kymano Publish time 13-10-2015 02:38 PM

Melihat Hidupan Liar Secara Dekat di Sarova Salt Lick

Edited by kymano at 13-10-2015 02:41 PM

http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/8079660628_bced89a9ef_k.jpg

Jika anda seorang pencinta alam semulajadi dan mahukan percutian menarik, Sarova Salt Lick Game Lodge di Kenya merupakan antara pilihan yang boleh anda pilih. Safari yang menyediakan servis dan penginapan unik pasti akan memberikan anda pengalaman indah.
Sarova Salt Lick terletak di santuari persendirian di kakibukit Taita Hills. Tempat seluas 28,000 ekar ini bersempadan dengan Tsavo West National Park. Pusat konservasi hidupan liar ini terletak kira-kira enam jam perjalanan dari bandar Nairobi dan tiga jam perjalanan dari Mombasa.
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/5042529464_58ee4a8aaf_b-940x626.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/8079667921_76b7a8de92_k-940x642.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1161338317.jpg
Sarova Salt Lick Game Lodge bukanlah seperti hotel kontemporari di bandar-bandar besar. Apabila sampai di rumah penginapan yang terletak di tengah-tengah rimba ini, pasti anda akan terasa seperti berada dalam filem klasik dan kembali ke zaman 1980-an.
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1161338325.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/5041908709_7c491d5763_b-940x626.jpg
Kesemuanya dibina di atas tiang tinggi di kawasan padang ragut dan sumber air untuk haiwan liar. Ia dibina berkonsepkan mesra alam supaya tidak mengganggu habitat haiwan di kawasan tersebut. Salah satu pemandangan yang mengujakan apabila anda dapat melihat kelibat haiwan liar mencari makanan dan minum di depan mata anda sendiri.

Terdapat 96 buah bilik berbentuk bujur lengkap berperabot dan kemudahan mandian air sejuk panas serta tandas. Anda juga boleh memilih bilik yang betul-betul berada di atas sumber air untuk melihat haiwan-haiwan liar tersebut minum secara berkumpulan.

Haiwan-haiwanyang sentiasa datang dan berlegar di situ pasti menjadikan percutian anda di SarovaSalt Lick Game Lodge sentiasa diingati. Selain pemandangan yang menarik ditempat tersebut, anda juga mempunyai akses yang mudah untuk ke destinasi menarik lain di Kenya.
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1161424981-940x626.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1164949045-940x705.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1169000546-940x705.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1169000540-940x705.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1161427225-940x626.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1161427189-940x626.jpg
http://whenonearth.net/wp-content/uploads/2014/06/1161338341.jpg

Farini Publish time 13-10-2015 05:12 PM

berkenan sy tgk bentuk hotelnya tu. :D

bianglala Publish time 13-10-2015 06:08 PM

bestnya. ni zirafah pun boleh mengintai kita kat tingkap. :sweat3:

ip_lepat Publish time 13-10-2015 08:31 PM

bianglala replied at 13-10-2015 06:08 PM
bestnya. ni zirafah pun boleh mengintai kita kat tingkap.

jommm... belanja wa pigi ;P

bianglala Publish time 13-10-2015 10:05 PM

ip_lepat replied at 13-10-2015 08:31 PM
jommm... belanja wa pigi

best weiii kalau dapat pi safari ni.. tak terfikir pulak ada hotel tengah rimba camtu..


ip_lepat Publish time 13-10-2015 10:06 PM

bianglala replied at 13-10-2015 10:05 PM
best weiii kalau dapat pi safari ni.. tak terfikir pulak ada hotel tengah rimba camtu..

moh derah...

sliza Publish time 29-10-2015 08:56 PM

cantik hotelnya.
unik bentuknya...
Pages: [1]
View full version: Melihat Hidupan Liar Secara Dekat di Sarova Salt Lick


ADVERTISEMENT