Nusantara77 Publish time 7-10-2015 01:09 PM

KAEDAH SELAMAT MENGHAMPIRI PLAZA TOL

http://familiazam.com/imej/plaza-tol.jpg

Sebagai seorang pemandu, ada beberapa perkara mesti diberi perhatian apabila menghampiri sesuatu plaza tol.                        
[*]Perlahankan kenderaan mengikut kesesuaiankeadaan.

[*]Masuk kelorong yang sesuai dan anda perlu memastikan samaada anda mahu memasuki lorong tunai atau lorongautomatik. Elakkan daripada memotong barisan apabila anda beratur untuk membayar tol.
[*]Anda perlu mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri kerana tindakan memotong barisan boleh menimbulkan kemarahan pemandu lain yang sanggup bersabar menunggu giliran.
[*]Ambil tiket transit sebelum memasuki lebuhraya.
[*]Simpan tiket transit ditempat yang selamat dan senang dijumpai.
[*]Sekiranya anda kehilangan tiket transit anda akan dikenakan bayaran mengikut dari jarak tol yang paling jauh.
[*]Bagi penunggang motosikal pula, gunakan lorong khas yang disediakan apabila melalui plaza tol.
[*]Jangan masuk kelorong automatik sekiranya anda bukan pelanggan Touch 'n Go atau Smart Tag. Tindakan atau kesilapan anda boleh menyebabkan kesesakan di lorong automatik itu.
[*]Pastikan kenderaan anda tidak memasuki terus lorong memotong apabila anda memasuki laluan utama dari jalan susur. Sekiranya anda terus masuk ke lorong memotong, kenderaan yang sedang menggunakan lorong terpaksa membrek secara mengejut dan seterusnya membahayakan pengguna lebuhraya yang lain.
            
Sumber: Akhbar Tempatan

http://familiazam.com




Pages: [1]
View full version: KAEDAH SELAMAT MENGHAMPIRI PLAZA TOL


ADVERTISEMENT