peningsokmo Publish time 15-10-2015 12:49 PM

Ilmu Hutan, wajib tahu sebelum masuk hutan



https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/v/t1.0-9/12065700_668957019910786_3465916018740851423_n.jpg?oh=124d17af61e26de4c0cf02dad9e205df&oe=56D2B6D0&__gda__=1455846374_7dd699955c531e69519234d25f136fec


Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

Kredit: Harry Lord

uori Publish time 15-10-2015 02:17 PM

{:thumbo{:thumbo{:thumbo

good info!

peningsokmo Publish time 15-10-2015 02:53 PM

uori replied at 15-10-2015 02:17 PM
good info!



lagi satu jangan lupa bawa spray baygon dan pisau rambo :lol:

uori Publish time 15-10-2015 03:35 PM

peningsokmo replied at 15-10-2015 02:53 PM
lagi satu jangan lupa bawa spray baygon dan pisau rambo

masuk hutan sesaja? memang idaklah;P;P;P

aku penakut orangnya..{:heroo

cumulonimbus Publish time 15-10-2015 07:54 PM

Yg paling penting, masuk hutan kne bawak org yg pandai pasal utan.

bukan yg pandai cakap jer....

hari1 Publish time 21-10-2015 08:19 AM

Lumut Taik Kera apanya? itu bukan lumut..itu sejenis cendawan lah...cendawan ini mengeluarkan cahaya hijau bila gelap.cam cahaya led malap

hari1 Publish time 21-10-2015 02:53 PM

f

Edited by hari1 at 21-10-2015 02:55 PM

Biar aku cerita pasal cendawan cahaya hijau ni..cendawan ini bukan ada setiap masa..dia banyak tumbuh selepas hujan..kawasan kering tak de..kena kawasan basah sikit..dan cahaya hijau tu bukan serta merta dan sentiasa ada..dia ada jika kawasan itu di sinari cahaya bulan..selepas cahaya bulan itu terlindung oleh awan kejap..kawasan itu menjadi gelap..selepas itu baru cendawan itu mengeluarkan cahaya hijau..dia ambil cahaya dari bulan...canggih cendawan nih..dia berfungsi macam panel solar

haji_one Publish time 27-10-2015 08:29 AM

Mcm pernah baca benda-benda ni dlm salah satu forum military. Sebijik.

Mungkin harry lord ni ahli dlm forum tu rasanya.

Apa apa pun..tq so much TT sbb share benda berguna ni. Mudah2an jadi panduan berguna utk semua bila masa kita memerlukannya. InsyaAllah.

peningsokmo Publish time 27-10-2015 10:56 AM

haji_one replied at 27-10-2015 08:29 AM
Mcm pernah baca benda-benda ni dlm salah satu forum military. Sebijik.

Mungkin harry lord ni ahli ...


ada x petua cari makanan dalam hutan. macam tumbuhan yang boleh makan dengan x

haji_one Publish time 27-10-2015 11:50 AM

Hahaha..saya ni sekelumit ja pengetahuannya.

Tp asas survival dlm hutan ni bab isi perut ni ada banyak tahapnya.


Untuk tahap senang biasanya dgn minum air sungai as long ianya mengalir (utk menggurangkan potensi kencing tikus). Atau klu dlm kawasan hutan yg tkdek punca air sprt anak sungai..kita boleh gunakan kain yg agak bersih seperti sapu tangan dn ditekup pd kawasab berembun time awal pg. Bila sapu tangan tu basah..terus diperah kt tangan mulut kita. Boleh ulang few times utk dpt hasil yg memuaskan..tp ni awal pg je la sewaktu rumput dn belukar masih basah.

haji_one Publish time 27-10-2015 11:57 AM

Selain tu..sumber makanan yg mudah adala dr buahan kecil..sekiranya kita di bahagian belukar..buah senduduk adalah yg paling mudah. Kutip makan je.

Klu kite dibahagian kawasan hutan tebal dimana kanopi pokok tebal..ni kawasan yg pokoo balak dan biasanya lantai hutan lebih lapang dn mudaj utk bergerak. Boleh ronda dn cari buah hutan yg ditinggalkan kt oleh binatang lain. Asalkan ada kesan makan oleh binatang lain, itu adalah indikator bahawa buah itu selamat dimakan. Pilihan yg ada adalah makan saki baki binatang..atau cari disekitarnya.

haji_one Publish time 27-10-2015 12:00 PM

Selain itu..klu tk jumpa apa apa buah..kena makan pucuk pokok la..pokok renek terutamanya. Kena buat safety test dulu.

Amik daun tu..koyakkan..tngok ada getah banyak tak? Klu kuantiti banyak sgt getah..abaikan daun tu.

Cari lg pucuk lain..koyak tngok..klu tkdek getah..ronyokkan daun tu..sapu kt tangan..biar bbrp minit..klu tkdek rasa gatal..pedih..pijar atau melepuh.. letak skit kt bibir..tngok kesannya..klu tkdek kesan pepelik..telan la :lol:

haji_one Publish time 27-10-2015 12:05 PM

Klu pilihan kedua..kena cari makanan tahap sederhana..yakni amik umbut pokok palma dll..kaedah ni kena kerja keras skit tp hasilnye lebih banyak.

Atau lebih susah..dgn tangkap ikan..dan haiwan yg boleh dimakan la (klu tk halal..ape susah..ruksah..darurat). Tp memerlukan kemahiran sampingan seperti buat bubu..jerat dll.

So klu utk tempoh sekejap je dlm hutan..tkyah la beria nk tangkap haiwan ni. Amalkan yg mudah2 sahaja.

badak_prajudis Publish time 8-11-2015 08:09 PM

haji_one replied at 27-10-2015 08:29 AM
Mcm pernah baca benda-benda ni dlm salah satu forum military. Sebijik.

Mungkin harry lord ni ahli ...

hahaha. betol. salah satu thread di Forum PP.
and rasanya haji_one adalah org sama dengan hajiwan yang aktif dalam thread tu dulu.hehe
teruskan berkongsi ilmu hutan ni tuan haji..suka baca. thanks

saviour_09 Publish time 17-11-2015 04:25 PM

{:thumbo{:thumbo
Pages: [1]
View full version: Ilmu Hutan, wajib tahu sebelum masuk hutan


ADVERTISEMENT