Pandulaju.com Publish time 19-10-2015 01:09 PM

Harga Jualan Honda Naik 2 Hingga 3 Peratus Mulai Januari 2016

HONDA Malaysiamengumumkan harga jualan bagi model keluarannya akan mengalami peningkatansekitar dua hingga tiga peratus mulai Januari2016 berikutan kejatuhan nilai wang ringgit berpanjangan. Walaubagaimana, Honda Malaysia akan terus memantau keadaan pertukaran wang ringgitsebelum membuat keputusan mengenai kenaikan harga yang dijangka akan diumumkanpada Disember 2015. PengarahUrusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, YoichiroUeno berkata, kejatuhan wang ringgit yang berterusan menyebabkanpeningkatan ketara pada kos alat ganti dan komponen yang diimport. MenurutUeno, pihaknya sudah berusaha untuk mengurangkan kos perbelanjaaan namunkenaikan harga ini tidak dapat dielakkan. "Jika nilai mata wang kembali stabil, kami akan menilai semula sekali lagistruktur harga," jelasnya. Harap-harap,tiadalah kenaikan harga nanti.   
LINK: http://pandulaju.com/2015/10/19/harga-jualan-honda-naik-2-hingga-3-peratus-mulai-januari-2016/
FOLLOW FB: Pandulaju.com

mattzzx Publish time 21-10-2015 01:48 PM

cepat lah bayar down payment tu...
Pages: [1]
View full version: Harga Jualan Honda Naik 2 Hingga 3 Peratus Mulai Januari 2016


ADVERTISEMENT