Nusantara77 Publish time 16-10-2015 03:12 PM

Tips Radiator Panas (OVERHEATING)

Radiator panas (OVERHEATING) adalah masalah yang selalu berlaku padasemua jenis kenderaan. Masalah overheating ini boleh menimbulkan panik atau takut apa lagi jika pemilik atau pemandu itu tidak mengetahui serba sedikit tentang kenderaan mereka.

Sebenarnya anda tidak perlu risau masalah overheating ini jika anda tahu mengenai kenderaan anda. Sebenarnya ada banyak punca mengapa kenderaan anda overheating. Ini disebabkan :

1) Radiator kekurangan air.
2) Kipas penyejukkan radiator gagal berfungsi.
3) Terdapat kebocoran pada hos.
4) Thermostat gagal berfungsi.
5) Radiator sumbat.
6) Kesesakkan lalu lintas yang teruk pun punca juga tu...


Masalah-masalah ini selalunya yang biasa di hadapi oleh semua jenis kenderaan. di sini ada tips yang boleh anda ikuti :


1) Segeralah berhenti di tempat yang dibenarkan dan teduh. Pasang lampu kecemasan.
2) Matikan enjin dan buka bonet depan.
3) Tunggu beberapa minit. Gunakan kain dan letakkan di atas penutup radiator.
4) Pusing dengan perlahan-lahan dan buka sedikit sahaja untuk mengeluarkan angin. ( JAUHKAN MUKA ANDA)
5) Tunggu beberapa minit dan isikan dengan air sejuk.
6) hidupkan enjin dan lihat adakah air dalam radiator perlu diisi semula atau tidak.
7) apabila penuh, tutup semula penutup radiator tersebut dan segeralah bawa ke bengkel yang berdekatan untuk di periksa.



Masalah ini adalah masalah yang serius. Segeralah bawa kenderaan anda untuk di periksa di bengkel dan jangan biarkan masalah ini bertambah teruk. Ini akan menyebabkan enjin akan bertambah overheat dan boleh menyebabkan enjin terbakar/meletup secara tiba-tiba. Enjin yang selalu overheat juga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk di bahagian enjin dan ini akan mengakibatkan anda terpaksalah mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki. SEKIAN TERIMA KASIH.

semuanyatentangkereta.blogspot.com
Pages: [1]
View full version: Tips Radiator Panas (OVERHEATING)


ADVERTISEMENT