Nusantara77 Publish time 9-10-2015 07:24 PM

Proton Perkenal Kad Elite DRB-Hicom Hargai Pelanggan

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/image1-640x404.jpg


Proton Holdings Bhd memperkenalkan program kesetiaan yang membolehkan semua pemilik berdaftar Proton melanggan kad tersebut untuk menikmati faedah-faedah eksklusif.

Kad tersebut yang dikenali sebagai “Kad Elite DRB-Hicom” bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan satu Mata Elite bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di mana-mana cawangan Proton atau peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara.


Proton dalam satu kenyataan hari ini berkata kelebihan lain keahlian tersebut termasuklah bantuan rumah, bantuan gaya hidup dan bantuan rencam, khidmat menunda sewaktu kemalangan dan kerosakan kereta serta bantuan kecemasan di tepi jalan, di samping diskaun dan penebusan faedah.

Bagi bantuan rumah, ahli layak meminta bantuan untuk masalah antara lainnya seperti sistem paip, penyenggaraan dan pembaikan penyaman udara, pendawaian elektrik, tukang kunci, membersih permaidani dan khidmat kawalan perosak.

“Dengan jumlah pelanggan lebih daripada empat juta, ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan Proton untuk menyediakan manfaat yang malahan lebih besar apabila menggunakan kereta Proton,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Harith Abdullah.
Ahli-ahli kad Elite boleh memeriksa baki Mata Elite mereka dan tempoh tamat dengan melayari www.drb-hicomelite.com atau menghubungi talian Elite di 1-300-888-303.
– BERNAMA




otai_g Publish time 12-10-2015 02:31 PM

kat mn nak apply? brp bayar bulan2 or monthly?

Fariz07 Publish time 13-10-2015 01:41 AM

sejak kereta dah habis warranty dah xmasuk proton servis center.
Pages: [1]
View full version: Proton Perkenal Kad Elite DRB-Hicom Hargai Pelanggan


ADVERTISEMENT