kamarul79 Publish time 24-10-2015 09:14 AM

Bagaimana Untuk Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Selamat..

1. Minum Teh Hijau (Ekstrak)
    Penyelidik mendapati bahawa peminum teh hijau membakar kira-kira 70 kalori tambahan dalam tempoh 24 jam.

2. Elakkan Sebarang Kalori Di Dalam Gelas
    Elakkan daripada mengambil jus soda dan minuman kopi kerana kalori di dalam minuman ini terlalu tinggi.

3. Beli Satu Set Angkat Berat 2 Kilo
   Melabur sedikit wang anda untuk membeli satu set angkat berat 2 kg. Latihan kekuatan membina tisu otot tanpa lemak yang    membakar lebih banyak kalori.   Ambil sedikit masa rehat di rumah atau di tempat kerja untuk melakukan rutin ini. Atau    jika nak yang tak berbayar pun boleh. Anda boleh lakukan tekan tubi.   Lakukan 3-4 kali seminggu.

4. Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan
   Adakah anda makan terlalu banyak garam? Dalam sehari dicadangkan tidak lebih daripada 2,400 miligram natrium setiap   hari atau kira-kira satu sudu teh      sahaja. Tetapi kebanyakan dari kita mengambil garam lebih daripada dua kali ganda    jumlah itu. Sumber tersembunyi termasuk sup, makanan dalam tin dan    minuman, makanan ringan yang masin seperti kerepek    dan makanan segera.

5. Tidur Awal dan Cukup Waktu
   Orang yang tidur awal akan mempercepatkan metabolisme sepanjang hari. berbanding orang yang tidur lewat malam,    metabolisme dia akan perlahan            sepanjang hari dan membuat berat badannya akan meningkat. Semakin lewat anda tidur makan    semakin banyak anda terdedah untuk makan.

6. Lakukan Senaman Berjalan.
   Bagi anda yang tidak mampu untuk berjoging atau melakukan aktivi berat, ambil masa selama 30 minit atau 1 jam diwaktu    petang untuk melakukan            senaman berjalan di sekeliling kawasan anda. Lakukan senaman ringan seperti gunakan tangga,    berjalan untuk naik bas, berkebun dan membersih rumah.      20 Minit senaman sederhana akan membakar lebih kurang700 kalori   anda.

7. H20, H20, H20.
   Minum 2 Liter air putih setiap hari adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mempercepatkan penurunan berat    badan. Badan anda memerlukan air      untuk membakar lemak yang disimpan.

Layari di sini untuk dapatkan tips dan nasihat kesihatan secara PERCUMA!!

JDT Publish time 24-10-2015 09:28 AM

Buat diet atkins pun cepat turun berat.

kamarul79 Publish time 26-10-2015 09:53 AM

Edited by kamarul79 at 26-10-2015 09:57 AM

Semua cara mudah. Tapi atas diri masing2 cara mana yg terbaik dan mudah utk di buat. Yg penting kena amalkan gaya hidup yang sihat dan jaga pemakanan utk kekalkan momentum yg telah diamalkan agar kesihatan terjamin.


Layari Jom Kurus untuk dapatakan tips dan nasihat kesihatan secara PERCUMA!!






khairulazuan Publish time 7-1-2016 03:02 PM

tq atas info

abdulariff Publish time 8-1-2016 08:48 AM

Edited by abdulariff at 8-1-2016 08:50 AM

JDT replied at 24-10-2015 09:28 AM
Buat diet atkins pun cepat turun berat.
Diet atkins menyeksa zahir dan batin. Banyak makanan sedap kat dunia ni, tak perlu nak cut2 makanan sedap ni, cukup sekadar mengambil dalam kuantiti sedikit dan melakukan senaman.

Yang tak best, lepas berjaya kurus kerana diet atkins, anda akan melantak balik (membalas dendam atas makanan yang anda tidak boleh makan selama mengamalkan diet atkins).Berat badan pon naik la semula.

{:stoneo


Hidup untuk makan ! {:teatimeo



JDT Publish time 8-1-2016 07:15 PM

Oklah..ok je makan masa buat atkin.Bagus kalau nak cepat turun berat, lepas tu jaga makan dan buat senaman utk maintain..

JDT Publish time 8-1-2016 07:18 PM

Paling penting kawal pengambilan gula dalam minuman dan makanan.. Gula punca gemuk..
Pages: [1]
View full version: Bagaimana Untuk Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Selamat..


ADVERTISEMENT