benar wpun mcm takde bukti sahih

newyork Publish time 8-11-2015 05:20 PM

Aah kalau makan amik pil2 subur ni mmg badan naik, tahniah lah mak iti kalau betul, kalau tak usaha lagi... Duit byk tu buat ivf pun ok.

naina Publish time 8-11-2015 05:21 PM

Harap2 berita ni betol
Tumpang happy!

mizzmimi Publish time 8-11-2015 05:31 PM

asyraf kot yang ngandung..

mattzzx Publish time 8-11-2015 05:36 PM

jika benar, tahniah untuk DCT....

putehkundor Publish time 8-11-2015 05:36 PM

Alhamdulillah...berita yg dah lama kita tunggu2 kann...
Patutlah beliau tampak lebih ceria.

Tak sabar nak tgk baby.....
Mesti persis datuk k....:$

sarukhan Publish time 8-11-2015 05:37 PM

Aku sebak. Semoga khabar ni adalah sahih..

melinda_kerr Publish time 8-11-2015 05:39 PM

Syukur Alhamdulillah. Teringat romantika siti dia masih lg berharap dapat baby

kikialdo Publish time 8-11-2015 05:44 PM

Betul ke ni? Kalau betul seronoknye...jangan la bagi harapan palsu lg kat rakyat msia

Tp bpk meols pn suka minum susu kambing kurma jgk. Adakah bpk meols pun preggy?

#bimbomodeon

eddysheddy Publish time 8-11-2015 05:47 PM

alhamdulillah.. kalau betul :loveliness:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Siti Nurhaliza kini mengandung?


ADVERTISEMENT