CARI-LTS Publish time 5-11-2015 12:54 PM

Kisah Watak James Bond Yang Anda Perlu Ketahui?

Oleh : TS LOO




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/05/124055glzx0xuawk460kv6.jpg
sumber foto : internet



Sejak bermula dari tahun 60an, filem bersiri 007 James Bond yang diadaptasi daripada novel terkenal Ian Fleming, sehingga hari ini sebanyak 24 buah filem telah diterbitkan dengan watak James Bond yang terdiri daripada 6 generasi.


Akan tetapi, pernah tak anda mengira atau memikirkan, dari James Bond generasi pertama iaitu Sean Connery sehingga ke George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Bronson dan yang terbaru Daniel Craig.


Watak James Bond yang dilakonkan oleh siapa yang membunuh paling ramai musuhnya, yang memiliki paling ramai 'Bond Girl', minum paling banyak gelas minuman arak Martini?




Susulan siri terbaru filem James Bond :< Spectre > mula ditayangkan, Akhbar di UK iaitu Mail Online telah melakukan statistik yang menyeronokan.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/05/124103ijrhrhk9r9kh5a9r.png
sumber foto : internet



Hasil keputusan statistik yang dilakukan jelas menunjukan Pierce Bronson merupakan"James Bond yang paling kejam" , secara purata dalam setiap filem seramai 21.25 orang musuh telah dibunuh. Tempat kedua pula adalah Daniel Craig dimana setiap filem secara purata telah membunuh seramai 12.66 orang musuh.


Dalam pada itu, watak James Bond yang paling bahagia dan sering didampingi ramai 'Bond Girl' adalah George Lazenby, setiap filem secara purata mempunyai 3 orang Bond Girl.


Seterusnya adalah Sean Connery secara purata setiap filem terdapat 2.66 orang Bond Girl.


George Lazenby bersama Timothy Dalton, Pierce Bronson, Daniel Craig berada dalam kumpulan yang watak James Bond yang kuat minum arak Martini, secara purata dalam setiap filem minum segelas.


Wajar dinaytakan, watak James Bond terbaru lakonan Daniel Craig boleh dianggapkan sebagai James Bond yang kurang berfoya-faya. Dalam 3 buah filem James Bond sebelum ini ( tidak termasuk Spectre), dalam setiap filem secara purata hanya mempunyai 1.33 Bond Girl, antara James Bond yang satu-satunya secara purata memiliki tidak melebihi 2 orang Bond Girl dalam setiap filem.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/05/124049m5ig5k8hi2i6zp55.jpg
sumber foto : internet



Sebelum ini, dalam satu temubual bersama Majalah <Time Out> dari Bitish, Daniel Craig memberitahu Spectre akan merupakan filem siri James Bond lakonan nya yang terakhir, selanjutnya dia nak bergerak ke hadapan dengan kerja lain.


Masa kini, ramai orang mula membuat spekulasi, siapa akan merupakan James Bond yang bergenerasi ketujuh?


Walau bagaimana pun, siapa sekali pun menggantinya, Daniel Craig tetap memberi nasihat buat bakal penggantinya, iaitu "Jangan Memburukkan!" ( Don't be shit ! ).






LTDaET-JweU


i6xaUkZYU_8

comel91 Publish time 5-11-2015 01:00 PM

Pierce Bronson bond paling disukaiiii ~~

buragazz Publish time 5-11-2015 01:08 PM

comel91 replied at 5-11-2015 01:00 PM
Pierce Bronson bond paling disukaiiii ~~

Ha ah.. sbab aku generasi filem dia... dan James Bond tu cam kena sangat dengan dia..Tak la kata lain tu tak ok tapi dia yg paling ok la..

selendangmerah Publish time 5-11-2015 01:17 PM

Pierce Brosnon yang paling best .. watak Bond tu seakan sesuai dengan dia ..

