eddlisa_uyuk Publish time 16-10-2015 01:56 AM

SAMARINDA : DHIA SOFEA [AMYRA ROSLI,FADLAN HAZIM]




Tajuk: Dhia Sofea
Drama Sebelum: Bukan Isteri Sempurna
Episode: 15
Tarikh: Akan datang!
Skrip: Rashid Sibir / Basri Musa
Pengarah: Rashid Sibir
Terbitan: Rashbir Media Sdn Bhd
Pelakon: Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Sasqia Dahuri, Raja Ema, Maria Farida, Eizlan Yusof

Sinopsis Dhia SofeaKepulangan Dhia Sofea disambut dengan majlis hari jadinya yang diaturkan oleh ibunya, Mak Yam. Dhia tidak sangka kejutan hadiah hari jadi yang diberikan oleh Mak Yam bakal mengubah hidupnya. Apakah dugaan yang bakal menghujani Dhia?

Mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani). 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.

Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim). Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).

Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.

Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?

credit -----kepalabergetar


beta_carotene Publish time 16-10-2015 07:50 AM

lawanya poster.. nampak international sgt wajah fadlan n amyra
dah macam nengok poster drama thai

enchikfitz Publish time 16-10-2015 08:37 AM

Iols tgk cerita ni semalam. Ya ampun, bosan okeh! Layan Lari Mira lagi puas hati sebab plot dia lagi best. Dhia Sofea ni so typical malay drama by typical director. Drama stok Rashbir kali ni totally out!

merahrose Publish time 16-10-2015 05:28 PM

mekap dlm drama ni over..
muka amyra nmpk bruk..
set rambut smua kjung

eddlisa_uyuk Publish time 16-10-2015 09:50 PM

citer nih production mana???

hijau88 Publish time 17-10-2015 06:42 AM

Cerita ni under rashbir? Milik rashid sibir la tu kan. Mest ujung2 epi rahsia tbongkar ni. Kikikiki.

qqOfficial Publish time 17-10-2015 04:36 PM

Meols nk tgk lakonan Lynn Al khaired a.k.a sharifah haslinda ...
Lama sheols x berlakon ... Ni drama comeback dia Kan ....

eddlisa_uyuk Publish time 17-10-2015 07:35 PM

qqOfficial replied at 17-10-2015 04:36 PM
Meols nk tgk lakonan Lynn Al khaired a.k.a sharifah haslinda ...
Lama sheols x berlakon ... Ni dram ...

ahhaa lisa nmpk kat iklan pun ada diaa....lama tak tgk dia lakon kan

hijau88 Publish time 17-10-2015 09:02 PM

Teringt lakonan sheols bsama fahrin. X ingt la drama apa tu.

qqOfficial Publish time 17-10-2015 09:49 PM

hijau88 replied at 17-10-2015 09:02 PM
Teringt lakonan sheols bsama fahrin. X ingt la drama apa tu.

Salina chuols

Drama tu 1st lakonan fahrin as hero leading actor ...hikhikkk...masa tu fahrin sadoo sgt

qqOfficial Publish time 17-10-2015 09:53 PM

eddlisa_uyuk replied at 17-10-2015 07:35 PM
ahhaa lisa nmpk kat iklan pun ada diaa....lama tak tgk dia lakon kan

Ada terbaca ...rashbir pujuk giler2 Lynn utk buat comeback n interestingnya Kali ni Lynn pegang watak antagonis ...

Maybe 1st and 2nd ep nmpk sendu jalan cerita ... Tp rasanya meols akan folo jugek series ni ....heheee....sbb ada dik fadzlan ...:$ :$

kakprik Publish time 29-10-2015 10:43 PM

bodoh gila dhia ni..siap menyamar jadi GRO..aku taktau apa yg dia dapat dgn nyamar camtu..siap melekat kat bapak jj plak tu..bangang ...sah2 kang semua org boleh tau..rashid sibir punya skrip lately tak mcm dulu dah..dulu2 drama dia la paling best..tapi lately macam drama picisan sgt...

beta_carotene Publish time 30-10-2015 01:01 AM

ya ampun sadisnya drama neh!!! :lol:

makcik maria farida tuh dah berpuluh tahun berlakon pun still kayu.. kayu forever and ever katanya :lol:

dengan skrip yang tak masuk akal ... :lol:

eija2013 Publish time 30-10-2015 11:05 AM

menyampah plak ai dgn si dolly..nmpk mcm over pn ade....dgn slang english nye tue,....

kakprik Publish time 30-10-2015 11:39 AM

beta_carotene replied at 30-10-2015 01:01 AM
ya ampun sadisnya drama neh!!!

makcik maria farida tuh dah berpuluh tahun berlakon pun stil ...

kan..skrip tak logik sangat...dhia tu kata belajar tinggi..tapi kebodohan membara sgt..ader ker nak cari rahsia pastu menyamar jadi gro..siap menggedik dgn bakal bapak mertua..sah2 la org caci..rashid sibir buat skrip dan jln cerita seoalah2 penonton masih berada di kurun ke12..dah tu gigih nak paksa org soh mengaku yg dia tu anak kandung sapa..realitinya klu org dah tak ngaku..lantak lah..yg terhegeh2 nak paksa2 jugak dah kenapa..

kakasotong Publish time 30-10-2015 03:28 PM

Meols terlayan plak drama ni smlm. Mcm xpcaya plak drama ni dr production rashbir. Sbb biasa lagu2 drama production rashbir mesti lagu lama2 mcm dalam hati ada cinta, mentari jingga. Ni rashbir siap pakai lagu yindon lagik :lol:

orangsejuk Publish time 3-11-2015 08:07 AM

pandai berlakon amyra rosli ni hahahaha
baru perasan :lol:

Lorra2411 Publish time 11-11-2015 10:47 PM

Tak faham sgt cerita ni. Alahai :mad:

pumpkingirl Publish time 12-11-2015 11:06 PM

Baru tgk citer ni..watak dhia tu pun nampak jahat..

kimsa-ra Publish time 12-11-2015 11:33 PM

bg iols citer ni xde realiti n bodoh sikit ;P
apa ke bodoh dhia tu smpi nk kna bunuh pn msh dok paksa org..realiti xdenya org kisah lgpn mak angkat syg dia.. bg iols dhia ni lbh baik jaga mak angkat yg bnyk jasa dr terhegeh hegeh nk cr mak kandung dgn org yg snggup nk bunuh dia..
part yg plng bodoh siap paksa si dolly supaya mngaku tu mak dia:lol: baik lah pi tarik rmbut dolly buat DNA :lol: ..
Pages: [1] 2
View full version: SAMARINDA : DHIA SOFEA [AMYRA ROSLI,FADLAN HAZIM]


ADVERTISEMENT