jelitaqasyah Publish time 6-11-2015 03:38 PM

Pilihan kereta bagi lelaki-lelaki ini!

Lelaki berjiwa romantis
LELAKI romantis cenderung memilih kereta berprestasi sederhana dantidaklah terlalu mementingkan soal had laju atau kemampuan memecut. Bagilelaki romantis, lebih lama berada dengan si dia di dalam kereta yangdipandu, lebih baik.

Sudah pasti kereta yang menjadi pilihanutama lelaki penyayang ialah dari jenis convertible atau bumbung yangboleh dibuka secara automatik.

Bayangkan, membawa si diamenikmati pemandangan malam dengan bumbung terbuka? Cukup romantik!Selain itu, lelaki romantis juga cenderung memiliki kereta vintaj.Kereta vintaj memberi aura tersendiri dan jika memandu bersama kekasihpada hari minggu, keseronokannya tentu berbeza!


Lelaki playboy
MELARAM dan beraksi kononnya dia sajalah yang memandu kereta dari jenismodel tertentu mungkin gelagat yang boleh dilihat dari lelaki playboy.Lelaki sebegini menitikberatkan soal imej, ranggi dan kehidupan bebas.

Sudah tentu kereta dari jenis sporty seperti Porsche, BMW mahupunLamborgini menjadi pilihan jejaka kaya-raya atau anak jutawan. Gelagatlelaki playboy beraksi dengan kereta mewah seperti yang dipaparkan dalamklip video penyanyi Hollywood, kini bukan lagi suatu pemandangan asingdi Kuala Lumpur.


Lelaki eksekutif dan berkedudukan baik dalam profesion.
Lelaki yang memiliki kerjaya baik cenderung memilih kereta yangmemenuhi keinginan peribadinya. Bermula mungkin dengan memiliki keretaterpakai pada awal kerjaya, lelaki eksekutif dan berkerjaya tentumahukan kereta lebih baik dan sesuai dengan status diri serta profesionyang disandang.

Mungkin selepas bekerja keras selama 10 tahunselepas tamat pengajian pada usia 25 tahun, lelaki berusia 35 tahun keatas mahu memiliki kereta idaman hasil penat lelah bekerja sertamencapai status baik dalam hidup.

Jika di Malaysia, jenamakereta Honda, Mazda atau Toyota mungkin menjadi pilihan lelaki darikumpulan ini. Tidak kurang juga ada lelaki mahu memiliki kereta tempatanseperti Proton Perdana yang mencerminkan imej eksekutif dan mewah.


Lelaki stailo.
Lelaki stailo lazimnya memiliki ciri-ciri lelaki urban. Lelaki stailocenderung memiliki kereta dari jenis kompak. Selain mudah dikendalikanterutama di bandar raya seperti Kuala Lumpur, kereta stailo lazimnyamemiliki reka bentuk menarik dengan sentuhan kontemporari.

Biarpun kereta kompak dikatakan lebih sesuai untuk pemandu wanita,lelaki urban memilih kereta kompak kerana ia lebih ringkas, bergaya danmudah dikendalikan. Lihat saja Mini Cooper, siapa tidak mahu keretakompak ini?
<p>Ahli perniagaan.</p>Adarakan yang mengusahakan perniagaan mengakui soal jenis kereta yangdipandu menjadi persoalan pelanggan. Katanya, pelanggan akan lebih yakinjika melihat kereta mewah dari jenis Mercedes Benz, BMW atausekurang-kurangnya Honda CRV dipandu ahli perniagaan.

Mungkinada benarnya, tetapi usahawan lelaki perlu menimbang banyak faktorsebelum memiliki kereta idaman. Selain faktor keupayaan kereta bertahanlama (andai perlu memandu ke lokasi jauh untuk menemui pelanggan), soallain termasuk prestasi, penjimatan petrol dan imej perlu diberiperhatian.

Namun, apa salahnya memiliki kereta mewah andaiperniagaan yang diusahakan berjaya atau pulang modal dengan kos operasidan pengurusan terjamin setiap bulan.


Lelaki berkeluarga.
MPV! Inilah kereta idaman lelaki berkeluarga. Bagi lelaki ini, apa lagiyang hendak dicari daripada sebuah kereta melainkan ia dapat memenuhikeperluan keluarga iaitu isteri dan anak-anak.

Bagi lelakiyang memiliki anak ramai, kenderaan MPV atau van mungkin paling sesuai.Ini tentunya memudahkan seisi keluarga setiap kali pulang ke kampungatau mengembara jauh beramai-ramai. Selain lebih selamat, hubungansekeluarga juga bertambah erat. Tanyalah mana-mana lelaki bergelar bapa,MPV pasti menjadi idaman mereka!


Lelaki veteran atau pesara.
Lelaki masih boleh memandu sehingga usia mencapai 80 tahun asalkan dayapenglihatan dan refleksi masih baik. Lelaki senior cenderung memilihkereta yang mudah dikendalikan dan paling mustahak, automatik!

Disebabkan faktor usia dan tenaga yang tidak kuat, lelaki berusiatentunya mahukan kereta bergear automatik bagi mengurangkan kesakitanpada lutut selain memudahkan pemanduan tanpa perlu memberi tumpuan padagear. Jika anda mampu, apa kata hadiahkan bapa kereta bergear automatik?

https://www.facebook.com/notes/khas-untuk-jejakalelaki-kacak-tampan-bergaya/pilihan-kereta-lelaki/209364999078921

cowey Publish time 6-11-2015 08:04 PM

hahaha kalo kat malaysia tak leh kire jiwa..

kadang romantik pn naik kancil jea..:P

tgok keturunan kot

dabai Publish time 7-11-2015 11:17 AM

Honda..... EX5 :D
Pages: [1]
View full version: Pilihan kereta bagi lelaki-lelaki ini!


ADVERTISEMENT