CARI-IIN Publish time 28-10-2015 05:50 PM

Tawan Selera Dengan Kek Pop Lolipop!

Oleh Izzah Abbasy

kCnr3uJmGfk


Mudahnya nak buat kek pop. Seperti lolipop rupa kek ini kan? Jika meraikan hari lahir anak-anak bolehlah buat kek pop ini. Bukan hari lahir sahaja, untuk menjamu rakan-rakan, 'baby shower' dan sebagainya pun bolehlah sediakan juadah kek ini. Ha, hadiahkan pada yang tersayang juga boleh.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/28/174712zbdxb5lrmd559mbm.jpg

Bukan itu sahaja, hidangkan kek pop ini pada majlis perkahwinan boleh menambah seri 'kemanisan' hari bahagia.

Kek pop ini seakan kaya 'ball' jika anda perasan. Bezanya, tiada inti diletakkan untuk kek pop ini kerana bahan hiasan akan diletakkan pada permukaan kek pop.

Jika anda rajin untuk mencari bahan pembakar yang mudah untuk membuat kek ini, ia pasti menyenangkan. Mungkin boleh mencari di kedai-kedai perkakas elektrik, kedai kek, mahupun layari sahaja internet. Pasti ramai yang menjualnya.

Cantik dan comel sahaja hiasan kek pop. 'Sayang' pula nak makan. Betul tak?

Bagaimana nak buat kek pop ini?

Berikut adalah cara-cara pembuatannya.

Bahan-bahan


[*]1 paket tepung campuran kek pop (boleh dibeli di kedai kek)
[*]250 gram mentega
[*]5 biji telur


Bahan hiasan


[*]Batang lolipop atau lidi
[*]Coklat masakan
[*]Hiasan manik
[*]Piping bag

Cara- cara penyediaan

1) Putarkan tepung campuran bersama mentega selama 8 hingga 10 minit

2) Masukkan telur satu per satu. Putarkan sekali.

3) Boleh juga gunakan adunan berwarna-warni mengikut citarasa masing-masing.

4) Bakar pada suhu yang sederhana.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/28/174709u0c6zb5bv608pn7n.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/28/174712eyxrptvyvutkn6tp.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/28/174713m3z3s0okkw9gwslo.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/28/174713xdwspzdw6azf2ss0.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/28/174712parl44xmi6jjdrjj.jpg

CARI Infonet

Kredit Foto : Google
Pages: [1]
View full version: Tawan Selera Dengan Kek Pop Lolipop!


ADVERTISEMENT