ambok Publish time 4-11-2015 08:11 PM

Biak arnab dalam taman

Biarpun permintaan terhadap arnab daging kurang mendapat sambutan, kegigihan tiga usahawan muda membuka ladang ternakan haiwan itu dianggap antara cabaran besar.
Pasangan suami isteri, Ahmad Ehsan Kamal, 39, dan Aisyaturridha Abdullah, 36, bersama rakan kongsi mereka, Muhammad Zulfadli Zahir, 29, yakin perniagaan itu boleh pergi jauh sekiranya dilakukan bersungguh-sungguh.Ladang di Lot 6287, Jalan Kampung Orang Asli, Bukit Dugang, Mukim Dengkil, Sepang itu berkeluasan kira-kira 1.2 hektar.


Muhammad Zulfadli berkata, ladang berkonsepkan taman, Taman Goodtree mempunyai lebih 2,000 arnab membabitkan tiga jenis baka iaitu New Zealand White, California dan arnab kampung.“Permintaan untuk daging arnab sebenarnya tinggi, terutama dalam kalangan peniaga sate dan pengusaha restoran.“Menternak arnab bukanlah mudah seperti disangka kerana bagi memastikan ia menghasilkan baka berkualiti, penjagaan perlu teliti,” katanya.Menurutnya, nama Taman Goodtree diberikan kerana dapat membangkitkan baka arnab yang dikelilingi taman pokok buah-buahan.“Kami berhasrat mengekalkan keindahan alam semula jadi dan membangunkan konsep pembiakan di taman supaya arnab yang kami hasilkan sihat serta mempunyai daging berkualiti.


“Kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam pembiakan dan meningkatkan arnab secara berkualiti. Kami membekalkan daging arnab premium dan hidup baka dari New Zealand dan California.“Selain itu, kami boleh membantu penternak lain untuk mengimport baka tulen atau daging arnab hibrid dari Amerika Syarikat, Eropah dan Indonesia, “katanya.Beliau berkata, arnab tempatan mempunyai pelbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan antaranya mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit, tetapi kadar tumbesarannya lambat.“Bagi permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan, tetapi untuk pengeluaran komersial digalakkan menggunakan baka pedaging.“Pemilihan baka pedaging biasanya diimport kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding arnab tempatan seperti purata bilangan anak dilahirkan tujuh hingga sembilan ekor.“Purata bilangan anak masa cerai susu enam hingga lapan ekor, berat akhir boleh dicapai pada usia dua bulan dan berat dalam usia itu kira-kira dua kilogram,” katanya.


Di samping itu Muhammad Zulfadli berkata, Taman Goodtree berfungsi sebagai ladang ternakan dan pusat penyelidikan arnab. Syarikat berkenaan turut bekerjasama dengan Persatuan Penternak Arnab Amerika (ARBA) dan Persatuan Sains Arnab Dunia (WRSA).“Kebanyakan arnab daging ditempah pengusaha sate dan individu yang berminat untuk menikmati dagingnya. Permintaan terhadap daging arnab amat tinggi. Kami menyasarkan untuk membekalkan daging arnab satu tan sebulan,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 10:14 AM
«»
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/arnab04.transformed.jpgPENGUNJUNG memberikan makanan kepada arnab.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/88527#sthash.XyU5MECR.dpuf

ambok Publish time 4-11-2015 08:11 PM

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/arnab02.transformed.jpg

ambok Publish time 4-11-2015 08:12 PM

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/arnab03.transformed.jpg
LADANG arnab Taman Goodtree.

ambok Publish time 4-11-2015 08:13 PM

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/arnab01.transformed.jpg

mogwaii Publish time 16-11-2015 11:22 AM

gebu gebu. lama dh tk makan sate arnab

ginger_B Publish time 18-11-2015 11:02 PM

tak reti nak mkn daging arnab..
terasa mcm mkn kucing..

513172 Publish time 6-8-2016 11:17 PM

Rasa cam ayam..tapi tade lemak sgt.. Tp sejak ade pet rabbit ni..tak lalu tekak eh
Pages: [1]
View full version: Biak arnab dalam taman


ADVERTISEMENT