ibnur Publish time 11-10-2015 04:04 PM

Soal Jawab Agama Islam (3)

Assalamualaikum warahmatullah

Kita buka thread baru berikutan siri ke 2 tu dah mencapai 100 mukasurat.

Sekian.

Carmaskrm Publish time 11-12-2015 07:45 AM

Assalamualaikum ust... Sy nak tanya camna caranya yg disunahkan kpd org lelaki yg berseluar pjg nak kencing di tandas awam yg bertandas duduk...
2. Camna pula kalau dirmh juga hanya ada 1 bilik air dan bertandas duduk... Bgmn sunahnya utk membuang air kecil... Sedangkan disitu juga merupakan tempat mengambil wuduk... T kasih

zameyla Publish time 16-12-2015 11:59 AM

Assalamualaikum,
Nak Tanya, 25hb nnt, ofis sy ada buat Year End Party Gift Exchange plus Lucky Draw. Last year ofis buat Christmas Party, tp ramai la tak joint sbb katanya krismas party x le joint. Tahun nie, management tukar tajuk ke Year End Party pulak.. So, nak Tanya la...boleh joint ke sebab banyak mulut2 cakap x bole joint..
Masa party tu pun tak dak la nyanyi lagu2 pun, just makan2 ja.
Masa Chinese New year pulak, semua staff joint.. so camana tu???

ciksurie Publish time 21-12-2015 08:45 AM

Assalamualaikum


Ayah saya baru sahaja meninggal dunia. Adik saya ada menghadiahkan sejumlah wang untuk urusan arwah.
Setakat ini kami belum lagi menggunakan duit yg diberi untuk apa2x urusan

Boleh tak kami gunakan duit itu untuk belanja aqiqah anak adik n kenduri yang dibuat adalah sama2x untuk tahlil arwah ayah?


mbhcsf Publish time 22-12-2015 05:45 AM

ciksurie replied at 21-12-2015 08:45 AM
Assalamualaikum




well boleh tanya adik dulu kot dan maklumkan sebab amanah adik saudari tu untuk digunakan duit itu untuk tujuan arwah dan seumpama so , dari segi tatacara eloklah juga dimaklumkan. if she says yes, then gunalah. if she says no then , berbincanglah kot bebaik.

i punya pendapat lah.

ciksurie Publish time 22-12-2015 08:35 AM

mbhcsf replied at 22-12-2015 05:45 AM
well boleh tanya adik dulu kot dan maklumkan sebab amanah adik saudari tu untuk digunakan duit itu ...

terima kasih atas saranan tue..mmg kami dah maklumkan..dan adik ok sahaja.

edoraixora Publish time 23-12-2015 11:19 AM

assalamualaikum....

nk tanye sikit pasal semayang jemaah
sy baru pindah rumah, dan rumah tu berdekatan dgn surau
boleh tak sy mengikut solat jemaah tu dari rumah saja
atas sebab halangan2 tertentu tidak dapat ke surau

mujer_in_espejo Publish time 24-12-2015 11:24 PM

zameyla replied at 16-12-2015 11:59 AM
Assalamualaikum,
Nak Tanya, 25hb nnt, ofis sy ada buat Year End Party Gift Exchange plus Lucky Dra ...

1)Baguslah klu mjlis tu tukar nama year end party dr krismas. Terang2 merayakan krismas. Mmg ada syubhah la mjlis tu. Maaf aku bkn ustzh. Tp basic nya klu party tu xda campur benda2 haram, aku rasa elok je kau join. 2) Utk chinese new year, perayaan tu bukan perayaan agama, tp perayaan budaya. Org cina sambut sbb ikut kalendar. Even org chinese muslim pn sambut chinese new year ni. Tu yg dibolehkan. Apapun tgu ler komen yg lebih arif di sni. Wallahualam.

zameyla Publish time 28-12-2015 08:27 AM

mujer_in_espejo replied at 24-12-2015 11:24 PM
1)Baguslah klu mjlis tu tukar nama year end party dr krismas. Terang2 merayakan krismas. Mmg ada s ...

terima kasih...{:1_138:}

nenas_tippy Publish time 15-1-2016 01:20 PM

salam.saya nk tanya pasal org perempuan pkai jubah labuh smpai menyapu jalan.lpas tu g surau/masjid untuk solat..saya keliru..hujung jubah tu di kira suci dari najis dan kekotoran atau tidak?

ibnur Publish time 17-1-2016 08:26 AM

nenas_tippy replied at 15-1-2016 01:20 PM
salam.saya nk tanya pasal org perempuan pkai jubah labuh smpai menyapu jalan.lpas tu g surau/masjid...

