changa=famri7 Publish time 7-10-2015 09:02 AM

Badan kerbau, kepala buaya

Bangkok: Penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket dekat sini gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya.Lebih mengejutkan lagi, haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau.Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.Don berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya melahirkan anak yang mempunyai sisik dan kepala seperti buaya.“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya.Menurutnya, anak kerbau itu mati tidak lama selepas dilahirkan dan dia membawa bangkai haiwan itu ke rumahnya.“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.Anak kerbau itu menjadi viral di Internet selepas beberapa penduduk memuat naik gambar haiwan berkenaan di Internet.“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 8:41 AM
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/07hmcroco.jpg.transformed.jpgBANGKAI anak kerbau yang dilahirkan dengan badan bersisik dan kepala seperti buaya.







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83131#sthash.eDmJ636L.dpuf

Ipo Publish time 7-10-2015 09:20 AM

baru tengok kat fb...
dunia dah nak kiamat...
kuasa Allah..

jumainMd Publish time 7-10-2015 10:02 AM

bukan kedai gambar ke...

bianglala Publish time 7-10-2015 09:51 PM

peliknya...

berapa lama la orang tu dok simpan bangkai binatang tu. :dizzy:

anniez08 Publish time 31-10-2015 11:38 PM

mmg mirip buaya la rupa dia..

SuteraPurple Publish time 1-11-2015 06:42 PM

mereka awet tak bangkai anak kerbau ni?.
Pages: [1]
View full version: Badan kerbau, kepala buaya


ADVERTISEMENT