Nusantara77 Publish time 15-10-2015 03:18 PM

Memilih Kenderaan Pacuan 4 Roda yang sesuai untuk anda

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


Pada hari ini, saya akan kongsikan kepada anda tentang pemilihan pacuan 4 roda yang sesuai untuk anda. Artikel ini bukan untuk memburukkan pengeluar kenderaan, tapi hanya tips sahaja yang ingin dikongsikan.



Terdapat banyak pacuan 4 roda yang terdapat di Malaysia ini contohnya seperti : Toyota Hilux, Isuzu Dmax, Nissan Navara, Ford Ranger, Mitsubishi Triton dan sebagainya. Tetapi ada orang yang tanya kepada saya antara model-model ini, mana yang paling popular ??


Jawapan nya adalah, kita jangan memilih model yang popular. Sebaiknya memilih model yang sesuai untuk anda, jika anda berminat untuk offroad seperti masuk ke dalam hutan, melalui jalan yang berlumpur dan mendaki bukit yang tinggi, sudah tentu Hilux dan Ranger menjadi pilihan anda kerana kedua2 jentera ini sangat berkuasa untuk melakukan tugas-tugas itu. Manakala, jika anda berminat dengan kuasa seperti nak laju diatas jalan raya, gaya dan ekslusif sudah tentu Triton atau Navara menjadi pilihan anda.

Dan yang kedua adalah, kos pembaikan. Maksudnya adalah kos untuk membaikpulih kerosakan atau servis kenderaan tersebut. Adakah ianya mahal atau berpatutan. Untuk mengetahuinya, anda kena tanya pengguna yang menggunakan jentera-jentea tersebut atau pergi ke pusat jualan tersebut.





Jadi, nasihat saya jangan lah terburu-buru untuk membeli jentera pacuan 4 roda. Jangan pilih kenderaan yang popular. Sebaliknya pilih kenderaan yang sesuai dengan anda atau keperluan anda :)

semuanyatentangkereta.blogspot.com





Pages: [1]
View full version: Memilih Kenderaan Pacuan 4 Roda yang sesuai untuk anda


ADVERTISEMENT