bianglala Publish time 23-10-2015 01:55 PM

Seni Bina Rumah Melayu Tradisional

Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.

Sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra / Pribumi lain di Borneo dan bahagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.

http://dinmerican.files.wordpress.com/2009/08/malaysian-kampong-house-old-photo.jpg?w=545
Rumah Pisang Sesikat

Bentuk bumbung seperti V terbalik diperkenalkan. Pada pertemuan di sebelah puncak tutup bumbungnya dipisahkan oleh banir yang dipanggil tulang perabung.Bentuk bumbung ini dikenali juga dengan bumbung lipat kajang atau bumbung panjang. Selepas kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris, rumah berubah bentuk kepada bentuk limas atau bumbung Belanda.

http://2.bp.blogspot.com/-4RuxG_gPc0o/VBbevaJeSiI/AAAAAAAAHaU/ZWbCrx-EICw/s1600/bumbung%2Blipat%2Bkajang.gif
Bumbung lipat kajang

Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka lahirlah rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan lain-lain.

Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris telah menyebabkan rumah Melayu berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya.

Jenis-jenis Rumah Melayu

http://2.bp.blogspot.com/-WuNeDojImzE/VBbrNjPaNeI/AAAAAAAAHbM/H4vph-4o-OA/s1600/mjh.jpg
Di Johor, rumah potong Belanda atauRumah Limas

http://2.bp.blogspot.com/-wq39WOKs9Lg/VBbpnmwzacI/AAAAAAAAHbA/lXS2fMXAJ8A/s1600/wert.jpg
Di Kedah dan Perlis, rumah Melayu yang berbumbungpanjang dikenali dengan Rumah Serambi Kedah atau kadangkala dipanggil, rumah panjang sahaja.

http://4.bp.blogspot.com/-9SD6Z0oHO1Y/UQZakluzgUI/AAAAAAAAIis/2Lsj2_EFX6I/s400/rumah+melaka.jpg
Di Melaka rumah bumbung panjang juga dikenali dengan Rumah Serambi Melaka dan terbahagi kepada rumah tiang dua belas dan rumah tiang enam belas.

http://4.bp.blogspot.com/-WhQNXcH_1nA/VBbvGhoUmcI/AAAAAAAAHbY/H1rZgDDb_0s/s1600/pp.jpg
Di Pulau Pinang dan Seberang Prai, rumah berbumbung panjang ini dipengaruhi oleh senibina rumah panjang di Melaka.

http://3.bp.blogspot.com/-arkD-DohrJ0/VBblBIxdhdI/AAAAAAAAHas/zEgN9gAAP18/s1600/asdwq.jpg
Di Terengganu, terdapat dua jenis rumah bumbung panjang iaitu rumah tiang dua belas dan rumah bujang.

http://1.bp.blogspot.com/-MRpn2iOzAoQ/VBbm55HLWBI/AAAAAAAAHa0/jHBHdUcfMkM/s1600/fgh.jpg
Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, rumah bumbung panjang dipengaruhi oleh senibina rumah bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan.

http://1.bp.blogspot.com/-TIh_bbEwVpU/TcYOGaBnciI/AAAAAAAAAkQ/IguRl2wG4Gg/s400/rmh+perak.jpg
Di Perak, rumah bumbung panjang dikenali dengan Rumah Kutai dan Rumah Potong Pattani.

Keunikan Seni Bina Rumah Melayu Tradisional

Keunikan dan keindahan ukiran kayu pada bahagian-bahagian tertentu rumah Melayu Tradisoinal menambah lagi nilai estetik senibinanya.Kebanyakkan masyarakat Melayu dahulu kala sedikit sebanyak berkemahiran mengukir yang diwarisi turun temurun. Kelebihan itu digunakan dalam menghias senibina rumah Melayu ini.

//www.memori-kedah.com/imgnormal/3_1_3_pola_papan_layang_01.jpg
Tebar Layar dengan hiasan motif kosmos

//3.bp.blogspot.com/-cblIeonleYU/VBb_rh270VI/AAAAAAAAHb0/nT5wE_Y0axw/s1600/asd.jpg

//1.bp.blogspot.com/-KmV8Z19ko5g/VBb9ui4GD3I/AAAAAAAAHbo/uzzDnzuGYPc/s1600/hj.jpg
Bahagian anjung rumah di pasang dengan ukiran larik.

//www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1012/Kosmo/Alam_Damai/al_01.5.jpg

//3.bp.blogspot.com/-PIywPlIOS5E/TgQKJaDPjzI/AAAAAAAAAe8/ScA8KCFBjSQ/s400/TINGKAP.JPG

Kekisi tingkas diukir dengan ukiran tebuk tembus membantu peredaran udara yang baik.

sumber : AnjungLaman

epis Publish time 23-10-2015 02:04 PM

cantik cantik... saya suka rumah melayu tradisional, penuh dengan kesenian~~

Farini Publish time 23-10-2015 02:46 PM

zaman skrg ni, masuk kawasan kampung pun dah sukar nk jumpa rumah-rumah tradisional lama.

ip_lepat Publish time 23-10-2015 02:48 PM

cantik yg ni

http://3.bp.blogspot.com/-arkD-DohrJ0/VBblBIxdhdI/AAAAAAAAHas/zEgN9gAAP18/s1600/asdwq.jpg

anniez08 Publish time 26-10-2015 09:12 AM

bestnya rumah sesikat pisang ni..

cik_kitty Publish time 31-10-2015 03:25 AM

Cantik..

:P:P;P:$
Pages: [1]
View full version: Seni Bina Rumah Melayu Tradisional


ADVERTISEMENT