ambok Publish time 4-11-2015 08:15 PM

Tembikai Bochil manis, tiada biji

Setiap kali musim buah-buahan, antara yang menjadi ‘rebutan’ ialah durian, rambutan, langsat dan manggis.
Namun, permintaan terhadap tembikai bochil madu juga tetap tinggi dalam kalangan masyarakat walaupun ia bukan buah bermusim.Berbanding tembikai biasa, tembikai bochil madu lebih digemari kerana lebih manis dan tiada biji menyebabkan harganya sedikit mahal.

Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan tembikai itu menjadi pilihan ramai sebagai alternatif untuk menghilangkan dahaga selain air kelapa.Menyedari permintaan mengalakkan, petani kini menanam pokok tembikai bochil madu mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan penawaran terhadap buah itu mencukupi, namun tidak berlaku lambakan sehingga menyebab-kan harganya menjunam.Keistimewaan lain yang dimiliki tembikai bochil madu ialah saiznya mampu mencecah 20 kilogram (kg) berbanding tembikai biasa.Bagi Razani Abd Rani, 40, dari Kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu permintaan terhadap tembikai yang tinggi menyebabkan dia memajak lebih 10 ladang tembikai di Lembah Bidong, Setiu dan Tembila, Besut bagi memastikan bekalannya mencukupi sehingga hujung tahun.“Setiap ladang mempunyai keluasan setengah hektar atau lebih dan purata hasil bagi setiap ladang antara 10 hingga 20 tan.


“Lambakan pernah berlaku apabila penawaran tembikai terlalu tinggi menyebabkan berlaku kerugian dan ia berpunca daripada sikap petani sendiri yang menanam tembikai tidak mengikuti jadual ditetapkan.“Belajar daripada kesilapan itu, petani diminta menanam mengikut keperluan dan berjadual supaya tidak berlaku lebihan yang akhirnya merugikan mereka sendiri,” katanya.Razani berkata, dia pernah memajak ladang tembikai seluas satu hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 48 tan pada satu-satu masa dan ia dipasarkan di sekitar Kuala Terengganu selain dihantar ke negeri lain mengikut permintaan.“Tugas saya sebagai pemasar tembikai ke seluruh tempat supaya tidak berlaku lambakan, malah secara tidak langsung membantu petani kecil-kecilan memasarkan hasil mereka dengan harga berpatutan dan tidak merugikan.


“Saya hanya bertindak sebagai pemudah cara dan membuat bayaran mengikut harga patut dan menjualnya dengan harga pasaran bagi memastikan tembikai yang dikeluarkan terjual,” katanya.Menurutnya, mengikut harga jualan semasa, tembikai dijual dengan harga RM1.50 sekilogram dan sebelum ini 80 sen hingga RM1 sekilogram.Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wilayah Timur II (Terengganu & Pahang) Mamat Yunos berkata, masalah lambakan tembikai pernah berlaku di negeri ini dan ia bukan masalah serius kerana sentiasa dipantau.“Jika petani menanam mengikut jadual, masalah lambakan tidak berlaku dan harga tembikai tidak akan jatuh teruk.“Kami sudah memaklumkan kepada semua petani supaya menanam tembikai mengikut jadual supaya masalah itu tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 11:32 AM
«»
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/manis2.jpg.transformed.jpgTEMBIKAI bochil madu yang dipetik dari ladang di Kampung Lembah Bidong,Setiu dan Tembila, Besut .







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86569#sthash.3STljAPQ.dpuf

ambok Publish time 4-11-2015 08:16 PM

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/manis1.jpg.transformed.jpg

PERMINTAAN terhadap tembikai bochil madu sentiasa tinggi. -

Ipo Publish time 4-11-2015 09:03 PM

Kalau kt kelantan, bila tiba musim, rm1 sebiji

Farini Publish time 6-11-2015 09:50 AM

sangat murah! {:1_132:}

mogwaii Publish time 16-11-2015 11:13 AM

80 sen jaaa? murah betoi rega.
Pages: [1]
View full version: Tembikai Bochil manis, tiada biji


ADVERTISEMENT