changa=famri7 Publish time 7-10-2015 09:03 AM

Rampas 63 tenggiling dalam kereta

Padang Besar: Anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) merampas 63 ekor tenggiling yang cuba diseludup ke negara Thailand di Wang Kelian, pagi tadi.Timbalan Komander Negeri I UPP Perlis, Hanizul Mohd Fathil berkata, kejadian berlaku pada 11.30 pagi di sekatan jalan raya di Kilometer 9.9 Jalan Wang Kelian-Kaki Bukit di mana anggota UPP Padang Besar menahan kereta berplat pendaftaran Thailand.

"Suspek dipercayai warganegaraThailand itu kemudian memberhentikan keretanya itu di bahu jalan sebelah kiri berhampiran pos pemeriksaan sekatan jalan raya itu," katanya kepada pemberita di Kompleks UPP Padang Besar, di sini petang tadi.Tambahnya lagi, belum pun sempat anggota UPP memeriksa suspek dan kenderaannya itu, suspek dalam lingkungan usia akhir 30an itu kemudian membuka pintu kereta dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran pos pemeriksaan sekatan jalan raya itu."Anggota UPP cuba mengejar namun dia menghilangkan diri di sebalik hutan tebal di kawasan itu. Pemeriksaan selanjutnya menemui 63 ekor tenggiling yang diletakkan dalam kampit plastik bewarna biru dalam but kereta itu," katanya lagi.

Tenggiling itu dipercayai cuba diseludup ke Wilayah Satun, Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Wang Kelian."Hidupan liar ini digunakan tujuan perubatan dan juga penghasilan barangan perhiasan melalui daging dan juga kulitnya," katanya.Nilai rampasan termasuk kereta itu dianggarkan sebanyak RM111,080 dan kes disiasat dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan tenggiling itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Perlis untuk tujuan siasatan selanjutnya.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 7:05 PM
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/61015aizat1.transformed.jpgANTARA tenggiling yang cuba diseludup. FOTO Aizat Sharif







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82925#sthash.60XpVbl5.dpuf

Ipo Publish time 7-10-2015 09:23 AM

ini tak lain tak bukan..
nak dijadikan makanan eksotik la ni
kat restoran mewah...

changa=famri7 Publish time 7-10-2015 03:29 PM

jika harga harimau diberitakan mencecah RM400 untuk 1 kg

jangan terkejut bila diberitakan harga tenggiling mencecah RM1k untuk 1 kg

bianglala Publish time 7-10-2015 09:49 PM

suatu hari nanti mungkin tenggiling akan kepupusan...

anniez08 Publish time 2-11-2015 02:27 PM

kesiannya nya tenggiling tu..

mogwaii Publish time 2-11-2015 07:46 PM

sape agaknya yg snggup diupah utk dapatkan berpuluh ekor tenggiling.
Pages: [1]
View full version: Rampas 63 tenggiling dalam kereta


ADVERTISEMENT