ambok Publish time 14-10-2015 03:23 PM

Dua Tapir Malayan 'Berbulan Madu' Di Jepun Selama 10 Tahun

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/10/14/08/47/tapir.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua ekor Tapir Malayan bakal memulakan perjalanan mereka ke Jepun untuk kehidupan 'bulan madu' selama 10 tahun apabila Malaysia dan Jepun menandatangani perjanjian untuk kerjasama memulihara tapir.


Perjanjian itu ditandatangani antara ketua pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abd Rashid Samsudin dan pengarah Nagasaki Bio Park, Satoshi Yamaguchi.


Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, di sini, Selasa.

Di bawah perjanjian tersebut sepasang tapir Malayan jantan berumur dua tahun dikenali sebagai Im, dan tapir betina, Bertam berumur tiga tahun akan dihantar ke Jepun untuk tempoh dua minggu bermula hari ini.

Kedua-dua tapir itu dari Pusat Pemuliharaan Tapir di Sungai Dusun, Selangor.

Melalui kerjasama itu tapir akan ditempatkan di Nagasaki Bio Park di persekitaran yang hampir serupa dengan habitat asal.


Wan Junaidi dalam ucapannya berkata kerjasama seumpama itu menyediakan peluang yang cukup kepada pasukan penyelidikan Perhilitan dan Nagasaki Bio Park menjana dan berkongsi ilmu dan maklumat mengenai pengurusan hidupan liar, pelancongan eko, pengurusan taman dan program pembiakan.

Katanya, tapir Malayan merupakan hidupan liar yang unik dan terbesar kalangan empat spesies tapir hidup.

Ia merupakan spesies tunggal berwarna hitam dan putih.


"Ia dianggap binatang berhabitat umum yang bermakna taburan meluas termasuk kawasan paya gambut dan kawasan rendah gunung yang berhutan. Dianggarkan terdapat antara 1,100-,1500 tapir yang hidup dalam habitat liar," jelasnya.

Sementara itu Miyagawa dalam ucapannya berkata tapir merupakan binatang yang memukau dan pasangan tabir terbabit akan dibenarkan untuk bergerak secara bebas dan berinteraksi dengan para pelawat Nagasaki Bio Park.

"Ada alasan spesifik masyarakat Jepun dengan tapir. Terdapat mitologi Jepun bahawa tapir memakan manusia dan kami berharap tapir-tapir ini akan menghapuskan kengerian ini," ujarnya.

Farini Publish time 14-10-2015 05:41 PM

teruja la agaknya rakyat jepun tengok tapir nanti, mcm orang sini tengok panda.

anniez08 Publish time 14-10-2015 11:13 PM

org jepun ingat tapir ni makan manusia..
agak nya kalo ternmpak tapir je mesti mereka lari lintang pukang..

aufa Publish time 15-10-2015 03:21 PM

teringat saya insiden tapir mati kena langgar kat LPT2

Lembu ade, Babi ade, Tapir pon ade, Hanya di LPT2...

https://fbcdn-photos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/t1.0-0/s480x480/10628270_780439555373452_4845865165399296022_n.jpg?oh=bbedf5ce2d652f4f5335ec0c15e53e1e&oe=56C7BF0F&__gda__=1455578135_39baba9c804235fc5c43a6260f32c5ef
https://fbcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpt1/v/t1.0-0/p480x480/10947272_780439552040119_7540676846427047889_n.jpg?oh=ba36c84280ab5a5b10112ff8c9f2d6d3&oe=56C8403E&__gda__=1455791640_f87903633fbce16ab72ca627665a3858





bianglala Publish time 15-10-2015 04:33 PM

aufa replied at 15-10-2015 03:21 PM
teringat saya insiden tapir mati kena langgar kat LPT2

Lembu ade, Babi ade, Tapir pon ade, Hanya...

kesiannya. tapir malaya boleh dikatakan binatang yang makin pupus.

ni antara jenis-jenis tapir yang ada dalam dunia.

http://www.tapirday.org/uploads/4/4/7/5/44751977/6364982_orig.png

sliza Publish time 28-10-2015 11:44 AM

boleh hidup ke?
sana banyak musim...

bianglala Publish time 7-12-2015 12:18 PM

....
YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyempurnakan Majlis Penghantaran Sepasang Tapir Malaya ke Nagasaki Biopark, Jepun.

Pasangan tapir ini dipinjamkan kepada taman botanikal dan zoo Nagasaki Biopark selama 10 tahun untuk aktiviti pemuliharaan hidupan liar.

FB Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/12342627_990911777633626_7866612219435136821_n.jpg?oh=d46b7c668f1dcdafecd445787dfe8f76&oe=56EAB0EF

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/v/t1.0-9/12301671_990911677633636_8189521304166213793_n.jpg?oh=046e6643cd2b9214b59100524dc78983&oe=56EEC8F9&__gda__=1457191280_b5ddb8364233abee9675f694111c82cf

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfl1/v/t1.0-9/12341191_990911687633635_6986268622014359306_n.jpg?oh=f3e5efd6388f9a2da4de330fe0ce6412&oe=56ECE0D7

SuteraPurple Publish time 8-12-2015 02:25 PM

lma jugak tempoh pinjaman ~ 10 tahun.
Pages: [1]
View full version: Dua Tapir Malayan 'Berbulan Madu' Di Jepun Selama 10 Tahun


ADVERTISEMENT