Dari https://soaljawab.wordpress.com/2007/04/30/hukum-memakai-pakaian-labuh-di-bawah-buku-lali/

Pertanyaan:
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Sebahagian orang ada yang memendekkan pakaiannya di atas kedua mata kaki, tapi seluarnya tetap panjang. Apakah hukum hal itu?

Jawapan.
Isbal adalah perbuatan haram dan mungkar, sama sahaja sama ada hal itu terjadi pada baju atau sarung. Dan Isbal adalah yang melewati kedua buku lali berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam.

“Apa yang di bawah kedua mata buku lali berupa sarung, maka tempatnya di neraka.”


Dan baginda Shalallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
“Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak dilihat dan tidak disucikan daripada dosa serta mereka akan mendapat azab yang sangat pedih, iaitu pelaku Isbal, pengungkit pemberian dan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.”


Baginda SAW juga bersabda kepaada sebagian para sahabatnya:
“Jauhilah Isbal olehmu kerana itu termasuk kesombongan.”


Hadits-hadits ini menunjukkan bahawa Isbal termasuk salah satu dosa besar, walaupun pelakunya mengira bahawa dia tidak berniat sombong ketika melakukannya, berdasarkan keumumannya.

Adapun orang yang melakukannya kerana sombong, maka dosanya lebih besar berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam :
“Siapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, Allah tidak akan melihatnya di hari kiamat.”


Ini kerana perbuatan itu menggabungkan antara Isbal dan kesombongan. Kita mengharap kepada Allah agar Dia memberi keampunan.

Adapun ucapan Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Bakar ketika dia berkata kepada baginda: ” Wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam, sarungku sering turun kecuali kalau aku benar-benar menjaganya.” Maka Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya,“Engkau tidak termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.”


Hadits ini tidak menunjukkan bahwa Isbal boleh dilakukan bagi orang yang tidak kerana sombong. Tetapi hadits ini menujukkan bahawa orang yang sarungnya atau seluarnya melurut tanpa niat sombong kemudian dia benar-benar menjaganya dan membetulkannya tidaklah berdosa.

Adapun menurunkan seluar di bawah kedua buku lali yang dilakukan sebahagian orang adalah perbuatan yang dilarang. Dan yang sesuai dengan sunnah adalah hendak jubah atau yang sejenisnya, hujungnya berada antara setengah betis sampai buku lali dengan mengamalkan semua hadits-hadits tadi. Dan Allah adalah sebaik-baik pemberi taufiq.


http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=631&bagian=0

[Disalin dari kitab Tadzkiirusy Syabaab Bimaa Jaaa

ibnur Publish time 17-1-2016 08:34 AM

nenas_tippy replied at 15-1-2016 01:20 PM
salam.saya nk tanya pasal org perempuan pkai jubah labuh smpai menyapu jalan.lpas tu g surau/masjid...

Walau bagaimanapun, ada pendapat yang merujuk hanya kepada sifat 'sombong'.Sepertio dinyatakan dalam pendapat yang saya paste di bawah ini:

http://sukahadis.blogspot.my/2010/09/penjelasan-maksud-sebenar-hadits.html
Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Sahih Muslim bahawa makna ‘Allah tidak melihatnya’ ialah Allah tidak merahmatinya dan Allah tidak akan melihatnya dengan pandangan rahmat. Manakala perbuatan malabuhkan pakaian atau meleretkan pakaian ini pula boleh berlaku pada kain, baju, maupun serban.

Tidak harus melabuhkan pakaian di bawah dari buku lali sekiranya dengan maksud menyatakan kesombongan.

Zahir hadits ini perbuatan mengheret kain atau menjela-jelakan kain dikaitkan dengan kesombongan. Pengharaman adalah khusus dengan maksud itu ya`ni kesombongan dan Imam Syafie menyebutkan demikian dengan terang dalam kitabnya bahawa itulah maksudnya dengan membezakan antara sombong dan tidak sombong.

Namun larangan supaya tidak melabuhkan dibawah paras buku lali ini hanya kepada kaum lelaki sahaja tetapi kaum perempuan diharuskan walaupun labuhnya melebihi sehasta kebawah.


mnm77 Publish time 20-1-2016 06:04 PM

nenas_tippy replied at 15-1-2016 01:20 PM
saya keliru..hujung jubah tu di kira suci dari najis dan kekotoran atau tidak?
Jika tiada kesan najis, maka dikira suci.

