ladybird_ Publish time 26-10-2015 03:08 PM

BLUNT FORCE TRAUMA - Perjudikan Nyawa

Edited by eddlisa_uyuk at 27-10-2015 02:22 AM

PERJUDIAN NYAWA DALAM BLUNT FORCE TRAUMA


MELIHAT pada judulnya, pasti ramai yang mengharapkan ia sebuah filem aksi yang sarat dengan pertempuran. Bagaimanapun, ia tersasar jauh kerana Blunt Force Trauma adalah sebuah filem yang mengisahkan 'perjudian nyawa!'.

fINbD234yi4

Filem arahan Ken Sanzel ini juga boleh dianggap seperti satu sukan yang kononnya menjadi kegilaan ramai pada abad ke 21.

Mengambil latar Amerika Selatan sebagai lokasi, sukan perjudian ini melibatkan dua penembak dalam satu gelanggang. Berbekal satu jaket kalis peluru, mereka perlu menembak antara satu sama lain. Tembakan hanya disasarkan pada bahagian dada dan siapa yang mampu bertahan, dialah juara!

Blunt Force Trauma bermula dengan kisah John (Ryan Kwanten) dan Kol (Freida Pinto) yang mempunyai kemahiran dalam sukan ini. Masing-masing mempunyai hala tuju tersendiri dengan menjadikan sukan ini sebagai tempat memenuhi agenda dan impian.

John boleh disifatkan sebagai lelaki yang tenang dan penuh rahsia, namun impiannya boleh dianggap gila kerana sanggup menggadaikan nyawa untuk memburu Zorringer ( Mickey Rourke) yang merupakan juara legenda sukan perjudian ini.

Berbeza dengan Kol yang menyertai sukan ini hanya untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Sikapnya agak kasar dan berani memberi kelebihan untuk John meneruskan misinya dan secara tidak langsung wujud perasaan sayang antara mereka.

Secara jujurnya, lakonan Pinto (Slumdog Millionaire) sangat cemerlang dalam filem ini. Dia mampu menghayati wataknya dengan sangat baik, terutama dalam mempamerkan emosinya.

Tidak kurang hebatnya dengan Kwanten (True Blood's) namun ini bukanlah antara filem terbaik lakonannya kerana wataknya sebagai John agak kurang menyerlah jika dibandingkan dengan nilai seorang hero di layar perak.


Nilai sentimental

Tidak sehebat trailer mahupun posternya, filem ini digarap dengan agak sentimental kerana terlalu banyak menonjolkan babak antara John dan Kol. Dari permulaan cerita lagi, pengarah terlalu memfokuskan soal hubungan antara kedua watak ini sehingga terlupa menghidangkan aksi yang sepatutnya.

Memandangkan ia merupakan sebuah filem sukan perjudian, maka babak aksi yang sama dilihat asyik diulang. Ia boleh dilihat setiap kali John menyertai pertandingan, yang mana dia dan pihak lawan akan saling membalas tembakan di gelanggang.

Yang membezakannya cuma lokasi dan lawannya sahaja. Selebihnya adalah babak perjalanan John untuk mara menandingi Zorringer serta kisah hubungannya dengan Kol.

Terdapat babak yang agak dramatik melibatkan pasangan ini, di mana mereka perlu menembak antara satu sama lain. Tidak kurang juga babak yang melibatkan perlawanan John dengan lawannya yang dikatakan paling kebal.

Saat ini memperlihatkan mereka benar-benar sedang memperjudikan nyawa sendiri. Wujudnya unsur suspens yang secara tidak langsung turut mengheret samaperasaan penonton untuk bersimpati kepada mereka.

Jujurnya, jika aksi yang menjadi ukuran, ini bukanlah filem terbaik untuk anda tonton. Bagaimana nilai sentimental yang tinggi terhadap sukan seperti ini mampu membuatkan anda rasa kagum!
Sumber : http://www.kakigosip.com/2015/10 ... t-force-trauma.html


Pages: [1]
View full version: BLUNT FORCE TRAUMA - Perjudikan Nyawa


ADVERTISEMENT