CARI-SFG Publish time 20-10-2015 06:32 PM

5 Perkara Wajib Bawa Jika Anda Naik Gunung

Oleh Fyruz Hanna


Bagi mereka yang sukakan kegiatan Outdoor, seperti panjat gunung, backpakers, mengembara ke dalam hutan yang sememangnya melawan adrenalin anda, pastinya pengalaman buruk semasa melakukan aktiviti itu terjadi.


Sebagai contoh, keadaan cuaca yang tidak menentu, tersesat atau tersalah baca peta, ia memberi anda ikhtiar untuk tetap teruskan hidup dalam kesulitan.


Dipetik daripada Outbond.com, berikut 6 benda paling berguna disaat anda bertahan untuk sebarang kemungkinan buruk berlaku.


Pisau Survival
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/20/183028xaa1my48ubm3uytu.jpg

Pisau ini memiliki banyak fungsi yang juga sesuai bagi menghadapi saat buruk yang tidak dijangka. Selain digunakan untuk memotong, pisau ini juga berfungsi untuk perlindungan diri serta untuk menggali lubang.


Mancis Kalis Air
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/20/183028w6nndpdfrddpd6d2.jpg

Tanpa api, bagaimana anda mahu menghadapi saat sukar malam hari. Api, selain membawa kehangatan, secara psikologinya membantu meningkatkan kepercayaan diri.


Kompas
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/20/183028w6nndpdfrddpd6d2.jpg

Kompas sangat-sangat berguna untuk menentukan arah jika anda tersesat jauh didalam hutan. Namun, anda perlu tahu juga bagaimana untuk menggunakan kompas dan paling baik anda ada kompas seperti Global Positioning System (GPS).


Buku Panduan Survival
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/20/183028kyn7f75kdyjgaayy.jpg

Pengetahuan menjadi antara komponen utama untuk anda bertahan. Selain kelengkapan keselamatan, ia membantu anda dengan menambah pengetahuan alternatif untuk bertahan dalam keadaan darurat.


Gambar Keluarga
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/20/183133uz59cunvjbvzvtv9.jpg

Walaupun pelik dan sering dianggap remeh. Gambar keluarga ini sebenarnya memberi efek yang sangat besar disaat kepada mental agar lebih positif. Ia juga sebagai sumplemen jiwa anda di saat tidak terjangka. -CARI Infonet.

jay_07 Publish time 20-10-2015 06:45 PM

okeh.. aku suka ni... tang gambar tu memang tips survival!

cpixie Publish time 20-10-2015 09:29 PM

mancis kalis tu gambar kompas juga. terima kasih kongsi tips ni

AryaStark Publish time 21-10-2015 12:47 PM

tgk Bear Gryll citer man vs wild. teknik survival. best!

Sandal Publish time 21-10-2015 02:03 PM

Ooo ini mancis kalis air ye :shakehead3:
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201510/20/183028w6nndpdfrddpd6d2.jpg
pakcik baru tahu

kelip2_07 Publish time 30-10-2015 05:19 PM

aku xminat daki gunung..


o/t..apsal thread pelancongan xde eh??

comel91 Publish time 4-11-2015 03:12 PM

Sandal replied at 21-10-2015 02:03 PM
Ooo ini mancis kalis air ye

pakcik baru tahu

baru cari pasal tips sb nk g naik bukit saga.. sekali baca ni.. haha alawak

Pages: [1]
View full version: 5 Perkara Wajib Bawa Jika Anda Naik Gunung


ADVERTISEMENT