Saya paste balik penerangan yang penting (di bahagian akhir) dari ibnur, berkaitan isbal:
Namun larangan supaya tidak melabuhkan dibawah paras buku lali ini hanya kepada kaum lelaki sahaja tetapi kaum perempuan diharuskan walaupun labuhnya melebihi sehasta kebawah.



watie_na Publish time 1-2-2016 02:47 PM

Assalammualaikum
Bekas laki kata dia takkan maafkan kesalahan sy hingga akhirat
apa patut sy buat

ibnur Publish time 1-2-2016 09:36 PM

watie_na replied at 1-2-2016 02:47 PM
Assalammualaikum
Bekas laki kata dia takkan maafkan kesalahan sy hingga akhirat
apa patut sy buat

wa alaikum salam warahmatullah.

Puan sudah berusaha.Mintalah ampun kepada Allah s.w.t. kerana allah tu pengampun.
Berdoalah semoga bekas suami puan mendapat kebakan mungkin nanti da akan maafkan juga.

icintamalaysia Publish time 15-2-2016 10:48 PM

edoraixora replied at 23-12-2015 11:19 AM
assalamualaikum....

nk tanye sikit pasal semayang jemaah


Waalaykumussalaam, xboleh lah bang,sholat berjamaah harus dalam satu maqom,walaupun emergency xboleh,ana share macam yg ana belajar kat pesantren

kaumpanda Publish time 19-2-2016 07:14 PM

Assalam. Saya ade soalan yg mmg malu nak tanye dgn parents saye. Selalu bila kat rumah,saye suka tgk video lucah and bnyk melancap. Sbagai remaja saye nak stop sbb takut kacau hal skolah dgn takut parents tahu. Tlg bantu!!

mbhcsf Publish time 22-2-2016 08:15 AM

kaumpanda replied at 19-2-2016 07:14 PM
Assalam. Saya ade soalan yg mmg malu nak tanye dgn parents saye. Selalu bila kat rumah,saye suka tgk ...

wa'alaikumussalam warahmatullah

things that you can do

a) puasa sunat
b) sentiasa berwuduk
c) baca quran
d) sila banyakkan solat sunat - sunat wuduk, sunat mutlak dan buka radio ikim instead of nak buka atau jemari tu nak tekan website yg tak manfaat dan merugikan awak di alam akhirat kelak ( alam yg kekal dan awak kena ingat ye yg nak saksikan esok anggota awak tau bukan awak buka mulutnak jawab semua)
- sila buka surah pendek website , pegang quran dan ikut bacaan ya , banyakkan buat amalan ni

seba ia nafsu - dan nafsu hanya boelh dilemahkan dengan kawal nafsu tu dengan kekangan lapar dan dahaga -so sila puasa sunat bebanyak dan banyakkan makan jiwa - solat dan quran i think u boleh buat walaupun u remaja

dan jgn fikir benda ni menyusahkan sebab ia akan bantu awak ketika dalam kubur dan akhirat
buat sikit siikit ya
bab quran - sila baca surah senang 2 dulu - yassin, al waqiah , al rahman , juz amma - cer hafal surah juz amma macam al buruj, naba etc etc latih minda jugak tu
sentiasa dalam wuduk even masa berinternet
dan awak tahu tangan , mata , telingan, jemari awak tu Allah kasi pinam je taw....so ingat ketika nak buat dosa - yg semua benda yg ada dalam awak tu awak pemegang amanah je.....

so okay try sikit sikit reduced dan lakukan ibadat sikit sikit tapi konsisten
okay ?

edoraixora Publish time 23-2-2016 07:53 PM

icintamalaysia replied at 15-2-2016 10:48 PM
Waalaykumussalaam, xboleh lah bang,sholat berjamaah harus dalam satu maqom,walaupun emergency xbol ...

Itulah saje tnye utk kpastian
Tenkiu sbb sudi rply

icintamalaysia Publish time 24-2-2016 10:56 PM

edoraixora replied at 23-2-2016 07:53 PM
Itulah saje tnye utk kpastian
Tenkiu sbb sudi rply

Sama2 bang,kalau nak tanya something boleh PM saya,kalau saya boleh jawab pasti saya jawab
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Soal Jawab Agama Islam (3)


ADVERTISEMENT