milolatina Publish time 2-2-2020 08:17 PM

Ghaddar replied at 1-2-2020 09:50 PM
yelah tu en kalau guna data sikit je tk berbaloi bayar mahal

apa yang mahalnya rm68 je kott, if tunjuk tiket flight mas siap dapat free 1 sim. dah jadi terlebih murah dah tu

milolatina Publish time 2-2-2020 08:19 PM

Ghaddar replied at 1-2-2020 09:49 PM
boleh share lah kalau macam tu. tong tong dua org so sorang bayar RM34 jelah

yesss murah gila kan. berbaloi ah dapat 3gb, 30 free sms and 30 minit free call lagi

waciko Publish time 3-2-2020 02:26 PM

milolatina replied at 2-2-2020 08:19 PM
yesss murah gila kan. berbaloi ah dapat 3gb, 30 free sms and 30 minit free call lagi

dulu aku ada tersesat tak jumpa suami pastu nasib teringat ada 30 minit free call ni terus aku call suami.

waciko Publish time 3-2-2020 02:28 PM

milolatina replied at 2-2-2020 08:17 PM
apa yang mahalnya rm68 je kott, if tunjuk tiket flight mas siap dapat free 1 sim. dah jadi terlebi ...

tak silap aku digi punya pelan umrah pun mahal sikit

waciko Publish time 3-2-2020 02:30 PM

milolatina replied at 2-2-2020 08:16 PM
mana ada saya bertahun pakai celcom dekat malaysia ni. line paling stable and laju nak compare den ...

setuju, celcom kalau kita masuk hutan pun still ada line

ladygoosebump Publish time 4-2-2020 02:03 PM

waciko replied at 3-2-2020 02:26 PM
dulu aku ada tersesat tak jumpa suami pastu nasib teringat ada 30 minit free call ni terus aku cal ...

haa nasib ada free call kalau tak sampai kesudah tak jumpa suami kan puan

ladygoosebump Publish time 4-2-2020 02:04 PM

waciko replied at 3-2-2020 02:30 PM
setuju, celcom kalau kita masuk hutan pun still ada line

celcom coverage dia bagus la, takde telco boleh lawan

ibnur Publish time 10-4-2020 10:13 PM

Mohon beri laluan thread ini untuk soal jawab.Sila buka thread lain di bahagian thread biasa untuk sembang sembang halal.

Decon Publish time 16-4-2020 01:09 PM

Salam,
Adakah fatwa merokok adalah haram telahpun digazetkan.Jika ya, kenapa tidak dikuatkuasakan larangan membeli atau menghisap rokok seperti larangan membeli/menjual tiket loteri?

Qushai Publish time 23-4-2020 06:28 AM

Assalamualaikum wbt.
Pertanyaan ditakdir menjadi syirik?
Bagaimana kezaliman sebagai satu keredhaan?
Maksud manusia diciptakan oleh Allah SWT sebagai utusanNya tanpa pengesahan ayatNya boleh mengambil kezaliman yang dilakukan oleh unseen creatures?

mnm77 Publish time 24-4-2020 10:39 PM

Qushai replied at 23-4-2020 06:28 AM
Assalamualaikum wbt.
Pertanyaan ditakdir menjadi syirik?
Bagaimana kezaliman sebagai satu keredh ...

Wa 'alaikum salam wa Rahmatu-llahi wa Barakaatuh

Pertanyaan ditakdir menjadi syirik?
Bagaimana kezaliman sebagai satu keredhaan?
Maksud manusia diciptakan oleh Allah SWT sebagai utusanNya tanpa pengesahan ayatNya boleh mengambil kezaliman yang dilakukan oleh unseen creatures?

Kurang jelas soalan ni... tanya jadi syirik? Siapa yg zalim, siapa yang redha?

Pengesahan apa?
Unseen creature?

wan_mhd Publish time 27-7-2020 04:38 PM

"Ya Allah ampunilah kami dan bimbinglah kami ke jalan yang diredhai. Hidupkan kehidupan ini sepertimana an Ansari Dan Muhajrin. Laa haula wala quwata illa billah, Ya Robb.."

ussopp Publish time 28-9-2020 12:54 PM

Decon replied at 16-4-2020 01:09 PM
Salam,
Adakah fatwa merokok adalah haram telahpun digazetkan.Jika ya, kenapa tidak dikuatkuasakan ...

Ini lebih pd isu pentadbiran.
fatwa jelas.
mcm juga menyanyi. suara perempuan haram. tapi tv masih penuh ja.

bezakan antara hukum sebenar dgn realiti.

hukum sebenar berdasarkan dalil.

realiti boleh jadi akibat kekurangan manusia.

TheGreenMy Publish time 15-10-2020 02:47 AM

Edited by TheGreenMy at 15-10-2020 02:49 AM

https://www.azhan.co/wp-content/uploads/2016/12/Solat-pada-waktu-malam.jpg

Asalamualaikum, saya ada soalan tentang solat... saya cuma tahu/ingat 3 surah iaitu surah al-fathia sural qul hualahuahad sama qul ahuzubrab binaz dizkir2, megucap dua kalimah shadah dan selawat ke atas nabi muhamaad s.w.a kalau megerjakan solat ada ka solat saya di terima dan sah? saya buat semua ini ikhlas atas jalan Allah s.w.t mohon pencerahan... :(:(

mnm77 Publish time 15-10-2020 08:40 AM

TheGreenMy replied at 15-10-2020 02:47 AM
Asalamualaikum, saya ada soalan tentang solat... saya cuma tahu/ingat 3 surah iaitu surah al-fat ...