Bond yang lain sebelum dia x menyerlah sangat .. maybe sebab zaman tu sama ..

danial craig for me is the "worse" Bond ..

epis Publish time 5-11-2015 01:27 PM

saya pon suke bond pierce brosnan sebab start tgk bond zaman die, so auranya lagi menyerlah dan die nampak macho...

bluezink Publish time 5-11-2015 01:28 PM

Tapi kalau Bond tahun 70an hingga 80an, memang banyak pompuan dia main. Waitress, secretary sampai ke pompuan penjaga kuda pon dia romen.Kalau dah balik opis dia beromen dengan MoneyPenny pulak !err....TT
pa-apa pun matlamat nukilan hari ini ialah boleh tak?!...TT dpt berikan 9 Sebab mencabap ngapa mlayu Tidak Boleh Jadi James Bond.,,..cer ceter{:1_550:}

ais_kosong Publish time 5-11-2015 01:29 PM

aku pun suka pierce b tu gak..
danial ni mcm xbest. xlayan sgt pun

DaisyD Publish time 5-11-2015 01:37 PM

beckham jadi next bond boleh? hihihi

Mary_jane Publish time 5-11-2015 01:41 PM

Pierce brosnan tu paling sesuai kan. Yang bond baru ni macam tak berapa sinonim ngan wtaknya. Heroin pun sama

salimrock Publish time 5-11-2015 02:15 PM

malaysia tak nak popularkan balik watak Jefrey zain ke?

nicuya Publish time 5-11-2015 05:16 PM

sean connery bond paling gatai....(yeke?)..hhahahahahahaha...muka miang..

lorelai Publish time 5-11-2015 07:47 PM

I harap bond seterusnya milo ventimiglia .. haaa kurus jeee

spiderman80 Publish time 5-11-2015 07:57 PM

James Bond gatal orangnya.:$

spiderman80 Publish time 5-11-2015 08:03 PM

Walaupun ramai kurang suka Daniel, tapi wataknya lebih realistik sebab filem James Bond versi zaman beliau lebih gelap jalan ceritanya. Kalau dibandingkan dengan filem versi lama, nampak sangat kartunnya.

Serupa filem Batman zaman 80an lakonan Michael Keaton sehingga ke George Clooney. Jalan cerita macam Batman lawan raksasa Power Ranger jer.:lol: Jalan cerita pun sangat boring and predictable.
Cuba tengok Batman lakonan Christian Bale, nampak kelainannya kan?

zennaya Publish time 5-11-2015 08:06 PM

daniel craig the best bond ever. full pakej,lengkap dgn karismanya,scene yg ada stunt selalunya dia buat sendiri. kalau pierce brosnan, mcm terlalu bersih sangat imejnya. baru lepas bergasak,baju dan mukanya tetap nampak kemas,mcm terlalu jaga imej. boring la kalau time dia jadi bond.

wadiunong Publish time 5-11-2015 10:51 PM

spiderman80 replied at 5-11-2015 08:03 PM
Walaupun ramai kurang suka Daniel, tapi wataknya lebih realistik sebab filem James Bond versi zaman...

Setuju dgn spidey. I love Daniel Craig & Christian Bale. I love Pierce Brosnan too

AnBulisia Publish time 6-11-2015 10:28 AM

aku suka daniel craig jadi bond
tapi aku tak pernah abis tgk movie bond masa zaman dia :L

lurve82 Publish time 6-11-2015 10:57 AM

hakak suka jah daniel craig..nyum3...smart...dan nmpk lebih realistik...xberapa nak berpoya..tp dlm spectre main dgn 2 org...1 org xsempat...:lol:

pierce brosnan xske sgt...ntah xtahu nape...

adindaHikaru Publish time 6-11-2015 04:34 PM

Pemegang watak James Bond telah pun di pilih,sila rujuk @british GQ website... The Winner for Next New James Bond, Luke Evans.. Bleh tahan juga pelakon ni antara filemnya Dracula Untold, No One Lives, High Rise (2016), Fast &Furious 6... Dan banyak lagi...

-electrifying- Publish time 6-11-2015 06:26 PM

pierce brosnan is the best...
but for me danial craig is more realistic better then the others
Pages: [1] 2
View full version: Kisah Watak James Bond Yang Anda Perlu Ketahui?


ADVERTISEMENT