uniq61 Publish time 29-10-2015 05:25 PM

Nora Danish Antara 5 Artis Popular Milki Jenama Tudung Sendiri!

Nora Danish Antara 5 Artis Popular Milki Jenama Tudung Sendiri!
http://www.semberono.com/wp-content/uploads/2015/10/imageResize-650x250.jpgHIBURAN
0

Terdapat pelbagai jenama tudung di luar sana berlumba-lumba untuk memasuki pasaran seterusnya menjadi trending buat wanita urban yang berhijab di Malaysia.Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan trend terkini jenama tudung, nama-nama seperti Fareeda, Ariani dan banyak lagi bukanlah suatu yang asing buta mereka.Namun suatu hal pasti, jenama serta fesyen bertudung yang trending sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan semasa.Bagaimana pun, kini bukan pengusaha tudung sahaja berlumba-lumba untuk memasuki pasaran sebaliknya artis atau selebriti Malaysia juga turut aktif mengeluarkan jenama tudung mereka sendiri.Tidak dapat dinafikan tudung jenama yang dimiliki oleh artis popular ini selalunya memberikan pengaruh besar dan luar biasa di pasaran . Ianya mungkin kelebihan buat artis-artis ini kerana mereka mempunyai jumlah peminat serta pengikut yang besar.Jom ikuti artis atau selebriti Malaysia yang muncul denga jenamam serta perniagaan tudung mereka:1. Neelofar – Naelofar Hijab

http://www.semberono.com/wp-content/uploads/2015/10/tudungartisneelofarN-300x225.jpg
Tudung jenama Naelofar Hijab tidak asing lagi buat wanita bertudung. Selepas sahaja pengacara Neelofar bertudung penuh, jenama tudungnya pun muncul sering dengan penghijrahannya. Ianya mendapat sambutan yang meluas dan rata-rata wanita bertudung pasti memiliki Naelfor Hijab.Populariti yang tinggi untuk jenama tudung tersebut telah membuatkan banyak pengusaha lain menciplak atau meniru rekaan tudung tersebut. Malah terdapat juga jenama Naelofar Hijab tiruan di pasaran yang menjual dengan harga yang lebih murah.
2. Rozita Che Wan – Padusi
http://www.semberono.com/wp-content/uploads/2015/10/tudungartischetaN-300x225.jpg
Selebriti popular Rozita Che Wan atau Che Ta telah lama membuka butik pakaian muslimah Padusi Couture sebelum dia berhijab penuh lagi.Berkongsi perniagaan dengan adiknya yang juga pelakon Ayu Raudhah dan Rubytah, mereka sepakat menonjolkan nama Padusi untuk memperkenalkan produk yang diambil daripada perkataan Minangkabau, Indonesia bermaksud perempuan, wanita atau isteri berperwatakan lemah lembut dan ayu.Butik Padusi menawarkan kepelbagaian selendang yang kebanyakan dihasilkan daripada sutera satin, sutera krep dan syifon.3. Siti Nurhaliza – Kalista by Siti Nurhaliza
http://www.semberono.com/wp-content/uploads/2015/10/tudungartissitinurhalizaN-300x225.jpg
Penyanyi tersohor Negara , Dato’ Siti Nurhaliza tidak ketinggalan mencuba nasib dalam perniagaan tudung ini. Bermula dengan menjual baju rekaannya sendiri dengan nama Kalista, baru-baru ini Siti Nurhaliza dikatakan bakal tampil pula dengan rekaan tudungnya sendiri menerusi nama yang sama.Pengikut dan peminat Siti Nurhaliza sendiri sudah cukup ramai dan tidak mustahil tudung rekaannya yang baru sahaja diperkenalkan di laman social Instagram itu akan menjadi popular setanding dengan popularitinya.
4. Yana Samsudin –Ayana By Yana Samsudin
http://www.semberono.com/wp-content/uploads/2015/10/tudungartisyanasamsudinN-300x225.jpg
Meskipun baru mula berhijab sekitar empat bulan lalu,namun pelakon Yana Samsudin juga sudah pun mempunyai perniagaan tudung beliau sendiri yang dikenali dengan nama Ayana by Yana Samsudin.Walaupun baru dua bulan mengusahakan perniagaan tersebut, nyata ia sudah membuka pintu rezeki buatnya selepas ramai yang menawarkan diri untuk menjadi stokis dan agen bagi produk tersebut di seluruh tanah air.Tudung keluaran Yana ini sememangnya cukup mudah untuk dipakai tanpa memerlukan sebarang pin mahupun anak tudung untuk tampak kemas. ( lebih kurang macam Instant Shawl lah)
5. Nora Danish- Owl Shawl by Nora Danish
http://www.semberono.com/wp-content/uploads/2015/10/tudungartisnoradanishN-300x225.jpg
Kebiasaannya artis yang bertudung atau sudah mula berhijab mahu menceburi perniagaan tudung ini tetapi berlainan pula dengan Nora Danish, meskipun tidak bertudung tetapi baru-baru ini dia telah mengeluarkan satu jenama tudungnya sendiri yang bernama Owl Shawl by Nora Danish.Menariknya, Nora Danish sendiri yang menggayakan serta menjadi model untuk tudung atau selendang keluarannya. Mungkin ianya langkah pertama Nora Danish untuk berhijab penuh selepas ini, siapa tahu bukan?
Artikel oleh Syafiqah Jalal

LDP Publish time 30-10-2015 12:18 PM

TT..ai copy letak dlm benang nowa..

mayaa69 Publish time 10-12-2015 04:00 PM

Kenapa tidak terus berhijap...
Pages: [1]
View full version: Nora Danish Antara 5 Artis Popular Milki Jenama Tudung Sendiri!


ADVERTISEMENT