bianglala Publish time 29-10-2015 12:27 PM

Pokok Jelutong

Pernahkan anda terfikir kayu apakah yang digunakan untuk membuat batang pensil yang sering kita gunakan, atau apakah bahan yang digunakan untuk membuat gula-gula getah atau chewing gum yang diharamkan di negara Singapura itu?

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xat1/v/t1.0-9/12108715_941892155868906_5249652402553884811_n.jpg?oh=84421708cd14f82c5e21407d42241b49&oe=56CBD2DA

Pokok jelutong merupakan tumbuhan yang ditanam secara perdagangan dan ditebang untuk pengeluaran kayu balaknya. Jelutong merupakan salah satu hasil balak komersial utama Malaysia dan pernah menjana jumlah eksport melebihi USD 10 juta setahun. Tumbuhan yang berasal dari kawasan tanah pamah Semenanjung Malaysia ini tergolong dalam famili Apocynaceae dengan nama botaninya Dyera costulata.

Antara ciri menarik kayu jelutong adalah kepadatan rendah, urat lurus dan tekstur halus yang bererti ia mudah digunakan dan sangat popular dikalangan pengukir model. Selain dari itu batang kayu jelutong muda boleh dibuat batang pensil, batang mancis, peralatan kayu, bingkai gambar, terompah dan sebagainya. Manakala akarnya pula boleh digunakan bagi penganti gabus.

Kulit pokok jelutong akan melelehkan getah berwarna putih apabila terluka yang disebut getah jelutong dan diantara tahun-tahun 1920an hingga 1960an, getah jelutong merupakan sumber penting bagi membuat gula-gula getah (chewing gum), gam racun sumpitan dan pengganti getah.

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpl1/t31.0-8/12140155_941891995868922_4171487101974788334_o.jpg

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/t31.0-8/12141119_941892135868908_6797042282264310474_o.jpg

Pokok jelutong merupakan spesis terancam di kebanyakan tempat, bagaimana pun disebabkan ia cepat tumbuh, usaha penanaman semula sedang giat dijalankan untuk menghindar dari kepupusan. Malah ia merupakan spesis pokok yang dilindungi di sebahagian Malaysia dan Thailand.

Semasa kecil pokok jelutong berbentuk monopodial atau pagoda dengan dahan-dahan yang berlapis. Apabila matang, pokok ini akan mula berkembang dan membentuk terbuka agar membolehkan ianya mendapat cahaya matahari.

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xla1/t31.0-8/905577_941892149202240_5766520542146761551_o.jpg

Antara ciri lain, pokok jelutong kulit kayu berwarna kelabu. Daun bersaiz besar dan disusun dalam pusaran yang terdiri daripada 6 – 8 helai daun. Bunga bersaiz kecil antara 14-18 mm berwarna putih yang akan kembang diwaktu petang dan luruh selepas 12 jam berkembang.

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpt1/t31.0-8/12032872_941891952535593_2369110649268960603_o.jpg

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/t31.0-8/12028635_941892152535573_832047447757345170_o.jpg

Kebanyakan pokok jelutong hanya boleh didapati di hutan-hutan besar iaitu hutan pembalakan, tetapi tahukah anda bahawa terdapat satu kawasan tanaman kelompok besar pokok jelutong yang anda boleh dapati hanya di Serdang.

Jika ada diantara anda yang berminat untuk melihat sendiri pokok jelutong, anda boleh datang sendiri ke Institut Pertanian Serdang, Selangor kerana kawasan kelompok tanaman ini hanya bersebelahan dewan besar institut berkenaan.

Kredit : Idris Bald - Jabatan Pertanian Malaysia.

Farini Publish time 29-10-2015 01:03 PM

byk juga kegunaannya, memang tak boleh dibiarkan pupus.

Ipo Publish time 29-10-2015 06:28 PM

Agaknya dulu2 kat Bukit Jelutong, penuh dengan pokok jelutong;P

SuteraPurple Publish time 1-11-2015 06:50 PM

chewing gum di buat dari getah pokok jelutong rupanya?..
Pages: [1]
View full version: Pokok Jelutong


ADVERTISEMENT