Nusantara77 Publish time 8-10-2015 12:08 PM

Axia 1.0 G Meningkat Harga Sebanyak RM990 Bermula 1 Oktober

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/perodua-axia-hijau-640x445.jpgPerodua kini telah menaikkan harga atas jalan (OTR) bagi model Axia varian 1.0 G bagi kedua-dua pilihan transmisi manual dan automatik. Harga terbaru ini berkuat kuasa bermula pada 1 Oktober yang lalu.Sebelum ini, harga OTR bagi varian Axia 1.0 G ialah RM29,637.16 (solid) dan RM31,027.15 (metalik) bagi pilihan transmisi manual. Bagi transmisi automatik pula, sebelum ini harganya ialah RM32,637.15 (solid) dan RM34,027.15 (metalik).Kini, harga terbaru yang diumumkan ialah RM30,627.16 (solid) dan RM32,017.15 (metalik) bagi pilihan transmisi manual. Bagi transmisi automatik pula, harga terbaru yang diumumkan ialah RM33,627.15 (solid) dan RM35,017.15 (metalik).http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2015-Perodua-Axia-E-G-GearUp-5-640x480.jpgIni menunjukkan peningkatan sebanyak RM990 bagi Axia varian 1.0G secara keseluruhannya. Tiada perubahan harga buat masa ini bagi varian E, SE dan juga Advance.Untuk memberikan ketenangan kepada pelanggan yang membuat tempahan sebelum 1 Oktober, Perodua turut menawarkan baucer servis bernilai RM500 di atas perubahan harga baru yang diumumkan ini.arenakereta

jerungmasam Publish time 8-10-2015 04:31 PM

org2 kt mesia nie sumer gaji 2k ke ats..penyawah2 pon incime bulanan sj 3k

Edited by jerungmasam at 8-10-2015 04:33 PM

x pa..bagus untuk ekonomi.....naik lagi naik lagi.....:curse:
Pages: [1]
View full version: Axia 1.0 G Meningkat Harga Sebanyak RM990 Bermula 1 Oktober


ADVERTISEMENT