CARI-HBZ Publish time 3-11-2015 12:40 PM

'Battle Of Bakara', Filem Black Hawk Down Versi Lain

Oleh : Dean BZ

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/03/122649f0sb5xwudi1aa0ub.jpg
Sumber foto : www.theguardian.com

Battle Of Bakara merupakan filem "Black Hawk Down" versi lain yang bakal diterbitkan oleh pembikin filem dokumentari, Ahmad Yazid Ahmad Puad dengan sudut pandangan tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran di Bakara Street, Somalia 22 tahun lalu.

Filem ini telah memasuki fasa kedua awal tahun hadapan, fasa pertama iaitu perancangan dan penyelidikan mengenai peristiwa tersebut hampir memasuki tahun kelima, kata Ahmad Yazid melalui Astroawani.

UUu-z-YSw8w

Dokumentari yang berdurasi 120 minit itu memaparkan kejadian sebenar yang berlaku pada tanggal 3 Oktober 1993 di antara jam 6.30 petang sehingga ke malam mengikut waktu negara itu.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201511/03/123956hmiadtonpwwx2tf6.jpg


Ahmad Yazid berkata, dia mengharapkan masyarakat bersikap lebih terbuka tentang bagaimana cara dia mengolahkan cerita dengan mempamerkan kelemahan dan kesilapan anggota tentera Malaysia sendiri.

“Filem Black Hawk Down itu pun kisah benar juga cuma mereka punya perspektif berbeza… perspektif Amerika hanya daripada mata orang Amerika, perspektif orang Malaysia daripada perspektif orang Malaysia (nak jadikan kita ni sebagai hero ke) tak juga.

“Sebenarnya banyak tentera Malaysia buat silap malam tu, kesilapan mereka hampir-hampir menyebabkan mereka mati dan orang Amerika kena perbetulkan kesilapan mereka.

“Macam Lost Platoon ini adalah satu kesilapan askar Amerika askar Malaysia yang buat malam itu dan orang Amerika ini harus selamatkan mereka (walaupun macam tu kita tetap akan buat jugak scene tu) ya tetap buat. Saya akan menceritakan tentang kesilapan anggota tentera Malaysia sebab merekapun banyak buat silap bukan Amerika sahaja yang buat silap.”

Bagaimanapun sehingga kini, Ahmad Yazid memaklumkan belum ada senarai pelakon yang sesuai untuk menjiwai setiap karekter di dalam filem dokumentari itu.

Agak-agak, siapakah pelakon yang sesuai membintangi filem ini? Beto Khusyairi atau siapa? Cadangkan - CARI Infonet.




Sumber - AstroAwani

Renewer Publish time 3-11-2015 01:47 PM

ni betul2 filem atau dokumentari?

amukgemuk Publish time 5-11-2015 05:15 PM

filem ala ala dokumentari agaknya. Macam cerita Guantanamo Bay--- di interview orang yg kena tahan---sambil lakonan semula---

supernaturalee Publish time 1-12-2015 02:38 PM

ala...dokumentari je pun
xperlu nk star sgtlh

nnt jgn lupe hntr ke oscar

Pages: [1]
View full version: 'Battle Of Bakara', Filem Black Hawk Down Versi Lain


ADVERTISEMENT