bianglala Publish time 12-10-2015 10:00 PM

Buah Eksotik Sabah (Tarap dan Bambangan)

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:33 PM

BUAH TARAP.
(1) Dikenali dengan nama buah Timadang dalam kalangan masyarakat Kadazandusun. Nama saintifik Artocarpus odoratis-simus.
(2) Dianggap pokok buah yang wajib ditanam di dusun masyarakatKadazandusun.
(3) Pokok bergetah dan berdaun lebar. Ketinggian boleh mencapai 25 meter.

(4) Boleh berbuah selepas tiga hingga empat tahun ditanam.
(5) Buah berbentuk bulat atau bujur dilapisi bulu kasar seperti berus. Berbau harum dan lembut disentuh apabila masak.
(6) Isi berwarna putih dan manis, boleh dimakan terus selain dibuat cucur. Isi di dalamnya berulas dan melekat pada empulur, bentuknya hampir sama seperti isi cempedak.
(7) Buah yang mentah bergetah tetapi boleh dijadikan sayur.
(8) Bagi masyarakat Kadazandusun, antara jenis tarap yang biasa ditanamialah buragang (kemerahan), guntomou (kehijauan), buruyuton (buah besar) dan pukakon (buah berbonjol).
http://www.mysabah.com/images/2012/20121220_1-big.jpg
http://www.mysabah.com/images/2012/20121220_2-big.jpg
http://lh4.ggpht.com/_LNaQuBlSf8Y/S1SOckqpxwI/AAAAAAAANpQ/cQa5CDn27lE/buah%20tarap%20fruit%20aril_thumb.jpg?imgmax=800
http://lh5.ggpht.com/_LNaQuBlSf8Y/S1SOeq6KFRI/AAAAAAAANpY/atitqw4VumQ/buahtarapfruit2_thumb.jpg?imgmax=800

bianglala Publish time 12-10-2015 10:02 PM

BUAH BAMBANGAN

(1) Dikenal pasti sebagai tumbuhan dalam keluarga mangga dan kuinin. Nama saintifiknya Mangi-fera pajang.

(2) Pokok bersaiz besar seperti kayu balak. Boleh mencapai ketinggian lebih 50 meter.

(3) Mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun untuk berbuah selepas ditanam. Kebanyakan pokok bambangan yang berada di Sabah ketika ini berusia lebih seabad.

(4) Buah berwarna coklat dan berkulit tebal. Isi berwarna kuning dan berasa masam manis seperti mangga.

(5) Buahnya besar dengan ada diantaranya seberat dua hingga tiga kilogram sebiji dan gugur apabila masak.

(6) Bambangan berkulit tebal dan tidak mudah rosak. Kulit setebal antara 0.5 hingga satu sentimeter dan perlu dikopek seperti mengopek kulit kelapa sebelum isinya dihiris seperti mangga.

(7) Sesuai dimakan terus atau dijeruk supaya tahan lama. Dijeruk bersama parutan biji buah dan dicampur garam sebelum diperam.

http://farm8.static.flickr.com/7341/8729492340_84bda072b5_b.jpg

http://farm8.static.flickr.com/7351/8728374131_8802fc5e34_b.jpg

http://farm8.static.flickr.com/7351/8729493040_c84f1506a1_b.jpg

http://farm8.static.flickr.com/7348/8729493278_3da9527b8d_b.jpg


Kredit : BERITA MINGGU (4 Oktober 2015). Kredit Gambar : Ahmad Fuad Morad.

Farini Publish time 13-10-2015 05:13 PM

lambatnya bambangan nk berbuah.

uda Publish time 3-11-2015 10:10 PM

Semua buah2 ni berbau kuat dan dilarang dibawa masuk kedalam bilik hotel

Ipo Publish time 4-11-2015 09:13 PM

Macam sedap je...:drool3:

mogwaii Publish time 16-11-2015 11:21 AM

tingin plak nak rasa bambangan tu.

SuteraPurple Publish time 19-11-2015 10:34 AM

serupa buah cempedak..

bianglala Publish time 5-8-2016 12:05 AM

ekstrak biji bambangan dapat bunuh sel kanser payudara

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/t31.0-8/13680443_1392349380791896_5893383930871569908_o.jpg

Ipo Publish time 5-8-2016 08:50 AM

bianglala replied at 4-8-2016 11:05 PM
ekstrak biji bambangan dapat bunuh sel kanser payudara

info yang menarik {:thumbo

cik_kitty Publish time 18-11-2016 07:55 PM

BuaH tarap tu mcm cempedak je..

harrypoter Publish time 9-12-2016 09:34 AM

kobihis oku... ;P

bianglala Publish time 9-12-2016 01:35 PM

harrypoter replied at 9-12-2016 09:34 AM
kobihis oku...

maksudnya apa tu? :o

harrypoter Publish time 9-12-2016 02:38 PM

bianglala replied at 9-12-2016 01:35 PM
maksudnya apa tu?

haha...."keluar air liur ku" :loveliness:

mintu Publish time 10-5-2017 04:46 PM

Orang kata buah tarap tu monyet je makan..ayo kesian betul yang tak pernah makan buah tarap, sedap sangat okay..

Buah bambangan sangat rare, tapi bagi orang sabah, juga merupakan antara buah yang dinantikan setiap tahun :)

marla69 Publish time 11-5-2017 10:37 PM

Sedap tarap tu kalu buat cucur. Bambangan ygmuda buat ulam:P

wati2110 Publish time 12-5-2017 11:09 PM

Teringin nak makan buah tarap ni....tak pernah makan... Mana la nak cari kat melaka ni

zackry14 Publish time 15-5-2017 11:41 AM

mcm sedap
Pages: [1]
View full version: Buah Eksotik Sabah (Tarap dan Bambangan)


ADVERTISEMENT