ambok Publish time 31-10-2015 01:32 PM

permintaan tinggi menyebabkan nilai Kucing Hutan mencecah RM6k seekor

Kuantan: Permintaan menggalakkan selain tawaran harga lumayan mencecah RM6,000 seekor menjadi faktor utama aktiviti menjual kucing hutan kini semakin berleluasa dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Selain dilakukan oleh sindiket yang menjual haiwan berkenaan secara atas talian, kegiatan itu turut membabitkan masyarakat Orang Asli di kawasan luar bandar.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Khairiah Mohd Sharif berkata, pihaknya memandang serius aktiviti menyimpan dan menjual kucing hutan atau nama saintifiknya Prionailurus Planiceps.

Katanya, dalam tempoh dua tahun (2012/2013) pihaknya berjaya merampas sebanyak 21 ekor kucing hutan membabitkan lapan kes di negeri ini yang dijual secara terbuka dan atas talian.

Katanya, kucing hutan dijual pada harga antara RM500 hingga RM6,000 seekor dan harga haiwan berkenaan yang banyak ditemui dalam kawasan hutan kecil serta ladang kelapa sawit bergantung kepada jantina, umur, saiz dan kesihatan.

Ipo Publish time 31-10-2015 01:36 PM

macam mana rupa kucing hutan?:o

ip_lepat Publish time 31-10-2015 01:38 PM

Ipo replied at 31-10-2015 01:36 PM
macam mana rupa kucing hutan?

http://www.biodiversitywarriors.org/gambar/artikel/thumb/556-20141228005046-kucing-hutan-atau-kucing-blacan-.jpg

Ipo Publish time 31-10-2015 01:50 PM

ip_lepat replied at 31-10-2015 12:38 PM


omak aih..macam harimau bintang:P..
tq lepat..{:thumbo

ip_lepat Publish time 31-10-2015 01:52 PM

Ipo replied at 31-10-2015 01:50 PM
omak aih..macam harimau bintang..
tq lepat..

orite cik ipo.. :loveliness:

de_ikea Publish time 31-10-2015 03:09 PM

Comei. Boleh kawin dgn kucing biasa ke?

anniez08 Publish time 31-10-2015 05:57 PM

mata kucing hutan agak menakutkan..:funk:

Sandal Publish time 31-10-2015 06:40 PM

de_ikea replied at 31-10-2015 03:09 PM
Comei. Boleh kawin dgn kucing biasa ke?

Kena daftar kursus kawin dulu
:lol:

Farini Publish time 31-10-2015 07:46 PM

cantik kucing hutan. patutlah dpt permintaan tinggi.

ipes2 Publish time 31-10-2015 09:58 PM

ip_lepat replied at 31-10-2015 01:38 PM


alah cian dia takut takut... tgk dia lipat ekor dia baik baik

mogwaii Publish time 2-11-2015 07:49 PM

mesti garang kucing hutan ni.

sliza Publish time 3-11-2015 01:06 PM

comel, tapi nampak garang..
takut nak belai belai..

sliza Publish time 3-11-2015 01:07 PM

bukan itu ke fungsi kucing..
untuk dimanja2...

sliza Publish time 3-11-2015 01:09 PM

kalau nak tengok rupa, baik bela harimau terus..
puas hati,

Pages: [1]
View full version: permintaan tinggi menyebabkan nilai Kucing Hutan mencecah RM6k seekor


ADVERTISEMENT