Nusantara77 Publish time 5-11-2015 04:22 PM

Lexus Dedahkan Model Konsep Lexus LF-FC Di Tokyo

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-1.jpg

Di Pameran Tokyo Motor Show 2015, Lexus turut mengambil kesempatan mempertontonkan model konsep terkininya, Lexus LF-FC iaitu generasi baharu bagi Lexus LS.Pelbagai teknologi terkini diterapkan dan dimasukkan ke dalam model konsep rekaan ini, dengan pastinya menyerlahkn Lexus LF-FC menjadi sedan premium perdana pada masa akan datang.http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-13.jpgLexus LF-FC memiliki ukuran 5,300 mm panjang, 2,000 mm lebar dan 1,410 mm untuk tinggi, mempertaruhkan konsep rekaan berfalsafah Lexus L-finess. Ia direka khas bagi menjelmakan imej sebuah kenderaan grand touring, dengan rekaan gril hadapannya yang besar, menampakkan elemen garang dan maskulin, diapit dengan lampu pencahayaan siang berbentuk-L dengan tema tersebut turut diterapkan untuk bahagian lampu belakang.Garisan bumbung condong pula memberikan model konsep ini gambaran seolah sebuah jenteracoupe empat-pintu, disamping ianya turut digayakan dengan rim aloi aluminium dan gentian karbon yang diperkukuhkan dengan plastik bersaiz 21-inci.http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-2.jpgJika dilihat di bahagian kabin, perkara pertama yang akan terpacul; ianya begitu futuristik. Butang-butang kawalan telah digantikan dengan paparan sentuh, disamping turut memilikiadvanced human machine interface (HMI), dengan sokongan untuk kawalan isyarat tangan. Bagaimana? Satu imej holografik pada bahagian konsol tengah untuk mengesan pergerakan tangan yang mengendalikan kawalan bagi audio dan penghawa dingin.LF-FC merupakan model pacuan semua roda, yang dijanakan oleh sistem fuel cell yang mempunyai output yang tinggi. Lexus masih tidak berkongsi apa-apa info mengenai kuasa yang dihasilkan, namun Lexus ada mengatakan LF-FC ini dilengkapi dengan ‘sistem pemanduan yang innovasi’ yang mana mampu menghantarkan jumlah tork yang optimal diantara roda hadapan dan belakang, dan dengan itu membolehkan model ini memiliki kawalan pemanduan dan kestabilan yang tinggi.Komponen fuel cell diletakkan di bahagian belakang sementara unit kawalan kuasa diletakkan di bahagian hadapan bagi membolehkan kestabilan pembahagian berat keseluruhan disamping tangki hidrogen yang dikonfigurasi secara formasi-T.http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-11-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-12-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-13-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-14-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-4-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-9-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-10-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-6-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-5-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-arenakereta-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-18-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-17-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-16-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-8-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-7-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-3-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-2-150x150.jpghttp://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/lexus-lf-fc-concept-150x150.jpgarenakereta

Pages: [1]
View full version: Lexus Dedahkan Model Konsep Lexus LF-FC Di Tokyo


ADVERTISEMENT