Wa 'alaikumu-s-salam...

saya cuma tahu/ingat 3 surah iaitu surah al-fathia sural qul hualahuahad sama qul ahuzubrab binaz dizkir2, megucap dua kalimah shadah dan selawat ke atas nabi muhamaad s.w.a kalau megerjakan solat ada ka solat saya di terima dan sah? saya buat semua ini ikhlas atas jalan Allah s.w.t mohon pencerahan

InshaAllah... niat belajar dan lakukan kerana itu perintah Allah. Urusan penerimaan itu kita serahkan kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat suka kita datang kepada Allah (dengan melakukan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), maka berharaplah kita agar Allah terima dan juga kena ada perasaan takut kalau-kalau tidak diterima.

Elok juga kita cari guru atau orang yang boleh bimbing kita untuk perbaiki solat kita... InshaAllah.... Allah akan permudahkan urusan orang yang 'datang' kepada-Nya

TheGreenMy Publish time 16-10-2020 08:05 AM

mnm77 replied at 15-10-2020 08:40 AM
Wa 'alaikumu-s-salam...




Terima kasih atas pejelasanya ya saya selalu menonton youtube cuba belajar perlahan2 ada separuh saya tidak dapat mengingatinya.... saya cuba yang terbaik

suzycutegal Publish time 23-10-2020 08:57 PM

maaf nak tanya, macamana cara nak kemaskan bulu kening?

Zackmaster Publish time 24-10-2020 04:00 AM

TheGreenMy replied at 16-10-2020 08:05 AM
Terima kasih atas pejelasanya ya saya selalu menonton youtube cuba belajar perlahan2 ada separuh s ...

Asalamualaikum, saya ada soalan tentang solat... saya cuma tahu/ingat 3 surah iaitu surah al-fathia sural qul hualahuahad sama qul ahuzubrab binaz dizkir2, megucap dua kalimah shadah dan selawat ke atas Nabi Muhamaad s.a.w kalau megerjakan solat ada ka solat saya di terima dan sah? saya buat semua ini ikhlas atas jalan Allah s.w.t mohon pencerahan...Tentang solat...
yang penting adalah menjaga '13 Rukun Solat'..
kemudian tuan/puan boleh cari pembahagian 3 rukun solat iaitu Qalbi, Qauli, Fi'li (Hati, Percakapan, Perbuatan),
untuk menentukan di mana/bila perlu pada 'niat dalam hati', 'menyebut ayat' dan 'bentuk pergerakan/henti'...

Sedikit tambahan...
Maaf bertanya, adakah tuan/puan muallaf (baru masuk Islam) ?
Jika ya, 'kaedah terbaik' ialah mencari/mempunyai imam/guru secara bersemuka bukan melalui media digital. Ini lebih mudah dan mengurangkan kemungkinan berlaku kekeliruan dalam menuntut ilmu. Biasanya komuniti masjid/surau sangat terbuka untuk menerima dan memberi tunjuk ajar.
Jika tidak, 'keikhlasan' pada mencari guru dan ilmu fardhu ain itu adalah kewajiban yg lebih, berbanding keikhlasan beribadat tanpa ilmu pengetahuan..

Harap membantu, Wassalam~

Adrif Publish time 3-4-2022 03:17 AM

ada pertanyaan, tiba2 terlintas

apa hukum pekerja kedai makan, Islam, yang hidang makanan kepada orang yang ponteng puasa??
boleh ke? sebab itu sumber rezeki dia
atau tak boleh? sebab dikira bersubahat?

ibnur Publish time 13-4-2022 08:02 AM

Adrif replied at 3-4-2022 03:17 AM
ada pertanyaan, tiba2 terlintas

apa hukum pekerja kedai makan, Islam, yang hidang makanan kepada or ...

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3432-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-141-penghantaran-makanan-kepada-orang-yang-tidak-berpuasa

Kesimpulan (dari fatwa muftiwp)

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa perbuatan memberi makanan kepada orang yang sememangnya diketahui tidak berpuasa dengan sengaja adalah haram kerana ini membantunya melakukan maksiat iaitu meninggalkan puasa tanpa sebarang keuzuran syarak.

Adapun bagi seseorang yang berkerja sebagai penghantar makanan, sekiranya dia tidak mengetahui pesanan makanan tersebut diminta oleh orang yang berpuasa ataupun tidak, dia boleh sahaja menghantar makanan tersebut kepadanya. Ini kerana, terdapat beberapa kemungkinan seperti wanita yang dalam keadaan uzur syar’ie, orang yang sakit dan seumpamanya.

Manakala sekiranya seseorang itu mengetahui bahawa pesanan tersebut adalah dari orang yang tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran, maka tidak boleh menghantar makanan tersebut kepadanya.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12
View full version: Soal Jawab Agama Islam (3)


ADVERTISEMENT